Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Sunday, June 30, 2013

Penduduk tunggu polis

Kerajaan mestilah berusaha menyelesaikan kes-kes jenayah termasuk di Jinjang Utara Tambahan untuk mengubahkan pendirian rakyat terhadap polis.

Jinjang Utara Tambahan, Kepong, adalah sebahagian penting kawasan Jinjang. Ia mempunyai sebuah klinik awam yang terbesar di Kuala Lumpur dan sebuah sekolah menengah yang popular.
    Pada tengah hari dua minggu lalu, dua pelajar perempuan diragut oleh dua orang penjenayah ketika berjalan balik ke rumah. Peragut merampas telefon bimbit daripada setiap pelajar. Alangkah, dalam dua tahun ini, pelbagai kegiatan jenayah berlaku di kawasan itu: pecah rumah, pecah kereta, curi kereta dan jualan dadah.
     Penjahat mencuri kereta dari pekarangan klinik. Pada awal pagi, penduduk melihat dadah dijual dekat dengan klinik. Polis haruslah menyiasat.
     Mangsa melaporkan kejadian tersebut kepada polis. Mereka menanti tindakan polis untuk menenteramkan keadaan.
     Justeru sekarang ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid menyatakan hasratnya untuk menangani jenayah. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid menubuhkan Jabatan khas untuk mencegah jenayah. Malahan, Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan melahirkan kebimbangannya terhadap jenayah. Wargakota mengharapkan mereka berikhtiar.
     Pada 25 Jun, 2013, Yang di-Pertuan Agong bertitah tentang keutamaan untuk ketenteraman dan keselamatan negara serta persepsi rakyat terhadapnya. Pada awal Julai 2013, saya akan membahas titah tersebut khasnya tentang kes-kes jenayah seperti di Jinjang Utara Tambahan. Saya berharap Datuk Seri Zahid dan Tan Sri Khalid boleh menengok sendiri sungutan para penghuni di Jinjang dan lain tempat.
     Kerajaan terpaksa mengambil langkah membanteraskan kes-kes jenayah untuk membolehkan orang awam merasa selamat. Mereka bersabar.

    
    

Friday, June 28, 2013

Memantau tempat makanan

Pengumuman Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Subramaniam untuk memeriksa kedai makanan menarik perhatian. Orang berharap tindakan ini adalah berkesan. 4200 penguatkuasa akan memeriksa perkakas dan kualiti makanan yang dihidangkan di restoran. Baki makanan menggemukkan tikus dan lipas.
     Jika sebuah restoran menghidangkan makanan yang kotor, adakah hukuman akan dikenakan dengan berkesan?  Adakah pemantauan dijalankan secara berkala? Rakyat berkehendakkan pengawalseliaan yang bermakna.
    

Thursday, June 27, 2013

Berapa kali bekerjasama untuk memadam api hutan

Tahun demi tahun, Kerajaan Malaysia menuntut kerjasama dengan Indonesia, sambil menawarkan bantuan ketika musim jerebu. Tetapi, kebakaran lahan dan hutan merupakan amalan biasa. Jerebu muncul semula.
     Semalam, Menteri Alam Sekitar Datuk Seri Palanivel mengunjungi Indonesia. Sekembalinya, beliau mengumumkan kerjasama di antara kedua-dua negara untuk mencari penyelesaian mengatasi jerebu bagi selama-lamanya. Berapa kali kerjasama lagi?

Kemampuan melaksana Pelan Pendidikan

Lazimnya seorang Menteri Pelajaran baru di Malaysia menonjolkan kebolehannya dengan pelan pembangunan, bermula dengan Penyata Razak. Sekarang, Tan Sri Muhyiddin mengepalai Pelan Pembangunan Pendidikan. Beliau berhasrat menopang pendidikan negara ini ke tahap dunia.
     Pagi ini, beliau memberitahu Dewan Rakyat bahawa kementeriannya akan melaksanakan pelan tersebut. Ia telah melatih lebih 56000 orang guru bahasa Inggeris. Adakah ia akan mewajibkan kelulusan mata pelajaran bahasa Inggeris dalam Sejil Peperiksaan Malaysia? Adakah ia mampu menjayakan pelaksanaan pelan  tersebut?

Labels:

Wednesday, June 26, 2013

Indonesia dan jerebu

Seorang bonda tidak membawa anak ke tadika tiga hari berturut-turut kerana jerebu. Anaknya berhasrat mengambil gambarfoto di tadika itu. Dia mengeluh bahawa jiran kita adalah zalim menghantar jerebu ke sini.

Tuesday, June 25, 2013

Erat kerjasama ASEAN memadamkan kebakaran hutan

Hari ini, Yang di-Pertuan Agong bertitah bahawa Malaysia terus memainkan peranan yang penting dalam kerjasama ASEAN. Kita sangat memerlukan kerjasama untuk memadam kebakaran hutan dan mencegah jerebu.

Monday, June 24, 2013

Kerugian negara kerana jerebu

Jerebu menyinggung orang Malaysia. Sejak ia menyelimuti negara ini seminggu ini, burung bangun lewat, kanak-kanak tidak bersekolah, peniaga kurang berniaga dan bilangan penyakit bertambah. Kerajaan harus mengumumkan kerugian negara.

Penyakit menjadi teruk kerana jerebu

Kebakaran hutan di Riau dan Sumatera bertambah buruk. Jerebu menyelubungi Malaysia dan negara Asean yang lain. Jerebu menjadikan penyakit lebih teruk seperti lelah. Bilangan penyakit bertambah.
     Kerajaan mestilah mengumumkan angka bertambahnya kes-kes penyakit. Adakah hospital-hospital mampu menangani kes-kes ini?

Friday, June 21, 2013

Mengatasi kebakaran dan mencegah jerebu

Setiap tahun, kebakaran hutan besar- besaran di Indonesia menyebabkan jerebu yang serius. Ia merosakkan kesihatan. Kerajaan mestilah berikhtiar untuk mendapat kerjasama dari jiran kita. Bagaimana kita boleh membantu memadamkan api hutan dan mencari langkah pencegahan?

Wednesday, June 19, 2013

Perlu pandangan penduduk terhadap incinerator sampah di Jinjang

Para penduduk di Jinjang Utara menghidu bau sampah berpuluh tahun. Lebih 10 tahun yang lepas, tapak sampah ditutup,  diikuti dengan Stesen Peralihan sampah. Rawatan tapak itu belum selesai.
     Sekarang, Menteri Perumahan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mencadangkan pembinaan sebuah kilang besar untuk membakar sampah di Taman Beringin, Jinjang Utara, Kepong, Kuala Lumpur. Beliau mestilah mendapatkan pandangan para penduduk di Jinjang, Kepong.

Tuesday, June 18, 2013

Punca jerebu di Malaysia

Jerebu tahunan menutupi Malaysia. Indeks Pencemaran di sesetengah tempat adalah 100. Ini memang tidak sihat untuk manusia.
     Biasanya, punca jerebu dipercayai datang dari kebakaran terbuka di Sumatera. Kita berharap negara ini tidak ada kegiatan yang serupa. Kita terus membangkitkan hasrat orang awam agar punca tersebut diberhentikan.

    

Bukit Aman dapat melihat Taman Botani Perdana

Bukit Aman adalah Ibu Pejabat Polis Negara. Is dapat melihat Taman Botani Perdana atau Taman
Tasik Kuala Lumpur. Ramai orang bersenam dan berlipurdiri di taman itu. Para pelancong berminat dengan pelbagai pokok.

Bukit Aman adalah sangat dekat, tetapi nampaknya sangat jauh. Para penjenayah bergiat di taman itu: memecah masuk kereta, meragut dan merompak.

Sunday, June 16, 2013

Taman: mengimbangkan projek dan sifat semula jadi

Peruntukan atau sumbangan untuk projek pembangunan di Taman Botanik Perdana atau Taman Tasik Kuala Lumpur adalah kira-kira RM30 juta. Projek fasa 2 sedang dilaksanakan.
     Penyediaan kemudahan asas adalah munasabah. Ia perlu diselenggarakan. Projek untuk mengkomersialkan taman menarik perhatian.
     Apakah pandangan awam mengenai projek komersial di taman? Adakah mereka berkehendakkan taman yang bersifat semula jadi? Bagaimana mengimbangkan?
    

Saturday, June 15, 2013

Mengatasi jenayah

Lampu-lampu tiada bekalan elektrik hampir sebulan di Jalan Jambu Gajus, Jinjang Selatan, Kepong, Kuala Lumpur. Lampu jalan tidak bernyala. Sebahagian pekan gelap-gelita. Maka kegiatan jenayah bertambah. Para mangsa melaporkan kesnya kepada polis dan mengemukakan aduan kepada TNB & DBKL.
     Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid dan Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan memberi pandangannya terhadap jenayah. Ketua Polis Negara menubuhkan jabatan khas mengatasi masalah ini. Mereka termasuk Datuk Bandar mempunyai langkah sendiri untuk menangani penjenayahan.
    

Hari Bapa

Selamat Hari Bapa.

Kemahiran guru bahasa

Menurut Menteri Datuk Yap, 70% guru Bahasa Inggeris di Malaysia kurang mahir dalam bahasa itu. Ini adalah salah satu sebab Pembelajaran dan Pengajaran sains dan matematik melalui Inggeris (PPSMI) dibatalkan.

Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin mengakui di Dewan Rakyat bahawa ada guru yang kurang mutunya dan dijadualkan kursus-kursus untuknya. Kursus-kursus ini perlu diubahsuai bagi memastikan kesannya.

Apakah standard guru-guru Bahasa Malaysia, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil? 

Tuesday, June 11, 2013

Kami masuk parlimen

Pada 5 Mei 2013, para pengundi memilih kami sebagai ahli parlimen. Ada kelemahan-kelemahan semasa pilihanraya seperti perbezaan yang amat sangat mengenai bilangan pengundi di antara bahagian pilihanraya dan pendatang disyaki menjadi pemilih palsu.

Kami memasuki parlimen. Kami membangkitkan suara rakyat termasuk kelemahan-kelemahan pilihanraya.

Friday, June 07, 2013

Siapkan laporan Ketua Audit Negara untuk perbahasan Parlimen

Ketua Audit Negara membentangkan laporan tahunan di Parlimen. Ia membongkarkan penyelewengan perbelanjaan jabatan kerajaan. Misalnya,  Projek Pusat Lembu menelan belanja RM250 juta dan kontraknya diberi kepada syarikat suami seorang menteri. Sebahagian wangnya digunakan untuk membeli kondominium di Singapura. Sepatutnya, laporan ini dibahas di Parlimen.

Semalam, Menteri YB Idris Jala membangkitkan soalan perbahasan laporan tersebut. Beliau mestilah mengaturkan laporan itu agar ia mudah dibahaskan oleh anggota Parlimen. Kita menunggu dan melihat.

Thursday, June 06, 2013

Pindaan undang-undang siber

Dunia Internet atau siber berkembang. Pelbagai peristiwa boleh berlaku. Ada yang baik. Ada yang buruk. Yang baik dipelihara dan yang buruk dielakkan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia YB Shabery menegaskan kajian undang-undang adalah holistik, bukan berteraskan politik. Kita berharap langkah Kerajaan adalah untuk kebaikan.

Sebahagian besar pengguna Internet memang bertanggungjawab. Hanya golongan yang kecil yang menyalahgunakan kemudahan siber seperti penggodam, penghasut dan pembohong. Undang-undang dan penguatkuasaan yang berkesan adalah untuk mengatasi golongan kecil ini.

Penyalahguna siber mempelbagaikan kegiatannya. Langkah yang efektif sentiasa diperlukan untuk menghadapi cabaran ini. Semoga langkah dan undangnya tidak disalahgunakan terhadap aktiviti yang sihat.

Syor larangan motosikal di kawasan selamat bandaraya

Berjuta-juta motosikal menggunakan jalan-jalan di Malaysia. Segelintir penunggang motosikal adalah penjenayah. Dari hampir 7000 orang maut setiap tahun disebabkan kemalangan jalan, kira-kira separuhnya terdiri daripada penunggang motosikal. Saluran khas untuk motosikal jarang didapati.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid mencadangkan supaya motosikal dilarangkan di kawasan selamat bandaraya. Menurutnya 90% jenayah jalan adalah dilakukan oleh penjenayah bermotosikal.

Tan Sri Khalid mestilah mempertimbangkan dengan sedalam-dalamnya tentang impak larangan tersebut. Faktor-faktornya adalah termasuk erti kawasan selamat, bilangan anggota polis yang diperlukan, kemudahan pengangkutan awam dan keberkesanan dewan bandaraya. Kerana segelintir penjenayah bermotosikal, majoriti yang tidak berdosa juga dihukum.

Wednesday, June 05, 2013

Suruhanjaya bebas polis (IPCMC)

Kematian orang tahanan dalam lokap mencetuskan suara ramai. Ada yang menyifatkan lokap polis sebagai hospital. Sejak tahun 2000 219 kes maut lokap dilaporkan. Polis harus menerangkan angka yang sebenarnya.

Suara bantahan semakin kedengaran.  Sesetengahnya mengulangi cadangan untuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya Bebas terhadap Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) yang pernah dibangkitkan beberapa tahun.  Semalam, Kabinet Kerajaan bersetuju untuk menubuhkan IPCMC. Orang ramai berhati-hati tentang syarat-syarat yang mungkin dikenakan Kerajaan ke atas suruhanjaya ini.

Suruhanjaya yang sedia ada ialah Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan yang dipegang kuat oleh beberapa orang. Setakat ini, ia tidak diperlihatkan dikuatkuasakan dengan berkesan. Adakah IPCMC akan mendatangkan akibat yang serupa?

Prihatin terhadap hasil minyak Malaysia

Pengurusan minyak negara mestilah baik. Hasilnya memberi manfaat kepada orang ramai, terutamanya pelaburan jangka panjang.

Industri minyak memerlukan pelaburan dan penyelenggaraan dari hasil minyak. Ini perlu mengikut amalan antarabangsa.

Hari ini, Petronas menekankan bahawa operasinya di seberang laut menurut standard antarabangsa dan ia adalah telus. Orang ramai adalah prihatin terhadap Petronas dan hasilnya.

Monday, June 03, 2013

Biasanya tahanan lokap tidak sakit

Perbandingan satu perkara dengan perkara yang lain mestilah munasabah. Jikalau tidak, ramai akan berasa tidak senang.

Ada orang membandingkan lokap polis dengan hospital. Ini memang luar biasa. Orang yang sakit masuk hospital. Tetapi, orang dalam lokap memang ditahan. Biasanya mereka tidak sakit.

Sunday, June 02, 2013

Kematian dalam lokup

Polis ada peraturan untuk menguruskan orang tahanan yang mempunyai hak yang tertentu. Patuhilah peraturan ini

Dalam 5 bulan ini, 5 orang telah mati dalam lokup.  Ini menimbulkan soalan. Jawatankuasa Khas polis terpaksa mengumumkan butiran kematian tersebut. Bolehkah kehilangan nyawa ini dielakkan?

Saturday, June 01, 2013

Perumahan & langkah pencegahan rasuah

Di Malaysia, rakyat berasa bahawa perusahaan perumahan adalah penuh dengan penyelewengan seperti rasuah. Sekarang, Menteri Paul Low menyatakan hasrat untuk mencegah rasuah di bidang perumahan. Orang awam mendengar.

Pemaju perumahan memperkirakan kos  pembinaan di semua peringkat, dari pelan ke rumah siap didirikan. Jika satu peringkat dibayar wang sogokan kepada sebuah jabatan kerajaan untuk kelulusan, misalnya RM2 juta, wang ini dimasukkan dalam kos. Pembeli membayar harga lebih tinggi. Harga rumah adalah mengikut pasaran.

Orang awam adalah terperangkap dalam keadaan tersebut bertahun-tahun. Mereka berkecewa. Kerajaan mengumumkan rancangan untuk projek rumah kos rendah dan sederhana. Rakyat berharap penagihannya adil. Ramai hendak mendapat tahu langkah pencegahan rasuah kerajaan yang berkesan.