Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Wednesday, July 31, 2013

Jangan menyalahgunakan undang-undang

Kerajaan pernah menyalahgunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO). Ia menahan orang tanpa bicara. Orang tahanan tidak boleh menghadap Kerajaan ke mahkamah.
     Sekarang, Kerajaan telah memansuhkan ISA dan EO. Ketika rakyat menghadapi  pelbagai jenayah, termasuk pembunuhan bekas pengasas Am Bank semalam, polis mempercayai bahawa para penjahat yang pernah ditahan bawah EO mengembali ke jenayah berat setelah dilepaskan. Pelbagai sindiket timbul.
     "Kita hendak membangkitkan undang-undang yang sedia ada di sesi parlimen akan datang dengan peruntukan yang boleh menambah kemampuan polis untuk bertindak (terhadap penjenayah)," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib. Kita tidak tahu kuasa tambahan yang akan diberi kepada polis.
     Walaupun Datuk Seri Najib menegaskan bahawa Kerajaan adalah komited kepada pemeliharaan hak asasi manusia, kita menekankan bahawa kuasa tambahan polis tidak boleh disalahgunakan.

Saturday, July 27, 2013

Kaji semula Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Apabila seorang dilantik sebagai menteri pendidikan, beliau cuba membentangkan pelan pendidikan baru, bermula dengan Penyata Razak 1960. Sekarang, Menteri Pendidikan YAB Muhyiddin menganjurkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri YAB Najib pada 11 September 2012.
     Ramai pakar termasuk dari universiti membuat kajian.  Tetapi, mereka tidak mendapat pandangan dari sekolah-sekolah ibunda dan agama. YAB Muhyiddin boleh mengesahkan sama ada mereka pernah berunding dengan pihak sekolah-sekolah ini.
     Pelan tersebut hendaklah mewujudkan pendidikan bersemangat dan meningkatkan mutunya. Tujuannya baik. Tetapi, pelannya menimbulkan pertikaian.
     Semoga YAB Muhyiddin mengkaji semula pelan tersebut, cocok dengan pendidikan dunia.

     

Monday, July 22, 2013

Gubal undang-undang mengharam menteri membidda kontrak kerajaan

"Mereka yang berkuasa--termasuk menteri dan ketua menteri--boleh mengelakkan daripada dakwaan penyalahgunaan kuasa atau rasuah dengan hanya tidak menghadiri mesyuarat kerajaan bila  pemberian kontrak atau tanah diputuskan, " kata Tan Sri Abu Kassim,  Pesuruhjaya, SPRM.
     Hakikatnya, kita mengulangi dasarnya untuk menggubal undang-undang mengharamkan menteri, ketua menteri, menteri besar dan pegawai kerajaan daripada menyalahgunakan talian keluarga atau kroni untuk membidda kontrak kerajaan yang lumayan.

Pantau kualiti doktor

"Sekarang, Malaysia mempunyai 39, 000 doktor. Kementerian Kesihatan menganggarkan seramai 4000 hingga 6000 orang pegawai perubatan baru akan dilantik setiap tahun bagi tahun 2013 hingga 2020," kata Kementerian Kesihatan di Parlimen.
     Ada doktor yang memberi perkhidmatan yang baik. Ada juga yang kurang. Misalnya, para pesakit yang berbaris panjang di klinik awam dan melihat sikap sesetengah kakitangan menyusahkannya.
     Walaupun Kerajaan menubuh lebih 200 buah klinik 1 Malaysia, orang awam bimbang tentang kualiti doktor dan standard perkhidmatan.
     Akta Perubahan 1971 membolehkan Kementerian memantau kualiti doktor dan standard perkhidmatan. Kita memerlukan pemantauan yang berkesan.
    

Saturday, July 20, 2013

Rakyat hendak perkhidmatan perubatan baik

Rakyat hendak perkhidmatan perubatan yang baik seperti di klinik awam. Para pesakit berbaris panjang di klinik-klinik hopital kerajaan dan sikap sesetengah kakitangan menyusahkan.
     Sekarang Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengadakan lebih 200 klinik 1 Malaysia di seluruh negara. Warganegara membayar RM1 dan pendatang asing RM15 seorang.
     Ada orang menanya tentang doktor-doktor dan kualiti di klinik-klinik ini. Apakah pembazirannya, terutama pemberian ubat-ubatan?

Tuesday, July 16, 2013

Kriteria adil untuk mengambil pelajar universiti

Di Malaysia, 68,702 pelajar memohon untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk sesi 2013/2014. Hanya 41571 pelajar berjaya.
     Orang awam hendaklah mengetahui kriteria yang digunakan oleh setiap IPTA untuk memilih para pemohon. Kita mempercayai kepada meritokrasi dan keperluan.
     Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib menulis dalam twitternya:
     "Saya tahu ada yang tidak puas hati kerana tidak dapat masuk ke universiti. Tetapi,jangan putus asa. Akan bincang dalam Kabinet minggu ini bagaimana membantu dengan seupayanya para pelajar ini. "
     Kita berharap beliau membantu mewujudkan kriteria yang adil untuk memilih pelajar.
    
    

Sunday, July 14, 2013

Kerajaan mestlah umum butiran projek incinerator Taman Beringin, Kepong.

Sisa pepejal atau sampah bertambah setiap hari. Kuala Lumpur mewujudkan lebih 3000 tan sampah setiap hari; 50% ialah sisa makanan.

Pengurusan sampah adalah rumit. Orang ramai menolak tempat sampah dan incinerator. Tiba-tiba, Kerajaan membuat keputusan untuk membina sebuah incinerator--teknologi tinggi--untuk membakar 1000 tan sampah sehari dekat dengan Stesen Transit sampah di Taman Beringin, Jinjang Utara, Kepong.

Dalam lebih 40 tahun, Jinjang Utara mengalami dua tempat pelupusan sampah dan satu Stesen Transit. Sekarang, ia sedang menjengok kedatangan incinerator yang akan mencemar alam sekitar. Ia akan mngeluarkan gas-gas toksid seperti dioxins yang boleh menjejaskan kesihatan, misalnya kanser,

Kerjaan mestilah mendedahkan butiran terperinci projek incinerator tersebut serta berbincang dengan para penduduk Kepong.

Saturday, July 13, 2013

Sidang media dan incinerator sampah di Taman Beringin, Kepong.

Sampah dan incinerator membawa konotasi pencemaran alam sekitar. Bulan lepas,Menteri Kerajaan Tempatan mengumumkan cadangan pembinaan incinerator di Taman Beringin, Jinjang Utara, Kepong, Kuala Lumpur. Kita sedang menunggu butirannya. Kita akan mengadakan sidang media pada jam 10 pagi Ahad 14 Julai, 2014, di Pekan Jinjang Utara mengenai penilaian kesan incinerator terhadap alam sekitar dan keperluan berunding dengan penduduk Kepong.

Kaji bilangan pekerja asing yang menjadi pekerja

Ahli Parlimen Kepong, DAP, Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Kerajaan
mengkaji dengan sedalam-dalamnya bilangan pekerja asing yang menjadi
peniaga.

Kajian ini mestilah juga dibuat di bidang-bidang lain seperti
perladangan dan pengilangan serta dampaknya di Malaysia.

Dalam 20 tahun ini, pelbagai sektor bergantung kepada pekerja asing
dengan izin dan tanpa izin (PADI dan PATI). Walaupun Kerajaan
mengatakan pengupahan pekerja asing adalah amalan sementara sahaja,
tetapi kecenderungan ini merupakan sementara untuk selama-lamanya.
Perkara pokok ini berlaku juga di lain negara.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail menegaskan semasa sesi
soal-jawab di Parlimen bahawa setakat ini bilangan PADI adalah 1.5
juta orang dan bilangan PATI 1.3 juta orang. Ini bukan angka yang
sebenar untuk PATI. Kita tidak tahu keadaan yang sebenarnya. Satu
telahan ialah 4 juta PATI dalam negara dan 1.3 juta hanya di Sabah dan
Sarawak.

Isu pekerja asing adalah rumit. Kita berharap program-program kerajaan
untuk mengurangkan pekerja asing di pelbagai sektor dapat dijayakan.
Sementara itu, orang ramai terus bimbang.

Friday, July 12, 2013

Sidang media & cadangan incinerator Taman Beringin, Kepong.

Sampah dan incinerator membawa konotasi pencemaran alam. Bulan lepas, Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman mengumumkan projek tempat pembakaran sampah tertutup, incinerator, di Taman Beringin, Jinjang Utara, Kepong. Oleh itu, kami akan mengadakan sidang media pada Ahad, 14 Julai, 2013 jam 10 pagi di Pekan Jinjang Utara. Kami akan membangkitkan keperluan untuk menilai dampak ke atas alam sekitar dan berunding dengan para penduduk Kepong.

Monday, July 08, 2013

Butiran projek incinerate sampah di Taman Beringin, Jinjang, Kepong?

Incinerator sampah mengeluarkan pelbagai bahan termasuk gas toksid seperti dioxins. Orang awam menolak.
     Pada akhirnya, Menteri Perumahan Dato' Abdul Rahman sebut mengenai cadangan untuk membina incinerator sampah di Taman Beringin, Jinjang, Kepong, Kuala Lumpur. Hari ini, beliau mengulangi projek tersebut di Parlimen.  Tetapi, beliau tidak memberi butirannya.
     Dalam 40 tahun ini, Jinjang menghadapi dua tapak pelupusan sampah. 10 tahun lalu, tapak itu telah ditutup, lalu diganti dengan stesen peralihan. Sampah telah dihantar ke Bukit tagar, Selangor.
     Kuala Lumpur perlu menguruskan sampah. Salah satu langkahnya adalah pembinaan incinerator. Di manakah? Para penduduk Jinjang membimbang.

Sunday, July 07, 2013

Masa soal jawab Parlimen untuk siapa?

Ahli Parlimen mempunyai banyak tugas. Salah satunya ialah menanya menteri mengenai pelbagai perkara yang berkaitan dengan rakyat. Ketika masa soal-jawa, ahli mengemukakan soalan yang pendek dan menteri memberi jawapan yang padat.
     Hari ini, Menteri Komunikasi Datuk Seri Shabery menegaskan bahawa masa soal- jawab telah dilanjutkan dari satu jam hingga satu jam setengah. Menurutnya, ini adalah untuk menjadi lebih adil bagi Pembangkang dan menggalakkan ketelusan.
     Orang ramai boleh memberitahu YB Shabery bahawa perlanjutan masa tersebut adalah untuk semua ahli. Bahkan, kadang-kadang soalannya panjang dan jawapannya menjadi kenyataan lantang menteri. Mengapa menteri menyalahgunakan masa soal-jawab Parlimen?

Friday, July 05, 2013

Don't abuse the new law that replaces EO

Malaysia has various crimes. These make Malaysians look to the police. However, crime victims expect more action.
     Yesterday, the new Home Minister Datuk Seri Zahid said that a bill was being drafted to replace the Emergency Ordinance (EO). Apparently, after the repeal of EO, ex-detainees have returned to crimes.
     Then, Zahid should release the details of how the bill can reduce crimes and the ways to prevent it being abused.

Jangan salahguna akta yang mengganti Ordinan Darurat

Malaysia menghadapi pelbagai jenayah. Oleh itu, orang ramai minta polis memeranginya.
     Sekarang, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid menegaskan bahawa Kerajaan sedang menggubal undang-undang untuk mengganti Ordinan Darurat (EO).Menurutnya, bekas tahanan EO ) 

Tuesday, July 02, 2013

Kaji kadar bayaran Internet untuk pelajar

Komputer dan Internet memain peranan penting di pendidikan, dari tadika ke universiti. Justeru itu, Malaysia mempunyai pelbagai sistem untuk mengejar kemajuan bidang ini. Misalnya, sistem Unifi di sekolah menengah mengenakan bayaran RM150 setiap pelajar sebulan. Tetapi, keluarga miskin termasuk ibu tunggal tidak mampu membayar. Oleh itu, Menteri Pelajaran YAB Muhyiddin mestilah mempertimbangkan cara untuk mengurangkan kadar bayaran.

Monday, July 01, 2013

Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat Peristiwa Lahad Datu

Pagi ini, Timbalan Menteri Datuk Wan Junaidi cuba menerangkan peristiwa pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu, Sabah. Tetapi, ia adalah satu misteri. Sebenarnya, orang ramai hendak memahami bagaimana tentera dan polis boleh membenarkan segolongan Suluk mencerobohi tanah air kita. Oleh itu, kami mencadangkan penubuhan sebuah Suruhanjaya Diraja untuk menyiasatnya.

Penyiasatan pembelian dakwat kekal oleh SPR mestilah adil

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mestilah diperlihatkan adil. Ia membeli dakwat kekal pada tahun-tahun 2008 dan 2013. Tetapi, penggunaannya ketika pilihan raya tahun ini menimbulkan pertikaian. Sekarang, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hendak menyiasat pembelian tersebut. Sepatutnya, penyiasatan ini mestilah adil dari pelbagai aspek. Demikian, kita boleh menunggu penemuannya.