Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Wednesday, May 31, 2017

ترامڤڠ دان ڤرجنجيا ڤاريس Trump dan Perjanjian Paris

195 negara telah menandatangani Perjanjian Paris--guna tenaga bersih menghadapi perubahan iklim. Adakah Trump menarik diri daripada perjanjian itu? 194 negara tunggu.
195 نݢارا تله مننداتاڠني ڤرجنجيان ڤاريس--ݢون تناݢ برسيه مڠهادڤي ڤروبهن اقليم. اداكه ترامڤ مناريك ديري درڤد ڤرجنجيان ايت? 194 نگارا توڠݢو.

Labels:

Tuesday, May 30, 2017

ويڠا دان ارسينل Wenga dan Arsenal

ارسين ويڠا تله مڠدالي ارسينل سلام 21 تاهون. سݢارڠ، ݢوجيرق دلنجوتكن دوا تاهون لاݢي. ڤڠوروس اين هيبت.

Arsene Wenger telah mengendali Arsenal 21 tahun. Sekarang, kontrak dilanjutkan dua tahun lagi. Pengurus ini hebat.

Labels:

ڤلورو برڤندو دان ميسيل ڤڠݢالڠ Peluru berpandu dan misil penggalang

Korea Utara uji peluru berpandu. Amerika tonjol misil penggalang. Terus berkonfrontasi?

كوريا اوتارا اوجي ڤلورو برڤندو. اميريكا تونجول ميسيل ڤڠݢالڠ. تروس بركونۏرونتاسي?

Labels:

Monday, May 29, 2017

كوچر-كاچير دلاڤڠن تربڠ هيظرو Kucar--kacir di Lapangan Terbang Heathrow

كوچر-كاچير دلاڤڠن٢ تربڠ هيظرو دان ݢيتۏيك منججسكن ريبوان ڤنومڤڠ. اڤ سبب! اداكه كومڤوتر روسق?

Kucar-kacir di Lapangan-Lapangan Terbang Heathrow dan Gatwick, England,  menjejaskan ribuan penumpang. Apakah sebab? Adakah komputer rosak?

Labels:

ماكرون دان ڤوتين Macron dan Putin

ڤريسيدن ماكرون منجمڤوت ڤريسيدن ڤوتين حاظيري ڤاميرن دايستان ۏيرساي دڠن كنڠن لاوتن ماهاراجا ڤيتير كڤرنچيس. چارا ڤنموان مريك تيدق سروڤ دڠن چورق ترامڤ. باݢايمان مڠاتسي ايسو سماچم علام، سيريا دان كوريا اوتارا.

Presiden Macron menjemput  Presiden Putin menghadiri pameran di Istana versailles untuk mengenang lawatan Maharaja Peter, Rusia, ke Perancis. Cara penemuan mereka berbeza dengan corak Trump. Bagaimana mengatasi isu semacam alam, Syria dan Korea Utara?

Labels:

Ribut kilat

29 Mei, 2017
Ribut kilat melanda petang,
Bandar cepat berbanjir kilat;
Ribut Barat datang sekarang,
Bandar sesak orang penat.

Labels:

Sunday, May 28, 2017

Pertukaran guru ڤرتيندنن ݢورو

Malaysia ada 427,942 guru dan daripada jumlah itu, 20,470 guru, iaitu 4.8%, membuat permohonan  pertukaran sehingga Jun, 2017. Menurut Datuk Seri Mahdzir, Kementerian Pendidikan melulus 2,825 orang (13.8%).
Ini adalah perkara yang rumit. Kementerian mesti menunjukkan ianya adil.

مليسيا اد 427,942 ݢورو دان درڤد جومله ايت، 20,470 ݢورو، اءيت 4.8%, ممبوات ڤرموهونن ڤرتيندنن سهيڠݢ جون 2017.منوروت داتوء سري
محظير، كمنتريان ڤنديديقن ملولوس 2,825 اورڠ (13.8%).
اين اداله ڤركارا يڠ روميت. كمنتريان مستي منونجوق اياڽ عديل.

Labels:

تيݢ كاڤل ايندوق اميريكا دڤاسيۏيك بارتTiga kapal induk Amerika di Pasifik Barat

Korea Utara terus uji peluru berpandu. Amerika ada tiga kapal induk di Lautan Pasifik Barat. Jepun bimbang dengan kekuatan tentera China; tenteranya bukan untuk pertahanan sahaja.

كوريا اوتارا تروس اوجي ڤلورو برڤندو. اميريكا اد تيݢ كاڤل ايندوق دلاءوتن ڤاسيۏيك بارت. جڤون بيمبڠ دڠن ككواتن تنترا چينا; تنتراڽ بوكن اونتوق ڤرتاهنن سهاج.

Labels:

Friday, May 26, 2017

Dunia teknologi maklumat, IT. دنيا تيكنولوݢي معلومت

Dunia siber, internet dan media sosial adalah paling menonjol. Ada perutusan yang baik dan ada yang buruk. Para pengganas mengguna dunia siber dengan cekap. Para pemberi perkhidmatan perlu mencegah kandungan buruk.

Media sosial bayang kembang zaman,
Pemberi sibuk beri perkhidmatan;
Media sosial sayang semua insan,
Pemberi mesti kawal kandungan.

دنيا سيبر، اينترنيت دان ميديا سوسيال اداله ڤاليڠ منونجول. اد ڤروتوسن يڠ باءيك دان اد يڠ بوروق. ڤارا ڤڠݢانس مڠݢون دنيا سيبر دڠن چكڤ. ڤارا ڤمبري ڤرخدمتن ڤرلو منچݢه كاندوڠن بوروق.

ميديا سوسيال بايڠ كمبڠ زمان،
ڤمبري سيبوق بري ڤرخدمتن;
ميديا سوسيال سايڠ سموا انسان،
ڤمبري مستي كاول كاندوڠن.

Labels:

Wednesday, May 24, 2017

Syarikat kerajaan

Terdapat banyak syarikat yang dimiliki kerajaan Malaysia seperti KWSP, Khazanah, Tenaga Nasional, Petronas dan Proton. Ada yang diurus dengan baik dan ada yang kurang.

Syarikat kerajaan dijalan bagus,
Lampu menerang lagak banyak;
Syarikat kerajaan disalah urus,
Lampu memang kekurangan minyak.

ترداڤت باپق شريكت يڠ دميليكي كراجاءن مليسيا سڤرتي KWSP, "خازنه، تناݢ ناسيونل، ڤيترونس دان ڤروتون. اد يڠ داوروس دڠن باءيك دان اد يڠ كورڠ.

شريكت كراجاءن دجالن باݢوس،
لمڤو منرڠ لاݢق باپق;
شريكت كراجاءن دساله اوروس،
لمڤو ميمڠ ككورڠن ميڽق.

Labels:

Tuesday, May 23, 2017

سلمن ابيدي، ڤڠݢانس. مڠاڤ. Salman Abidi, pengganas. Mengapa.

سلمن ابيدي، 22,لاهير دمانچيستر. ايبو باڤ دري ليبيا. ديا چتوس لتوڤن، بونوه ديري، قربان 22 بليا دان چدرا 59.مڠاڤ?

Salman Abedi, 22, lahir di Manchester. Ibu bapa dari Libya. Dia cetus letupan, bunuh diri, korban 22 belia dan cedera 59. Mengapa?

Labels:

Monday, May 22, 2017

Lang terbang atas belukar

Hari ini, kita dijemput hadir taklimat Transit Laju Massa (MRT, Gamuda) di Pusat Latihan, Sungai Buluh (kelulusan di Shah Alam). Terdapat pelbagai persimpangan.
Semoga MRT membantu rakyat.

Lang terbang atas belukar Sg Buluh,
Susah nampak tanda jalan di tepi;
Lang hilang simpang-simpang tujuh,
Susah hendak mencari destinasi.

هاري اين، ݢيت دجمڤوت حاطير تعليمت ترانسيت لاجو ماسا(MRT, Gamuda) دڤوست لاتيهن سوڠاي بولوه (كلولوسن دشاه عالم). ترداڤت ڤلباݢاي ڤرسيمڤڠن.
سموݢ MRT ممبنتو رعيت.

لڠ تربڠ اتس بلوكر سوڠاي بولوه،
سوسه نمڤق تندا جالن دتڤي;
لڠ هيلڠ سيمڤڠ-سيمڤڠ توجوه،
سوسه هندق منچاري ديستيناسي.

Labels:

Saturday, May 20, 2017

Sunyi di kampung سوپي دكمڤوڠ

Di dunia termasuk Malaysia, para penduduk berpindah dari kampung ke bandar. Keadaan negara berubah.

Kampung sunyi dan angin reda,
Hijrah ke sungai bersama orang;
Kampung sunyi dan kurang kerja,
Hijrah ke bandar jumpa peluang.

ددنيا ترماسوق مليسيا، ڤارا ڤندودوق برڤينده دري كمڤوڠ ك بندر. كاءداءن نݢارا براوبه.

كمڤوڠ سوپي دان اڠين ردا،
هجره ك سوڠاي برسام اورڠ;
كمڤوڠ سوپي دان كورڠ كرجا،
هجره ك بندر جومڤا ڤلواڠ.

Labels:

Wednesday, May 17, 2017

Hidup cara baik هيدوڤ دڠن باءيك

Orang baik dapat hidup harian,
Benda semua diperoleh cara halal;
Orang dapat benda dengan pencurian,
Benda itu dirampas pula cara jabal.

اورڠ باءيك داڤت هيدوڤ هاريان،
بندا سموا دڤراوليه چارا حلال;
اورڠ داڤت بندا دڠن ڤنچوريان،
بندا درمڤس ڤولا چارا جبل.

Labels:

Tuduhan jejas pasaran تودوهن ججس ڤاسرن

براڤ تودوهن ترهادڤ ترامڤ منججسكن ڤاسرن دنيا سڤرتي چارا بليو ممچتكن كومي، بكس ڤڠاره بيرو سياستن ڤرسكوتوان.
Berapa tuduhan terhadap Trump menjejaskan pasaran dunia seperti cara beliau memecatkan Comey, bekas Pengarah, Biro Siasatan Persekutuan.

Labels:

Pergelutan harta ڤرݢلوتن هرتا

Di semua masyarakat, perebutan untuk harta benda daripada ibu bapa sering berlaku. Sanak saudara berkelahi. Ada yang sampai ke mahkamah.

Ibu bapa bela anak dengan baik,
Jangan sampai hidup berlutut;
Ibu bapa cuba berwasiat harta milik, 
Jangan bagai tupai bergelut.

دسموا مشراكت، ربوتن اونتوق هرتا بندا درڤد ايبو باڤ سريڠ برلاكو. سانق ساودارا بركلاهي. اد يڠ سمڤاي ك مهكامه.

ايبو باڤ بلا انق دڠن باءيك،
جاڠن سمڤاي هيدوڤ برلوتوت;
ايبو باڤ چوبا بروصيت هرتا ميليق،
جاڠن باݢاي توڤاي برݢلوت.

Labels:

Tuesday, May 16, 2017

سلامت هاري ݢورو Selamat Hari Guru

سلامت هاري ݢورو Selamat Hari Guru

Labels:

ماكرون دان رينيسونس اتاو ڤموليهن Macron dan renaissance atau pemulihan

ڤريسيدن ڤرنچيس ماكرون ممباوا رينيسونس اتاو ڤموليهنڽ اونتوق منموءي مركل دجرمن. كدوا-دواڽ ڤموجا ايروڤه. ريۏورماسي ايكونومي ماكرون منيمبولكن كبيمبڠن.

Presiden Perancis Macron membawa renaissance atau pemulihannya untuk menemui Merkel di Jerman. Kedua-duanya pemuja Eropah. Reformasi ekonomi Macron menimbulkan kebimbangan.

Labels:

Monday, May 15, 2017

Alam semula jadi عالم سمولا جادي

Isaac Newton (1643-1727), ahli matematik, ahli fizik, ahli falak dan ahli falsafah Inggeris. Ada berapa hukum termasuk hukum kegravitian. Alam semula jadi buat apa pun tiada sia-sia.
Newton: Nature does nothing in vain. The more is in vain when the less will do.

Cuaca mendung angin merebak,
Alam buat selama-lama usia;
Cuaca mendung insan merosak,:
Alam buat apa pun tiada sia-sia.

ايساك نيوتون (1643-1727) اهلي ماتيماتيك، اهلي ۏيزيك، اهلي ۏلك دان اهلي فلسفه ايڠݢريس. اد براڤ حكوم ترماسوق حكوم كݢراويتيان. عالم سمولا جادي بوات اڤ ڤون تياد سيا-سيا.

چواچ مندوڠ اڠين مريبق،
عالم بوات سلام-لام اوسيا;
چواچ مندوڠ انسان مروسق،
عالم بوات اڤ ڤون تياد سيا-سيا.

Labels:

Saturday, May 13, 2017

Mentari bersinar ممتاري برسينر

Golongan pandang mentari bersinar, . Menangani naik turun pergolakan;
Golongan pandang keadaan sebenar,
Menangani jatuh bangun kehidupan.

ݢولوڠن ڤندڠ منتاري برسينر،
مناڠني ناءيك تورون ڤرݢولقن;
ݢولوڠن ڤندڠ كاءداءن سبنر،
منڠني جاتوه باڠون كهيدوڤن.

Labels:

Presiden Macron

Presiden baru Macron hendak mewujud reformasi Perancis. Cabaran besar. Betapa beliau menangani jatuh bangun politik?

ڤريسيدن بارو ماكرون هندق وجود ريۏورماسي ڤرنچيس. چابرن بسر. بتاڤ بليو مناڠني جاتوه باڠون ڤوليتيك?

Labels:

Selamat Hari Ibu سلامت هاري ايبو

سلامت هاري ايبو Selamat Hari Ibu

Labels:

ڤنجنايه سيبر Penjenayah siber

ڤنجنايه سيبر مڠݢودم ڤلباݢاي اݢينسي د لبيه 100 نݢارا. مريك مينتا واڠ تبوسن.

Penjenayah siber menggodam pelbagai agensi di lebih 100 negara. Mereka minta wang tebusan.

Labels:

ليݢ ڤردان بولاسيڤق اڠݢريس Liga Perdana Bolasepak Inggeris

چيلسي منجادي جوارا ليݢ ڤردان اڠݢريس. مريك تكل موسيم اين.

Chelsea menjadi juara Liga Perdana Inggeris. Mereka tekal musim ini.

Labels:

Friday, May 12, 2017

Semua agama dan kaum di Malaysia سموا اݢام دان قوم دمليسيا

Dalam masyarakat majmuk, Kerajaan mesti melayan semua kaum dan agama dengan adil. Kita perlu mencegah pelampau. Memegang erat, menggenggam teguh nilai sejagat.

Memegang erat negara maju sungguh,
Malaysia tangani kaum dan agama;
Memegang erat menggenggam teguh,
Malaysia mesti adil kepada semua.

دالم مشراكت مجموق، كراجاءن مستي ملاين سموا اݢام دان قون دڠن عاديل. كيت ڤرلو منچݢه ڤلمڤاو. ممݢڠ ايرت، مڠݢڠگم تݢوه نيلاي سجاݢت.

ممݢڠ ايرت نݢارا ماجو سوڠݢوه،
مليسيا تاڠني قوم دان اݢام;
ممݢڠ اورت مڠݢڠگم تݢوه،
مليسيا مستي عاديل كڤد سموا.

Labels:

Wednesday, May 10, 2017

سمبوت هاري ويسق

Warga kumpul pada hari kelepasan,
Sambut Hari Wesak dengan ramai;
Warga kembali bekerja hari keesukan,
Sambut fajar bersinar aman damai.
ورݢ كومڤول ڤد هاري كلڤسن،
سمبوت هاري ويسق دڠن راماي;
ورݢ كمبالي بكرجا هاري لادينن،
سمبوت ۏجر برسينر امن داماي.

Labels:

كاءسوقن هاري ويسق keesukan Hari Wesak

كاءسوقن هاري ويسق ۏجر مپيڠسيڠ دان مپينر لاڠيت دڠن هارڤن امن داماي سجݢت.

Keesukan Hari Wesak, fajar menyingsing dan menyinar langit dengan harapan aman damai sejagat.

Labels:

Tuesday, May 09, 2017

سلامت هاري ويسق Selamat Hari Wesak

سلامت هاري ويسق Selamat Hari Wesak

Labels:

Pantai Dooagh muncul semula

Kejadian yang ajaib. Pada tahun 1984, Pantai Dooagh, Pulau Achill, County Mayo, Ireland, lenyap kerana ribut besar. Sekarang, dengan ombak luar biasa, pantai 300 meter ini muncul semula. Ia menarik ramai pelancong.
~
Ombak raksasa tukar alam,
Pantai Dooagh hilang serta-merta;
Ombak raksasa keluar semalam,
Pantai Dooagh datang semula.

كجاديان يڠ عجاءيب. ڤد تاهون 1984,ڤنتاي دوءاه، ڤولاو اچيلا، داءره ميءو، ايرلند، لپڤ كران ريبوت بسر. سكارڠ، دڠن اومبق لوار بياسا، ڤنتاي 300 ميتر اين مونچول سمولا. اي مناريك راماي ڤلنچوڠ.

اومبق رقساس توكر عالم،
ڤنتاي دوءاه هيلڠ سرتا-مرتا;
اومبق رقساس كلوار سمالم،
ڤنتاي دوءاه داتڠ سمولا.

Labels:

Monday, May 08, 2017

ڤپاله داده دباپق تمڤت Penyalah dadah di banyak tempat

ترداڤت ڤڠيدر دان ڤپاله داده دباپق تمڤت ترماسوك ؤيلدا. شابو دان هيروءين دسالهݢوناكن.

ڤاݢي-ڤاݢي دان سڤتڠ-ڤتڠ،
اد دبو دان تبو دؤيلدا;
ڤاݢي سيداي دان ڤتڠ سنڠ،
اد شابو دان چندو دۏيلدا.

Terdapat pengedar dan penagih dadah di banyak tempat termasuk Felda. Syabu dan candu disalahgunakan.

Pagi-pagi dan sepetang-petang,
Ada debu dan tebu di Felda;
Pagi sidai dan petang senang,
Ada syabu dan candu di Felda.

Labels:

Saturday, May 06, 2017

افغانيستب تمدون 5000 تاهون Afghanistan tamadun 5000 tahun

اۏغانيستن برتمدون كيرا-كيرا 5000 تاهون. اي ڤرنه منجادي نݢارا بوظا. سكارڠ نݢاراڽ اسلام. تتاڤي اي ترلتق درنتاو برتموڽ ڤلباݢاي تمدون، ڤرڠ سريڠ برلاكو. تنترا بريتيش، روسيا دان اميريكا ڤرنه ݢاݢل داۏغانيستن.

ڤندڠ هيجاو-هيجاوءن دهوتن،
اۏغانيستن عالمي ڤرڠ برتاهون;
ڤندڠ سجاره سباݢاي عملن،
اۏغانيستن 5000 تاهون برتمدون.

Afghanistan bertamadun kira-kira 5000 tahun. Ia pernah menjadi negara Buddha. Sekarang negaranya Islam. Tetapi, ia terletak di rantau bertemunya pelbagai tamadun, perang sering berlaku. Tentara British, Rusia dan Amerika sudah ada kagagalan di Afghanistan.

Pandang hijau-hijauan di hutan,
Afghanistan alami perang bertahun;
Pandang sejarah sebagai amalan,
Afghanistan 5000 tahun bertamadun.

Labels:

Friday, May 05, 2017

كاڤل تربڠ ڤنومڤڠ جيت. واتن چينا Kapal terbang penumpang jet buatan China

كاڤل تربڠ ڤنومڤڠ جيت بواتن چينا، C919, اكن برساءيڠ دڠن بوءيڠ دان ايرباس. ڤرساءيڠن دهشت.

Kapal terbang penumpang jet buatan China, C919, akan bersaing dengan Boeing dan Airbus. Persaingan dahsyat.

Labels:

Thursday, May 04, 2017

تماسيق Temasek

لبيه 700 تاهون سيڠاڤور اتاو تماسيق ترچاتت دالم سجاره. ڤد تاهون 1819،اي دجاديکن ڤوس ڤرداݢڠن اوليه راۏيلس. سجق تاهون 1965,سيڠاڤورا دباڠن سبگاي سبواه نݢارا مودين.

تماسيق اد دهوجوڠ سمننجوڠ،
سيڠاڤورا ترلتق داسيا تڠݢارا;
تماسيق اد باڠون كاواسن  تنجوڠ،
سيڠاڤورا جادي مودينڽ نݢارا.

Lebih 700 tahun Singapura atau Temasek tercatat dalam sejarah. Pada tahun 1819,ia dijadikan pos perdagangan oleh Raffles. Sejak tahun 1965, Singapura dibangun sebagai sebuah negara moden.

Temasek ada di hujung Semenanjung,
Singapura terletak di Asia Tenggara;
Temasek ada bangun kawasan tanjung,
Singapura jadi modennya negara.

Labels:

Wednesday, May 03, 2017

رونديڠن ڤاليسظين دان آسراعلRundingan Palestin dan Israel

ترامڤ دان اباس ستوجو مڠاداكن رونديڠن دانتارا اسراعل دڠن ڤاليسظين. اميريكا جادي ميدياتور. ترامڤ كات بهوا مريك اكن منچاڤايڽ.

Trump dan Abbas setuju mengadakan rundingan di antara Israel dengan Palestin. Amerika jadi mediator. Trump kata bahawa mereka akan mencapainya.

Labels:

Hujan dan sungai هوجن دان سوڠاي

Hujan boleh menaikkan paras air di empangan untuk perkhidmatan air. Tetapi, bekalan air tergendala kerana pelbagai sebab seperti kebocoran paip.

Sungai nescaya alir ke lautan,
Hujan lebat paras air tinggi;
Sungai dilencong ke empangan,
Hujan lebat tapi air paip henti.

هوجن بوليه مناءيككن ڤارس اير دامڤڠن اونتوق ڤرخيدماتن اير. تتاڤي، بكالن اير ترݢندالا كران ڤلباݢاي سبب سڤرتي كبوچورن ڤاءيڤ.

سوڠاي نسچاي الير ك لاءوتن،
هوجن لبت ڤارس اير تيڠݢي;
سوڠاي دلينچوڠ ك امڤڠن،
هوجن لبت تاڤي اير ڤاءيڤ هنتي.

Labels: