Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Friday, May 31, 2013

Kos Aliran Transit Massa (MRT)?

Masalah trafik adalah serius. MRT merupakan satu projek untuk menanganinya. Ia menghadapi pelbagai masalah termasuk kos yang sangat tinggi. Oleh itu, orang awam berhati-hati terhadapnya.

Hari ini, Perdana Menteri YAB Najib menyebutkan martabat firma tempatan untuk melaksanakan projek tersebut serta peluang pekerjaannya.  Rakyat hendak mengetahui sistem tender terbukanya dan kos yang sebenarnya. Berapa puluh bilion ringgit?

Thursday, May 30, 2013

Penyiasatan tragedi boat laju Sarawak

Malaysia mempunyai feri-feri yang membawa ribuan penumpang setiap hari. Ia ada peraturan dan penyelenggaraan untuk keselamatan.

Kemalangan boleh berlaku. Pada akhirnya,  tragedi kapal ekspres Sarawak menyebabkan 12 hilang dan 1 mayat ditemui. 186 penumpang terselamat. Had muatannya adalah 74. Tetapi, 199 orang naik kapal itu.

Perdana Menteri Datuk Najib hendak satu penyiasatan ke atas tragedi tersebut. Kita mahu penyiasatan menyeluruh untuk mengetahui punca tragedi tersebut.

Tuesday, May 28, 2013

Guru baik?

Perguruan adalah profesion yang murni. Kerajaan mestilah memastikan gaji dan elaunnya adalah munasabah. Hari ini, Menteri Pelajaran II Datuk Seri Idris mencadangkan supaya istitusi perguruan dan kursus khas untuk perguruan di universiti awam dibatalkan secara berperingkat. Beliau juga mengesyorkan supaya hanya pelatih berprestasi tinggi di institusi tersebut dipilih manjadi guru. Ini adalah harapan ramai. Bagaimana ia dapat dilaksanakan? Kita menunggu dan melihat.

Monday, May 27, 2013

Kajian menyeluruh permasalahan pendatang dan pembantu rumah

Masyarakat Malaysia mempunyai berjuta-juta pendatang dengan dan tanpa izin termasuk pembantu rumah. Mereka bekerja di pelbagai bidang. Negara ini terpaksa berfikir dengan semalamnya bahawa tanpa imigran, apakah akan terjadi?  Apakah implikasi dan konsekuensinya kalau keadaan ini berterusan.

Kita memerlukan kajian menyeluruh terhadap permasalahan pendatang di dalam pelbagai sektor.

Sunday, May 26, 2013

Persempadanan kawasan: ketelusan yang sebenar

Suruhanjaya Pilihan Raya hendak meyakinkan ketelusan yang dilakukan dengan segala daya upaya semasa persempadanan semula bahagian pilihan raya. Kami sentiasa menekankan bahawa persempadanan tersebut mestilah adil. Semoga SPR diperlihatkan telus dan adil.

Thursday, May 23, 2013

Perdana Menteri dan teladan?

Dalam perutusan Hari Wesak, Perdana Menteri Datuk Seri Najib menyampaikan harapannya agar setiap orang (Malaysia) mengenepikan perbezaannya untuk kebaikan keseluruhannya.

Semoga beliau memimpin melalui teladan yang boleh dilihat dengan mudah di dunia moden. Teknologi maklumat tidak akan mengecualikannya.

Selamat Hari Wesak

Selamat Hari Wesak. Semoga semua orang berada dalam keadaan selamat dan sejahtera.

Tuesday, May 21, 2013

Perkhidmatan perubatan mestilah diperbaiki

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Subramaniam berharap sistem perkhidmatan perubatan awam dapat diperbaiki serta menggalakkan cara kehidupan yang sihat. Sambil menunggu stail penggalakan corak hidup yang sihatnya, kami mengharapkan menteri dapat melihat dengan mendalam kelemahan di klinik-klinik pesakit luar di hospital-hospital. Kelemahan ini sudah wujud bertahun-tahun.

Monday, May 20, 2013

Perkhidmatan Internet yang mampu dibayar

Menteri Komunikasi & Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery menimbang syor untuk mengurangkan bayaran broadband & 3G. Malaysia memerlukan perkhidmatan Internet yang mampu dibayar oleh rakyat.

Saturday, May 18, 2013

Suruhanjaya Diraja menyiasat PRU13

Selepas Pilihan Raya Umum 13 pada Mei 5, beribu-ribu rakyat pelbagai kaum berkumpul secara aman di beberapa tempat dalam negara. Mereka berasa ada benda yang tidak betul semasa PRU13. Mereka hendak mengetahui mengapa Pakatan Rakyat dengan 52% undi tidak boleh menjadi Kerajaan Persekutuan. Sebaliknya, Barisan Nasional hanya mendapat 47%, tetapi boleh menubuh Kerajaan Pusat.

Malam ini, ramai orang Melaka menyertai majlis jamuan di Sekoloh Pei Feng untuk mendapat tahu apa langkah yang boleh diambil. Kami menyeru supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat PRU13.

Thursday, May 16, 2013

Semoga Kabinet baru dapat memberi perkhidmatan yang baik

Semoga Kabinet baru dapat memberi perkhidmatan yang baik.

Misalnya, adalah diharapkan Menteri Kewangan kedua Datuk Seri Husni boleh berhentikan ketirisan, menggalakkan pelaburan asing sebenar, mengurangkan inflasi, menyeimbangkan belanjawan, menurunkan hutang dan memperbaiki pertumbuhan ekonomi.

Wednesday, May 15, 2013

Langkah berkesan mencegah tebing sungai runtuh

Terdapat dua blok 17 tingkat kondominium, Mutiara Magna, di tepi Sungai Keroh. Bertentangan dengannya ada seblok 17 tingkat unit-unit rumah kos rendah. Setakat ini, ada sekurang-kurangnya 7,000 penghuni.


Pada akhir ini, Jabatan Pengairan dan Saliran melaksanakan projek Kehidupan Sungai. Tiba-tiba, tebing sungai runtuh.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Pengairan dan Saliran mestilah sentiasa berwaspada, dan mengambil langkah-langkah berkesan untuk mencegah kejadian tebing runtuh. Kuala Lumpur mempunyai jumlah 120 Km sungai utama dan 330 Km parit besar.

Saturday, May 11, 2013

Perdana Menteri dan sifat bermuka dua

Perdana Menteri YAB Najib menghentam Pembangkang sebagai bersifat muka dua kerana tidak menerima keputusan PRU13 dengan sepenuhnya. Beliau haruslah menilaikan sifatnya terhadap politik wang, projek tanpa tender terbuka, jurang amalan pilihan raya dan pendatang menjadi pengundi.

SPR dan Politik Wang

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad mengatakan bahawa pengadu tidak memahami undang-undang, lalu menolak memo terhadap penipuan PRU13. Beliau patutlah menerangkan pemahamannya tentang politik wang,  projek tanpa tender terbuka, jurang amalan pilihan raya dan pendatang menjadi pengundi.

Perasaan ramai di Stadium Batu Kawan

Semalam, beribu-ribu orang berhimpun di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, kerana berasa kecewa dengan keputusan PRU13. Mereka berkumpul secara aman. Mereka hendak mengetahui sebab-musabab Barisan Nasional menjadi Kerajaan Persekutuan dengan 47% undi walhal Pakatan Rakyat mendapat 52% undi.

Friday, May 10, 2013

Persempadanan semula yang adil

Suruhanjaya Pilihan Raya sedang bersedia melakukan persempadan semula bahagian-pilihan raya. Sebelum ini, terdapat ketidakadilan di sesetengah kawasan. Ini mestilah diperbetulkan. SPR perlu diperlihatkan adil dalam persempadanan tersebut. 

Wednesday, May 08, 2013

Terima kasih kepada pengundi

Kita mengucapkan terima kasih kepada para pengundi kerana memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat yang memenang 89 kerusi parlimen dan 230 kerusi negeri.

Perasaan selepas PRU-13.

Semalam, 8 Mei, 2013, berpuluh ribu orang daripada pelbagai kaum berkumpul di dalam dan luar Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya, untuk mendengar Anwar dan lain pemimpin. Walaupun Perdana Menteri YAB Najib dan Suruhanjaya Pilihan Raya mengulangkan bahawa PRU-13 berjalan dengan lancar dan keputusannya boleh dipercayai, orang ramai yang berkerumun di stadium berada dalam kesengsaraan. Mereka merenungkan: politik wang, monopoli media dan jurang amalan pilihan raya.

Thursday, May 02, 2013

Ceramah besar DAP di Batu 7 Jalan Kepong

DAP akan menganjurkan satu ceramah besar di Batu 7, Jalan Kepong, hari ini, mulai jam 8, 3 Mei, 2013.