Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Thursday, February 11, 2010

Selamat Hari Raya

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mengucapkan Selamat Hari Raya.

Semoga semua yang tidak baik pada Tahun Lembu hilang sama sekali, diganti dengan Tahun Harimau yang membawa keamanan dan kebahagiaan kepada manusia.

Mudah-mudahan segala bidang termasuk pendidikan bermula dengan baik, penuh semangat dan iltizam.

Dr Tan Seng Giaw

Wednesday, February 03, 2010

98,747 polis mestilah meningkatkan keberkesanan

Timbalan Pengerusi Keangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya semua anggota polis berikhtiar meningkatkan keberkesanan menjaga keselamatan dan lian-lain tugas, cocok dengan kenaikan gaji dan elaun, agar rakyat berasa selamat di negara ini.

Dr Tan mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mengenai pelarasan gaji polis.

Menurut Menteri itu, seramai 98,747 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menikmati pelarasan kenaikan gaji dan elaun Imbuhan Tetap Khidmat Polis (ITKP) antara RM1,500 hingga RM6,000 berkuat kuasa 1 Januari 2009.

Hishamuuddin berkata: ''Saya harap skim perkhidmatan baru ini akan memberikan semangat dan motivasi kepada seluruh warga PDRM sekali gus meningkatkan tekad untuk melahirkan pasukan polis yang lebih berintegriti, berwibawa dan mulia di mata masyarakat.

Kita mahu polis berintegriti, berhikmah dan berbakti. Saran tersebut memang betul. Mudah-mudahan para anggota polis akan menunjukkan nilai-nilai murni ini. Pelarasan gaji dan elaun haruslah adil dan saksama.

Ramai anggota polis adalah berdedikasi. Tetapi, ada segelintir yang perlu memperbaiki perkhidmatannya.

Misalnya, negara kita mempunyai dwi sistem kepolisian. Satunya, 98,747 polis dan yang lain anggota keselamatan swasta dengan syarikat keselamatan tumbuh bagai cendawan. Polis memperolehi latihan dan kuasa yang tertentu termasuk kuasa siasatan dan tahanan. Tetapi, ahli keselamatan swasta tidak ada latihan dan kuasa seperti polis.

Insiden jenayah membimbangkan. Komuniti gated dan guarded wujud di banyak tempat. Ramai menganggapnya sebagai kelemahan polis. Ini menjejaskan kepercayaan umum. Kami akan terus membangkitkan hal ini di dalam dan luar parlimen: pandangan menteri terhadap dwi sistem kepolisian, bilangan syarikat keselamatan yang timbul, bilangan komuniti gated and guarded di seluruh negara, serta implikasi dan konsikwensinya.

Penyeludupan manusia membimbangkan. Selain sindiket haram, apakah pernanan polis dan Jabatan Imigresen? Jika polis dan imigresen benar-benar efektif, maka penyeludupan manusia akan kurang.

Rakyat mengesyaki bahawa segelintir polis bergantung kepada pendatang tanpa izin, pembawa kereta dan motosikal, majlis di rumah ibadat dan lian-lain sebagai punca kewangan: wang sagu hati atau angpao yang dibayar secara bulanan. Duit tambahan ini dipercayai lebih daripada gaji dan elaun. Pihak polis patut menyiasat sama ada syak wasangka ini benar atau tidak.

Dengan pelarasan gaji dan elaun, semoga 98,747 polis mencegah penyelewengan, meningkatkan keberkesanan dan memperbaiki imejnya.

Dr Tan Seng Giaw