Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Sunday, October 12, 2008

Kaji semula Bajet Malaysia 2009

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mengesyorkan supaya Kerajaan mengkaji semula Bajet 2009, cocok dengan krisis kewangan dunia semasa kerana bajet ini telah dibentangkan lebih satu bulan dahulu sebelum krisis ini muncul.

Dr Tan membuat syor ini disebabkan keadaan ekonomi di Malaysia yang menghadapi krisis ekonomi antarabangsa pada 12.10.2008.

Pergolakan politik Malaysia dengan persaraan Perdana Menteri lebih awal dan perebutan kuasa menjadi buah fikiran. Krisis ekonomi dengan terjatuh harga saham yang paling hebat boleh berlanjutan mungkin satu tahun atau lebih. Saham di Amerika Syarikat turun 30%, Eropah 40% dan Asia 30-60%.

Malapetaka subprime Amerika dan kehilangan etika telah menyebabkan kebankrapan bank-bank dan kehilangan kepercayaan yang menjejaskan ekonomi dunia. Amerika Syarikat sentiasa menentang pemiliknegaraan dan memupuk keusahawanan bebas, telah menjadi negara yang terhebat untuk memiliknegarakan syarikat di sejarah.

Kongres A S meluluskan USD 700 billion di peringkat awal untuk menyelamatkan ekonominya, dan jumlah yang diperlukan mungkin mencecah bertrilion dolar. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meluluskan USD 200 bilion untuk membantu negara-negara menghadapi krisis ini dan Singapura telah mencatat kemerosotan ekonomi secara definisi.

Jawatan PM yang bakal ditukar dan sesetengah pemimpin yang asyik merebut kuasa adalah seolah-olah kurang mengambil perhatian terhadap permasalahan ekonomi negara terkini. Setakat manakah tsunami kewangan menjejaskan ekonomi Malaysia?

Kini, tidak ada tanda yang menunjukkan negara ini akan mengikut jejak krisis ekonomi 1998. Tetapi, kita terpaksa berwaspada. Kita mestilah berhemat. Misalnya, setelah mewujudkan langkah-langkah mengukuhkan bank-bank selama 10 tahun, adakah sektor ini selamat? Bajet 2009 RM 207.9 bilion, RM154.2 bilion mengurus dan RM53.7 bilion pembangunan telah disiapkan sebelum meletupnya krisis dunia. Adakah kita mempunyai cukup peruntukan bagi semua sektor? Kalau tidak cukupnya peruntukan, maka perbahasannya adalah sesia sahaja.

Bajet ini telah dibentangkan sebelum Ramadan. Selepas lebih satu bulan dan suasana sudah berubah, barulah kita membahasnya. Adalah lebih tepat jika bajet dibentang sekarang, diikuti dengan perbahasannya.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home