Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Monday, November 30, 2015

سيدغ اقليم دڤاريس. Sidang iklim di Paris

ڤميمڤين 180 نگارا حاضير دسيدغ كمونچق اقليم دڤاريس. اي دانجوركن اوليه ڤرتوبوهن بغسا-بغسا برساتو. سموا ترماسوق ڤريسيدن اوباما, ڤريسيدن ڤوتين, ڤريسيدن سيي دان ڤريسيدن اوياندي برعجم ممبرهنتيكن ڤراوبهن اقليم دان مغورغكن كاربون دالم اودارا. جربو دري اڤي هوتن دان تانه گمبوت ايدوبيسيا منچمركن اودارا دغن كاربون.
Pemimpin 180 buah negara hadir di sidang kemuncak iklim di Paris. Ia dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Semua termasuk Presiden Obama, Presiden Putin, Presiden Xi dan Presidentm Hollande berazam memberhentikan perubahan iklim dan mengurangkan karbon dalam udara. Jerebu dari api hutan dan tanah gambut di Indonesia mencemarkan udara dengan karbon.



Labels:

Sunday, November 29, 2015

تول لبوهراي اوتارا-سلاتن. -Tol Lebuhraya Utara-Selatan

منوروت تيمبالن منتري كرجاراي داتوء روسنه, شريكت كونسيسي لبوهراي اوتارا-سلاتن اكن تروس مناءيككن قدر تول 5% ستياڤ تيگ تاهون. لبيه 30 تاهون اين, كيت ممبري ڤريغتن بهاوا ڤارا ڤغگون جالن ترڤقسا ممباير تول اونتوق برتاهون-تاهون.
Menurut Timbalan Menteri Kerjaraya Datuk Rosnah, syarikat konsesi Lebuhraya Utara-Selatan akan terus menaikkan kadar tol 5% setiap tiga tahun. Lebih 30 tahun ini, kita memberi peringatan bahawa para pengguna jalan terpaksa membayar tol untuk bertahun-tahun.

Labels:

توركي تيمبق جاتوه كاڤلتربغ جيت روسيا. Turkey tembak jatuh kapalterbang jet Rusia

ڤريسيدن ڤرنچيس اوياندي براختيار مغاداكن ڤاكتن اونتوق مننتغ ڤغگانس 'نگارا اسلام'. بليو برهوبوغ دغن ڤريسيدن اوبام, ڤريسيدن ڤوتين، ڤريسيدن سيي دان ڤردان منتري كيميرون. جوسترو ايت, توركي تيمبق جاتوه جيت ڤغبوم روسيا. مك, چتوسله ڤربالهن دانتارا روسيا دان توركي.
Presiden Perancis Hollande berikhtiar mengadakan pakatan untuk menentang pengganas 'Negara Islam'. Beliau berhubung dengan Presiden Obama, Presiden Putin, Presiden Xi dan Perdana Menteri Cameron. Justru itu, Turkey menembak jatuh sebuah jet pengebom Rusia. Maka, cetuslah perbalahan di antara Rusia dan Turkey.

Labels:

Saturday, November 28, 2015

Datuk Seri Najib promises one million units of affordable houses

Datuk Seri Najib promises to build one million units of affordable houses in five years. So far, 16% are completed. Please make sure that allocation of these houses is fair.

Labels:

جنجي ممبينا ساتو جوتا رومه ممڤو دباير.Janji membina satu juta rumah mampu dibsyar

داتوء سري ناجيب برجنجي ممبينا ساتو جوتا بواه رومه يغ ممڤو دباير دالم تيمڤوه ليم تاهون. ستاكت اين, 16% تله دسياڤكن. ڤغاگيهن رومه اين مستيله عديل دان سقسام.
Datuk Seri Najib berjanji membina satu juta buah rumah yang mampu dibayar dalam tempoh lima tahun. Setakat ini, 16% telah disiapkan. Pengagihan rumah ini mestilah adil dan saksama.

Labels:

موتو ڤرخيدماتن عوام. Mutu perkhidmatan awam

كتوا ستياءوسها نگارا تن سري الي همسا ڤرچاي اينوۏاسي ڤنتيغ اونتوق منيغكتكن ڤرچيدمتن عوام. سلاءين منجاگ ڤرنياگاءن, سيلا ملاين اورغ راماي دغن باءيك.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa percaya inovasi penting untuk meningkatkan perkhidmatan awam. Selain dari menjaga perniagaan, sila melayan orang ramai dengan baik.

Labels:

草书是恭录《左传》佳句, 董狐直笔。无论什么压力, 董狐还是记录真相。大马人民要知道,一个大马发展有限公司,长篇故事的真相。

Labels:

توليسن خط ڤتيقءن دري روايت زوو چيوميغ. Tulisan khat petikan dari Riwayat Zuo Qiuming

توليسن خط اين ڤتيقءن بيدلن دري روايت زوو چيوميغ لبيه 2400 تاهون لڤس. ڤنوليس دوغ زوو منچاتت كبنرن تنڤا مغيرا تكانن. سكارغ, رعيت مليسيا توغگو حقيقت دري 1MDB.
Tulisan khat petikan bidalan dari Riwayat Zuo Qiuming lebih 2400 tahun lepas. Penulis Dong Hu mencatatkan yang benar tanpa mengira tekanan. Sekarang, rakyat Malaysia tunggu hakikat dari 1MDB.

Labels:

Friday, November 27, 2015

مسءله روكوق. Masalah rokok

عملن مروكوك سوده بريبو-ريبو تاهون دالم ڤرادبن ماءنسي.اي مروسقءن كصيحتن. روكوق ايليكترونيك, e-روكوق, ممباوا مسءله روكوق ك دنيا ديگيتل ترماسوق سكوله دان اونيۏرسيتي. حل اين منجادي گاميت-گاميتن اورغ.
Amalan merokok sudah beribu-ribu tahun dalam peradaban manusia. Ia merosakkan kesihatan. Rokok elektronik, e-rokok, membawa masalah rokok ke dunia digital termasuk sekolah dan universiti. Hal ini menjadi gamit-gamitan orang.

Labels:

ايندونيسيا منانم ڤوكوق. Indonesia menanam pokok

ايبدونيسيا منانم ڤوكوق اونتوق منچگه كباكرن هوتن. توجوان اين باءيك. كيت ماهو منچگه جربو كران اڤي هوتن دان تانه گمبوت.
Indonesia menanam pokok untuk mencegah kebakaran hutan. Tujuan ini baik. Kita mahu mencegah jerebu kerana api hutan dan tanah gambut.

Labels:

ۏيڤ دان e-روكوق Vape dan e-rokok

ڤرساتوان ڤغگونا ڤولاو ڤينغ كات ڤارا ڤلاجر سكوله رنده دان منغه مغهيسڤ ۏيڤ (e-روكوق تنڤا نيكوتين). مريك مپسواي دغن اليرن زامن. اڤ ڤنداڤت كمنتريان كصيحتن؟
Persatuan Pengguna Pulau Pinang kata para pelajar sekolah rendah dan menengah menghisap vape (e-rokok tanpa nikotin). Mereka menyesuaikan dengan aliran zaman. Apa pendapat Kementerian Kesihatan?

Labels:

Perancis mengingati mangsa. ڤرنچيس مغيغتي مغسا

Hari ini, Perancis mengingati 229 mangsa serangan pengganas IS di Paris. Presiden Hollande ulangi
Keazaman menentang pengganas.
هاري اين, ڤرنچيس مغيغتي 229 مغسا سرغن ڤغگانس IS دڤاريس. ڤريسيدن ايوندي اولغي كعزمن مننتغ ڤغگانس.

Labels:

Thursday, November 26, 2015

اوسهاوان ديگيتل

داتوء سري ناجيب مغگالوءن گنراسي مودا منروك اوسهاوان ديگيتل. سيلا ڤستيكن كمودهن جالور ليبر 4G موده دداڤتي دمليسيا.

Labels:

Wednesday, November 25, 2015

تناگ بوليه دڤربهاروءي دمليسيا. Tenaga boleh diperbaharui di Malaysia

منوروت منتري تناگ داتوء ميكسيموس اوغكيلي, تناگ بوليه دڤرباهاروءي دمليسيا اداله 6%.جك تناگ ايليكتريك درڤد اءير دامبيل كيرا, اي اداله 14% (تيدق ترماسوق ايمڤغن باكون). ڤد 2025, اغك داغگركن ناءيك  هيغگ 23%. ڤغورعن ڤپيبارن كاربون ڤنتيغ اونتوق مغاتاسي ڤنچمارن عالم سكيتر.
Menurut Menteri Tenaga Datuk Maximus Ongkili, tenaga boleh diperbaharui di Malaysia adalah 6%. Jika tenaga elektrik daripada air diambil kira, ia adalah 14% (tidak termasuk Empangan Bakun). Pada 2025, angka dianggarkan naik hingga 23%. Pengurangan penyebaran karbon penting untuk mengatasi pencemaran alam sekitar.

Labels:

Kurang peruntukan Dewan Bandaraya KLكورغ ڤراونتوقءن ديون بنداراي

كمنتريان ويلايه ڤرسكوتوان مغورغكن ڤراونتوقءن 2016 ديون بنداراي كوالا لومڤور دري RM60 جوتا كڤد RM28 جوتا. منتري كو نان بريتاهو ديوان رعيت بهاوا كرجا ڤپلغگاراءن اكن دسمڤورناكن باگي جالن-جالن اوتام, ڤاريت ايندوق, ديوان, ڤوست كومونيتي & كومڤليقس سوكن, لالوان ڤجالن كاكي، كمودهن ريكرياسي دان تامن-تامن. جك توجوانڽ هندق منجاديكن بنداراي ايكو برتارۏ دنيا, مك باجيت تمبهن مستيله داداكن.
Kementerian Wilayah Persekutuan mengurangkan peruntukan 2016 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dari RM60 juta ke RM28 juta. Menteri Ku Nan beritahu Dewan Rakyat bahawa kerja penyelenggaraan akan disempurnakan bagi jalan-jalan utama, parit induk, dewan, pusat kumuniti dan kompleks sukan, laluan pejalan kaki, kemudahan rekreasi dan taman-taman. Jika tujuannya hendak menjadikan bandaraya eko bertaraf dunia, maka bajet tambahan mestilah diadakan.

Labels:

ڤمبياءن كسلامتن برتمبه. Pembiayaan keselamatan bertambah

كمونچولن 'نگارا اسلام' دان ال قاءدا اداله روميت. ڤلباگاي سرغن ڤغگانس برلاكو دباپق تمڤت سڤرتي ڤاريس دان مالي. ڤرونتوقءن باگي كسلامتن برتمبه. ميثلڽ, باجيت كسلامتن اونايتيد كيغدوم USD12 بيليون، ڤرنچيس USD641 بيليون دان بيلجيام US427 بيليون.
Kemunculan 'negara Islam' (IS) dan Al Qaeda adalah rumit. Pelbagai serangan pengganas bdrlaku di banyak tempat seperti Paris dan Mali. Peruntukan bagi keselamatan bertambah. Misalnya, peruntukan keselamatan UK bertambah USD12 bilion, Perancis USD641 juta dan Belgium USD427 juta.

Labels:

Monday, November 23, 2015

422 سكوله سوستا دمليسيا. 422 sekolah swasta di Malaysis

منوروت كمنتريان ڤنديديقءن مليسيا, ترداڤت 422 بواه سكوله سوستا دغن 167,667 اورغ مريد ورگانگارا دان 28, 007 مريد بوكن ورگانگارا. كراجاءن مستيله مغاولكن دغن باءيك اونتوق ممستيكن موتو ڤنديديقءن.
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, terdapat 422 buah sekolah swasta dengan 167,667 orang murid warganegara dan 28,700 murid bukan warganegara. Kerajaan mestilah mengawal dengan baik untuk memastikan mutu pendidikan.

Labels:

هوتغ نگارا. Hutang negara

كمنتريان كواغن ممبريتاهو ديوان رعيت بهسوا هوتغ نگارا مليسيا دباوه 55% كلوارن دالم نگري كاسر, ڤراتوسن يغ دتتڤكن ددالم ستاتوت. ڤد 2013t, هوتغ RM539.9, 54.84% KDNK بيليون. ڤد 2014 RM582.8 bil بيليون, 54.47% KDNK. هوتغ نگارا ڤرلو دكورغكن.
Kementerian Kewangan memberitahu Dewan Rakyat bahawa hutang negara Malaysia di bawah 55% Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), peratusan yang ditetapkan dalam statut. Pada 2013, hutang negara RM539.9 bilion, 54.84%KDNK. Pada 2014, hutang negara RM582.8 bilion, 54.47% KDNK. Hutang negara perlu dikurangkan.

Labels:

Sunday, November 22, 2015

ايديولوگي كگاناسن دان چارا ڤپلساءين. Ideologi keganasan dan cara penyelesaian

داتوء سري ناجيب مغاولغي بهاوا ايديولوگي كگانسب تيدق بوليه دتيوسكن دغن ڤپلساءين كتنتراءن سهاج.
   كيت ڤرلو ڤلباگاي چارا ترماسوق ڤنديديقءن نيلاي كسدرهاناءن دان كڤيمڤينن ملالوي تلادن.
Datuk Seri Najib mengulangi bahawa ideologi keganasan tidak boleh ditewaskan dengan penyelesaian ketenteraan sahaja.
   Kita perlu pelbagai cara termasuk pendidiman nilai kesederhanaan dan kepimpinan melalui teladan.

Labels:

Saturday, November 21, 2015

سرغن ڤغگانس دمالي. Serangan pengganas di Mali

ڤد 20.11.15, ڤغگانس مپرغ سبواه هوتل دمالي, اۏريكا. 21 اورغ تربونوه. تعزيت كڤد كلوارگ مغسا.
Pada 20.11.15, pengganas menyerang sebuah hotel di Mali, Afrika. 21 orang terbunuh. Takziah kepada keluarga mangsa.

Labels:

ليگ ڤردان اغگريس EPL چيلسي نومبور 16 Liga Perdana Inggeris Chelsea nombor 16

موسيم لڤس EPL, چيلسي مماءين دغن چمرلغ جادي جوارا. موسيم اين, اي كورغ باءيك, برتمڤت دتغگ ك16. ڤغوروس مورينپو تروس ڤرچاي كڤد ڤارا ڤماءين سكارغ اونتوق ممنجتكن تغگ ليگ.
Musim lepas EPL, Chelsea memainkan dengan cemerlang jadi jusra. Musim ini, ia kurang baik, bertempat di tangga ke16. Pengurus Mourinho terus percaya kepada para pemain sekarang untuk memanjatkan tangga liga.

Labels:

Friday, November 20, 2015

ريسولوسي مجليس كسلامتن بغسا-نغسا برساتو

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Banga Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang dianjurkan oleh Perancis yang baru sahaja mengalami serangan ngeri IS di Paris. PBB hendak semua negara mengambil segala langkah yang perlu untuk keamanan dan keselamatan.
مجليس كسلامتن ڤرتوبوهن بغسا-بغسا برساتو (PBB) ملولوسكن ريسولوسي يغ دانجور اوليه ڤرنچيس يغ بارو سهاج معالمي سرغن ڠري IS  دڤاريس. PBB هندق سموا نگارا مغمبيل سگالا لغكه يغ ڤرلو اونتوق كاءمانن دان كسلامتن.

Labels:

سرغن ڤغگانس چارا بونوه ديري. Serangan pengganas cara bunuh diri

ڤد 9 مالم 16.11.15, كيت مپقسي دان مندغركن ڤريسيدن اوباما دان ڤريسيدن ارلون مغاتاكن بهاوا سرغن ڤغگانس چارا ممبونوه ديري سڤرتي ڤمبونوهنڠري ڤاريس بوليه ترجادي دمان-مان دان بيلا-بيلا ماس ترماسوق دمليسيا. ڤوليس برهاتي-هاتي اگر سرغن ترسبوت تيدق برلاكو دسيدغ كمونچق ASEAN كوالا لومڤور.
Pada 9 malam 16.11.15, kita menyaksi dan mendengarkan Presiden Obama dan President Hollande mengatakan bahawa serangan pengganas cara membunuh diri seperti pembunuhan ngeri di Parlis boleh terjadi di mana-mana dan bila-bila masa. Polis berhati-hati mencegah dari berlakunya serangan tersebut di sidang kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur.

Labels:

Thursday, November 19, 2015

كرجاسام G20, سيدغ APEC دان ASEAN ترهادڤ ڤغگانسن. Kerjasama G20, APEC dan ASEAN terhadap pengganasan

سيدغ كمونچق G20 دتوركي، APEC دمانيلا دان ASEAN دكوالا لومڤور مليهت جنجي اونتوق كرجاسام مننتغ ميليتان IS دوا ميغگو اين. داتوء سري ناجيب كات تيدق تمڤت ايكستريميسمي ملمڤاو دالم ASEAN. سموگ  مريك داڤت منچگه ڤغگانسن IS.
Sidang kemuncak G20 di Turkey, APEC di Manila dan ASEAN di Kuala Lumpur melihat janji untuk kerjasama menentang militan IS dua minggu ini. Datuk Seri Najib kata tiada tempat ekstremisme melampau dalam ASEAN. Semoga mereka dapat mencegah pengganas IS.

Labels:

Prancis lanjutkan keadaan darurat 3 bulan.ڤرنچيس لنجوتن كاءداءن ضرورت تيگ بولن

ڤرليمن ڤرنچيس ملولوسكن اوسول اونتوق ملنجوتكن كاءداءن ضرورت تيگ بولن باگي ممرغي ڤغگانس IS. مليسيا بوليه مغكاجي تيندقءن ڤرنچيس اونتوق منچگه ڤغگانس دغن بركسن.
Parlimen Prrancis meluluskan usul untuk melanjutkan keadaan darurat tiga bulan bagi memerangi pengganas IS. Malaysia boleh mengkaji tindakan Perancis untuk mencegah pengganas dengan berkesan.

Labels:

Tuesday, November 17, 2015

روسيا مپرغ IS دسيريا. Rusia mnyerang IS di Syria

Rusia percaya 1 kg bomb musnahkan pesawat Metrojet dan mengorbankan 224 orang di Sinai, Mesir, last month. Ia menambah serangan terhadap IS di Syria. Adakah kerjasama di antara Amerika Syarikat dengan Rusia sejak Perang Dunia Ke-2?
روسيا ڤرچاي 1 كيلوگرام بوم موسنهكن ڤساوت ميترونيت دان مغقربانكن 224 اورغ دسيناي, ميسير, بولن لڤس. اي منمبهكن سرغن ترهادڤ IS دسيريا. اداكه كرجاسام دانتارا اميريكا شريكت دغن روسيا سجق ڤرغ دنيا ك-2؟

Labels:

سيريا جادي كيلغ ڤغگانسن تربسر. Kilang jadi kilang pengganasan terbesar

سمالم كيت توغگو اوچڤن ڤريسيدن ڤرنچيس ۏرانسوا الوند ڤد كيرا-كيرا جم 10 ملم (ماسا مليسيا). سجق 1848, الوند منچاتت سجاره دسيسي برسام ڤرليمن ڤرنچيس. بليو مغولغي بهاوا سرغن ڠري ڤاريس اداله تيندقءن ڤرغ. ڤرنچيس دالم كاءداءن ڤرغ. ڤمبونوهن براماي-راماي ايت دڤوتوس دان درنچغكن دسيريا, داوروسكن دبيلجيام دغن برسكوغكول دڤرنچيس. سيريا مروڤاكن سبواه كيلغ تربسر اونتور ڤغگانسن. ڤغگانسن تيدق اكن مموسنهكن ڤرنچيد. ڤرنچيس اكن مموسنهكن ڤغگانسن.
Semalam kita tunggu ucapan President Perancis, Francois Hollande, pada kira-kira jam 10 malm (masa Malaysia). Sejak 1848. Hollande mencatat sejarah di sesi bersama Parlimen Perancis. Beliau mengulangi bahawa serangan ngeri Paris adalah tindakan perang. Perancis dalam keadaan perang. Pembunuhan beramai-ramai itu diputus dan dirancangkan di Syria, diuruskan di Belgium dengan bersekongkol di Perancis. Syria merupakan sebuah kilang terbesar untuk pengganasan. Pengganasan  tidak akan memusnahkan Perancis. Perancis akan musnahkan pengganasan.

Labels:

Tanah runtuh dan banjir lumpur

Musim tengkujuh membawa banjir dan tanah runtuh. Pada tempoh hari, banjir lumpur di Lebuhraya Karak menyusahkan. Pada 16.11.15, tanah menggelungsur di lereng bukit, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Insiden seperti ini berlaku di Kelantan, Sabah dan Sarawak. Kita perlu langkah-langkah pencegahan termasuk pemantauan Jabatan Kerja Raya.
موسيم تغكوجوه ممباوا بنجير دان تانه رونتوه. ڤد تيمڤوه هاري, بنجير لومڤور دلبوهراي كارق مپوسهكن. ڤد 16.11.15, تانه مغگلوغسور دليريغ بوكيت, جالن راج چولن, كوالا لومڤور. اينسيدن سڤرتي اين برلاكو دكلنتن, سابه دان ساراوق.كيت ڤرلو لغكه-لغكه ڤنچگهن ترماسوق ڤمنتاءون جابتن كرجراي.

Labels:

Monday, November 16, 2015

Tanah runtuh dan banjir lumpur

Musim tengkujuh membawa banjir dan tanah runtuh. Pada tempoh hari, banjir lumpur di Lebuhraya Karak menyusahkan. Pada 16.11.15, tanah menggelungsur di lereng bukit, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Insiden seperti ini berlaku di Kelantan, Sabah dan Sarawak. Kita perlu langkah-langkah pencegahan termasuk Jabatan Kerja Raya.
موسيم تغكوجوه ممباوا بنجير دان تانه رونتوه. ڤد تيمڤوه هاري, بنجير لومڤور دلبوهراي كارق مپوسهكن. ڤد 16.11.15, تانه مغگلوغسور دليريغ بوكيت, جالن راج چولن, كوالا لومڤور. اينسيدن سڤرتي اين برلاكو دكلنتن, سابه دان ساراوق.كيت ڤرلو لغكه-لغكه ڤنچگهن ترماسوق ڤمنتاءون جابتن كرجراي.

Labels:

اوباما دانتاليا, توركي. , Obama di Antalya, Turkey

كيت توغگو تيندقءن ڤريسيدن اوباما ترهادڤ سرغن ڠري ڤاريس. سلڤس جم 9 مالم( دمليسيا) , 16.11.15 اوباما براوچڤ دسيدغ كمونچق G20: ممڤرتيغكتكن ڤلباگاي ستراتيگي سڤرتي مغرهكن 65 نگارا اونتوق مننتغ IS. اداله ساله باگي مغهنتر تنترا براماي-راماي كسيريا.
Kita tunggu tindakan President Obama terhadap serangan ngeri Paris. Selepas jam 9 malam (di Malaysia) 16.11.15, Obama berucap di sidang kemuncak G20: mempertingkatkan pelbagai strategi seperti mengerahkan 65 negara untuk menentang IS. Adalah salah bagi menghantar tentera beramai-ramai ke Syria.

Labels:

سرغن تربنتوت. Serangan terbantut

ڤردان منتري بريتين ديۏيد كيميرين مپاتاكن بهاوا نگارا تله ممبنتوتكن توجوه سرغن ڤغگانس دالم توجوه بولن اين. دۏهمكن مليسيا مغگوگوركن كگانسن. ڤرخدمتن ڤريسيقءن مستحق.
Perdana Menteri David Cameron menyatakan bahawa negara telah membantutkan tujuh serangan pengganas dalam tujuh bulan ini. Difahamkan Malaysia menggugurkan keganasan. Perkhidmatan perisikan mustahak.

Labels:

Sunday, November 15, 2015

بوليهكه سرغن سڤرتي ڤاريس برلالو دمليسيا. Bolehkah serangan seperti paris berlaku di Malaysia

داتوء سري زهيد اوجر بهاوا ڤيهق بركواس براوسها مغمبيل سموا لغكه برجاگ-جاگ باگي ممستيكن اينسيدين سرغن يغ برلاكو دڤاريس تيدق برلاكو دمليسيا. كيت برهارڤ سموا ڤيهق تراوتام ڤريسيقءن سنتياس بروسڤادا ترهادڤ ڤغگانس.
Datuk Seri Zahid ujar bahawa pihak berkuasa berusaha mengambil semua langkah berjaga-jaga bagi memastikan insiden serangan yang berlaku di Paris tidak berlaku di Malaysia. Kita berharap semua pihak terutama perisikan sentiasa berwaspada terhadap pengganas.

Labels:

Para pemimpin di sidang kemuncak.

Para pemimpin pelbagai negara menghadiri sidang kemuncak G20 di Turkey kini, ASEAN  di  Kuala  Lumpur dan Kerjasama Ekonomi Pasifik Asia di Manila minggu depan. Tiga negara tersebut  berikhtiar memastikan keselamatan dan mencegah  pembunuhan ngeri seperti serangan Paris.

ڤارا ڤميمڤين ڤلباگاي نگارا مغحاضيري سيدغ كمونچق G20 دتوركي كيني, اسيان دكوالا لومڤور دان كرجاسام ايكونومي ڤاسيۏيك اسيا دمانيلا ميغگو دڤن. تيگ نگارا ترسبوت براختيار ممستيكن كسلامتن دان منچگه ڤمبونوهن ڠگري سڤرتي سرغن ڤاريس.

Labels:

Friday, November 13, 2015

سرغن دڤاريس. Serangan di Paris

برباگاي سرغن دڤاريس مپببكن لبيه 120 اورغ ماتي & 8 ڤغگانس تربونوه.تعزيت كڤد كلوارگ سموا مغسا.
Berbagai serangan di Paris menyebabkan lebih 120 orang mati dan 8 pengganas terbunuh. Takziah kepada keluarga semua mangsa.

Labels:

هورو هارا دڤاريس دان رغكاءين ڤغگانس درنتاو اين. Huru-hara di Paris dan rangkaian pengganas di rantau ini

ڤرنچيس اشتيهر ظارورت اقيبت برباگاي سرغن، لبيه 40 كماتيان دان هورو-هارا دڤاريس. دالم ڤد ايت, اد رعيت مليسيا يغ منتسكن رغكاءين ڤغگانس درنتاو اين. كيت ڤرلو سنتياس بروسڤادا.
Perancis isytihar darurat akibat berbagai serangan, lebih 40 kematian dan huru-hara di Paris. Dalam pada itu, ada segelintir rakyat Malaysia yang menetaskan rangkaian pengganas di rantau ini. Kita perlu sentiasa berwaspada.

Labels:

لبيهن سيمڤنن ستوك ميپق. Lebihan simpanan stok minyak

سباپق 30% حاصيل مليسيا داتغ دري ميپق.منوروت اگينسي تناگ انتارابغسا, لبيهن سيمڤنن ستوك اداله 3 بيليوب توغ. اين برمعنا هرگ باوه  USD50 ستوغ دان حاصيل نگارا كورغ.
Sebanyak 30% hasil Malaysia datang dari minyak. Menurut Agensi Tenaga Antarabangsa, lebihan simpanan stok adalah 3 bilion tong. Ini bermakna harga bawah USD50 setong dan hasil negara kurang.

Labels:

Thursday, November 12, 2015

بنجير لومڤور دلبوهراي كارق. Banjir lumpur di Lebuhraya Karak

ڤد 11.11.15تانه رونتوه دان بنجير لومڤور يغ برلاكو دكيلوميتر 52.4 لبوهراي كارق مروسقءن. اي اداله دكت دغن هوتن سيمڤن ككل لنتغ. كيت منچرڤ دان ايغين مغتاهوي ڤونچا دان ڤپلساءين ترماسوق تيندقءن تنتغ ڤارا ڤساله.
Pada 11.11.15, tanah runtuh dan banjir lumpur, yang berlaku di kilometer 52.4 Lebuhraya Karak, merosakkan. Ia adalah dekat dengan kawasan Hutan Simpan Kekal Lentang. Kita mencerap dan ingin mengetahui punca dan penyelesaian, termasuk tindakan tentang para pesalah.

Labels:

Wednesday, November 11, 2015

ڤاسوقءن ڤتوگس خاس اكاديميا دان ايدوستري.Pasukan petugas khas akademia dan industri

ڤردان منتري داتوء سري ناجيب توبوه ڤاسوقءن ڤتوگس خاس اونتوق مغگالقءن كرجاسام انتارا اكاديميا دان ايدوستري ترماسوق بهاس ايغگريس. منتري داتوء سري عبدول واحيد دان منتري داتوء سري ايدريس اكن مغتواي ڤاسوقءن ايت. ناجيب كات كيت تيدق بوليه ايموشينل دان براس كيت تيدق ڤرلو بهاس ايغگريس. كيت توغگو ڤريستاسي.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib tubuh pasukan petugas khas untuk menggalakkan kerjasama antara akademi dan industri termasuk bahasa Inggeris. Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Menteri Datuk Seri Idris Jusoh akan mengetuai pasukan itu. Najib kata kita tidak boleh emosional dan berasa kita tidaj perlu bahasa Inggeris. Kita tunggu prestasi.

Labels:

Tuesday, November 10, 2015

ڤروبهن اقليم, جربو دان كميسكينن. Perubahan iklim, jerebu dan kemiskinan

اد لاڤورن ميديا يغ مغاتاكن جك ڤروبهن اقليم برتروسن  100جوتا اورغ لاگي اكن جادي ميسكين تگر. داسيان, جربو تروس مغنچم. سموا نگارا هاروس براختيار منچگه جربو دان لاءين ڤونچا يغ منچمر علام سكيتر.
Ada laporan media yang mengatakan jika perubahan iklim berterusan 100 juta orang lagi akan menjadi miskin tegar. Di ASEAN,
jerebu terus mengancam. Semua negara harus berikhtiar mncegah jerebu dan lain punca yang mencemar alam sekitar.

Labels:

توليسن خط سمبوغ: ڤتيقءن دري واغ انشي 1000 تاوهن. Tulisan khat sambung petikan dari Wang Anshi 1000 tahun

توليسن خط سبوتن دري واغ انشي, يغ مروڤاكن اهلي ڤوليتيك يغ مليا كيرا-كيرا 1000تاهون يغ لڤس. اي برارتي منديديق باكت برعلمو, مپلوروه دان داڤت برۏيكير سنديري. توجوان ڤلن ڤنديديقءن مليسيا همڤير سام: ماءوجودكن ڤلاجر يغ هوليستيك دان ساءيمبغ ترماسوق سمغت كاءوسهاونن. واغ گاگل دالم اوسها ڤروبهن اين كران ڤلباگاي سبب ترماسوق كراجاءن دينستي سوغ يغ بوروق دان ڤگاواي-ڤگاواي تمڤتب يغ مغخيانت.
Tulisan khat sebutan dari Wang Anshi, yang merupakan ahli politik yang mulia kira-kira 1000 tahun lepas. Ia bererti mendidik baKat agar berilmu, menyeluruh dan dapat berfikir sendiri. Tujuan Pelan Pendidikan Malaysia hampir sama: mewujudkan pelajar yang holistik dan seimbang termasuk semangat keusahawanan. Wang gagal dalam usaha perubahan ini kerana pelbagai sebab termasuk
Kerajaan Dinasti Song yang buruk dan pegawai-pegawai tempatan yang mengkhianat.

Labels:

Monday, November 09, 2015

ڤيليهنراي ميءانمر. Pilihanraya Myanmar

ڤاكتن NLD يغ دڤيمڤين اغ سان سو چي منغ ڤيليهنراي ميءانمر دان كڤوتوسن ڤنوه اكن دكتاهوي ڤد 15.11.15. ڤرلمباگاءن بارو منتڤكن 25% كروسي ڤرليمن كڤد تنترا. قوم مينوريتي منوغگو ڤركمبغن. كيت برهارڤ ميءانمر وجودڽ كدولتن اوندغ-اوندغ, كاءمنن دان ستابيليتي.
Pakatan NLD yang dipimpin Ang San Suu Kyi menang pilihanraya Myanmar dan keputusan penuh akan diketahui pada 15.11.15. Perlembagaan baru menetapkan 25% kerusi parlimen kepada tentera. Kaum minoriti menunggu perkembangan. Kita berharap Myanmar wujudnya kedaulatan undang-undang, keamanan dan stabiliti.

Labels:

Selamat Deepavali سلامات ديڤاۏالي Happy Deepavali

Happy Deepavali.سلامت ديڤاۏالي. Selamat Deepavali

Labels:

Rokok elektronik (e-rokok).-روكوو-e روكوق ايليكترونيك

E-rokok wujud pertikaian.  Orang yang tidak merokok kurang perasaan terhadapnya. Yang tagih  dengan rokok memandang dengan berbeza. Kerajaan menubuh sebuah jawatankuasa khas untuk mengetahui sama ada e-rokok selamat untuk manusia. Kita tunggu laporan yang adil.
روكوو ايليكترونيك (e-روكوق) وجود ڤرتيكايءان. اورغ يغ تيدق مروكوق كورغ ڤراساءن ترهادڤڽ. يغ تاگيه دغن روكوق ممندغ دغن بربيزا. كراجاءن منوبوه سبواه جاوتنكاوس خاس اونتوق مغتاهوءي سام اد e-روكوق سلامت اونتوق ماءنسي. كيت توغگو لاڤورن يغ عديل.

Labels:

Sunday, November 08, 2015

ۏكسين چگه ساكيت چمڤق, بگوق دان روبيلا. Vaksin cegah sakit campak, begok dan rubella

Khabar angin menakutkan. Ada orang tidak mahu vaksin mencegah sakit campak, begok dan rubella. Ini tidak baik untuk kanak-kanak. Samit campak boleh wujud masalah di otak dan paru-paru. Kanak-kanak memerlukan vaksin.
خابر اغين مناكوتكن. اد اورغ تيدق ماهو ۏكسين منچگه ساكيت چمڤق, بگوق دان روبيلا. اين تيدق باءيك اونتوا كانق-كانق. ساكيت چمڤق بوليه وجود مسءله داوتق دان ڤارو-ڤارو. كانق-كانق ممرلوكن ۏكسين.

Labels:

Friday, November 06, 2015

توليسن خط, ڤلاجر لبيه باءيك دري گورو.Tulisan khat, pelajar lebih baik dari guru

توليسن خط ڤتيقءن بيدالن دري سيءن زي 2300 تاهون. اي برارتي اورغ سكارغ لبيه ڤنداي دري اورغ داهولو؛ ڤلاجر لبيه باءيك دري گورو. ڤلن ڤنديديقءن مليسيا( 2015-2025) برتوجوان منديديق ڤلاجر منجادي برعلمو, مپلوروه دان ساءايمبغ.كيت ڤرلو مغاتاسي كلمهن سڤرتي تاتاكلولا تيدق باءيك, ڤموتوغن باجيت دان چمڤورتاغن ڤوليتيك ڤارتي.
Tulisan khat petikan dari Xunzi 2300 tahun. Ia bererti orang sekarang lebih pandai dari orang dahulu; pelajar lebih baik dari guru. Pelan Pendidikan Malaysia (2015-2025) bertujuan mendidik pelajar menjadi berilmu, menyeluruh dan seimbang. Kita perlu mengatasi kelemiahan seperti tatakelola tidak baik, pemotongan bajet dan campurtangan politik parti.

Labels:

Tuesday, November 03, 2015

ڤغاروه Pengaruh IS

داتوء سري زاحيد كمبالي كۏكتور ڤناريقءن IS ترماسوق1. ڤغاروه ڤير گروڤ، كاون سگولوغن؛2. لاري دري كاءداءن سكارغ, ايسكيڤيسم؛3. مسءله كاءواغن دان 4. اگام. هاڽ 13% سهاج كران ۏكتور اگام. سموا ڤيهق مستيله سنتياس بروسڤادا. كيت برهارڤ كاءده كراجاءن اونتوق منچگه ڤغگانس سلالو بركسن.
Datuk Seri Zahid kembali ke faktor penarikan IS termasuk 1.pengaruh peer group, kawan-kawan segolongan; 2.lari dari keadaan sekarang, escapism;3.masalah kewangan;4.agama. Hanya13% sahaja kerana agama. Semua pihak terutamanya Kerajaan mestilah sentiasa berwaspada. Kita berharap kaedah untuk mencegah pengganas selalu berkesan.

Labels:

Nilai ringgit. نيلاي ريغگيت

Kementerian Kewangan mengulangi pendapat bahawa nilai ringgit jatuh sehingga 21.6% dan matawang negara-negara di Asia Tenggara turun sampai 19.5%. Faktornya termasuk 1.penarikan diri pelabur jangka pendek; 2. Ekonomi ketetel seperti pertumbuhan ekonomi China turun ke bawah 7%; 3.Harga minyak jatuh ke bawah USD50 setong dan 4. Sentimen negatif semacam peristiwa 1MDB. Kerajaan mestilah memperbaiki sentimen ini.
كمنتريان كاءواغن مغولغي ڤنداڤت بهاوا نيلاي ريغگيت جاتوه سهيگ 21.6% دان ماتاواغ نگارا-نگارا داسيا تغگارا تورون سمڤاي 19.5%.ۏكتورڽ ترماسوق 1.ڤناريقءن ڤلابور جغك ڤنديق؛2.ايكونومي كتيتيل سڤرتي ڤرتومبوهن ايكونومي چينا تورون كباوه 7%؛3.هرگ ميپق جاتوه كباوه USD59ستوغ دان 4. سنتيمن نيگاتيۏ سماچم ڤريستيوا 1MDB. كراجاءن مستيله ممڤرباءيكي سنتيمن اين.

Labels:

ساكيت جنتوغ. Sakit jantung

اد باپق لاڤورن مغناءي ڤپاكيت جنتوغ, ماكن تيدق برسوكت دان كورغ برسنم. ميثلڽ, مليسيا مليهت لبيه 8000 ڤساكيت جنتوغ ستياڤ تاكون دان 35% كماتيان كران ساكيت جنتوغ براومور باوه 60 تاهون. اد يغ اغگر دري 40000 ڤساكيت جنتوغ, 20% ترديري دري اورغ باوه 40 تاهون. سالا جاگ ماكنن دان بوات سنمن.
Ada banyak laporan mengenai penyakit jantung, makan tidak bersukat dan kurang bersenam. Misalnya, Malaysia melihat lebih 8000 pesakit jantung setahun dan dari 35% kematian kerana sakit jantung berumur bawah 60 tahun. Ada yang anggar bahawa 20% dari 40000 pesakit jantung adalah orang bawah 40 tahun. Sila jaga berat badan dan makanan serta buat senaman.

Labels:

Monday, November 02, 2015

ڤغوروسن e-سيسا Pengurusan e-sisa

منتري عالم سكيتر داتوء سري وان جونايدي كات مليسيا مروڤاكن نگارا يغ ڤرتام مغعملكن سيستم ڤغوروسن e-سيسا داسيا تغگارا. سيسا يغ هندق دبواغ داوروسكن دغن باءيك ترماسوق ڤتي سجوق, ميسين باسوه, تيليۏون بيمبيت, ڤپامن اودارا. راچون سڤرتي رقسا تيدق اكن منچمر عالم سكيتر. كيت برهارڤ سيستم اين اكن برجاي.
Menteri Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi kata Malaysia merupakan negara yang pertama mengamalkan sistem pengurusan e-sisa di Asia Tenggara. Sisa yang hendak dibuang diuruskan dengan baik termasuk peti sejuk, mesin basuh, telefon bimbit dan penyaman udara. Racun seperti raksa tidak akan mencemar alam sekitar. Kita berharap sistem ini akan berjaya.

Labels: