Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Monday, October 31, 2016

بومي دزڠن ڤلباگاي قوم دان بوداي Bumi dengan pelbagai kaum dan budaya

ستياءوسها اگوڠ ڤرتوبوهن بڠسا-بڠسا برساتو كات بهوا تولرانسي ايله ساتو چارا هيدوڤ برداسركن كڤد ساليڠ ڤرسۏهمن دان ڤڠحرمتن اونتوق اورڠ لاءين.
اسيا اد سجاره يڠ كاي،
بوكتي بنوا لام چوچوك تانم؛
دنيا اد باپق قوم دان بوداي،
تولرانسي ارتي حرمت دان ۏهم.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kata bahawa toleransi ialah satu cara hidup berdasarkan kepada saling persefahaman dan penghormatan untuk orang lain.

Asia ada sejarah yang kaya,
   Bukti benua lama cucuk tanam;
Dunia ada banyak kaum dan budaya,
   Toleransi erti hormat dan faham.

Labels:

Sunday, October 30, 2016

ايۏلاسي دمليسيا Inflasi Malaysia

ايستيتوت ڤپليديقن خازنه كات قادر اينۏلاسي اداله 3.6%، تتاڤي كراجاءن چاتت 2.4%. كمنتريان كڤڠگوناءن منجلسكن دديون رعيت بهوا هرگ بارڠن تيدق بوليه دكاول اوليه ڤڠواتكواساءن سهاج. كنايكن هرگ اد باپق سبب سڤرتي هرگ اولن ڤتاني، كوس ڤڠاڠكوتن دان نيلاي ريڠگيت.
Institut Penyelidikan Khazanah kata kadar inflasi Makaysia adalah 3.6%. Tetapi, Kerajaan catat 2.4%. Kementerian Kepenggunaan menjelaskan di Dewan Rakyat bahawa harga barangan tidak boleh dikawal oleh penguatkuasaan sahaja. Kenaikan harga ada banyak sebab seperti harga awalan petani, kos pengangkutan dan nilai ringgit.

Labels:

Saturday, October 29, 2016

مسءله دمشركت Masalah di masyarakat

دمشاركت، اورڠ يڠ برباكت، برمارواه دان برڤنداڤت لاءين مڠهادڤي كسوسهن.

جك ڤينتو دجالور،
اي تاهن دڤوكول؛
جك ڤاكو ترجولور،
اي باهن دتوكول.
Di masyarakat, orang yang berbakat, bermaruah dan berpendapat lain menghadapi kesusahan.

Jika pintu dijalur,
  Ia tahan dipukul;
Jika paku terjulur,
  Ia bahan ditukul.

Labels:

Friday, October 28, 2016

سلامت ديڤاۏالي Selamat deepavali

سلامت ديڤاۏالي  Selamat Deepavali

Labels:

داءون برگويڠ Daun bergoyang

دري سماس ك سماس، كيت ليهت بريتا، خابر اڠين دان سورت لايڠ:

تيدق اد دسبوت،
مڠاڤ برسورت لايڠ؛
تيدق براد ربوت،
ماسقءن داءون برگويزڠ.

Dari semasa ke semasa, kita lihat berita, khabar angin dan surat layang.

Tidak ada disebut,
  Mengapa bersurat layang;
Tidak berada ribut,
  Masakan daun bergoyang.

Labels:

KL Car Free Morning (Pagi tanpa kereta di Kuala Lumpur ) ڤاگي تنڤا كريتا دكوالا لومڤور

منتري كو نان جاون سوءالن دديون رعيت تنتڠ ڤروگريم ڤاگي تنڤا كريتا دكوالا لومڤور يڠ داداكن ڤاگي احد اونتوق دوا جم دڠن 2000 هيڠگ 10000 ڤسرتا. كيت برهارڤ اي داڤت سماي ۏيكيرن مڠورڠكن كريتا ماسوق ك ڤوست بندراي.
Menteri Ku Nan jawab soalan di Dewan Rakyat tentang pagi tanpa kereta di Kuala Lumpur yang diadakan pagi Ahad selama dua jam dengan 2000 hingga 10000 peserta. Kita berharap program ini dapat menyemai fikiran mengurang kereta masuk ke pusat bandaraya.

Labels:

Thursday, October 27, 2016

ميديا سيبر بريتا Media sebar berita

ميديا مپيبر ڤلباگاي بريتا دان چريتا ستياڤ هاري. اد اورڠ يڠ مڠلواركن ڤركاتاءن يڠ مانيس-مانيس.
برجالن دتڤي ڤنتاي،
برلاري داري ريبوت ڤتير؛
بركاءيوه ڤراهو دسوڠاي،
برتانم تبو دبيبير.

Media menyebar berita dan cerita setiap hari. Ada orang yang mengeluarkan perkataan yang manis-manis.
Berjalan di tepi pantai
   Berlari dari ribut petir;
Berkayuh perahu di sungai,
   Bertanam tebu di bibir.

Labels: ,

Wednesday, October 26, 2016

ڤنتون باجيت 2017 Pantun bajet 2017

ڤد 21 آوكتوبر، 2016. دايوء سري ناجيب ممبنتڠكن باجيت 2017 برجومله RM206.8 بيليون. ڤد 25 دان 26 اوكتوبر، 2016، ساي بربحث اوسول باجيت. بريكوت اداله دوا رڠكڤ ڤنتون:
ماكن ناسي براولم باوڠ،
  ماكن هليا تيگ هيريس؛
سديا ڤراونتوقن سكارڠ،
  گون واڠ جاڠن تيريس.

مينوم اير چمڤور گولا
  مينوم سيرڤ ورن مڠگيس؛
امبيل واڠ باجيت دگون،
  گڠگم اير تياد تيريس.

Pada 21 Oktober, 2016, Datuk Seri Najib membentang bajet 2017 berjumlah RM206.8 bilion. Pada 25 dan 26 Oktober, 2016, saya berbahas usul bajet. Berikut adalah dua rangkap pantun:
Makan nasi berulam bawang,
  Makan halia tiga hiris;
Sedia peruntukan sekarang,
  Guna wang jangan tiris.

Minum air campur gula,
  Minum sirap warna manggis;
Ambil wang bajet diguna,
  Genggam air tiada tiris.

Labels:

我们向柔佛6名因火灾罹难医院病人深致哀悼

我们向昨天柔佛六名因火灾罹难的医院病人的家属深致哀悼。

Labels:

Tuesday, October 25, 2016

تعزيت كڤد كلوارزگ 6 ڤساكيت ترقربن دجوهور. Takziah kepada keluarga 6 pesakit di Johor

تعزيت كڤد كلوارگ 6 ڤساكيت هوسڤيتل ترقربن كران كباكرن دجوهور سمالم. Takziah kepada keluarga 6 pesakit hospital yang terkorban kerana kebakaran di Johor semalam 

Labels:

Monday, October 24, 2016

هوتڠ نگارا 655.7 بيليون ريڠگيت Hutang negara 655.7 bilion ringgit

داتوء سري ناجيب بركات دديون رعيت بهوا ستاكت بولن جون تاهون اين جومله هوتڠ نگارا اداله RM655.7 بيليون، 53.5%KDNK,N, كلوارن دالم نگارا كاسر. رعيت مليسيا هندق ببن دكورڠكن. جاڠن تمبه هوتڠ نگارا.
Datuk Seri Najib berkata dalam Dewan Rakyat bahawa setakat bulan Jun tahun ini jumlah hutang negara adalah RM655.7 bilion, 53.5% KDNK, Keluaran Dalam Negara Kasar. Rakyat Malaysia hendak beban dikurangkan. Jangan tambah hutang negara.

Labels:

Sunday, October 23, 2016

تانمن جاگوڠ بيجيرين Tanaman jagung bijirin

منتري ڤرتانيان داتوء سري سابري چيك بركات دديون رعيت بهوا مليسيا ايمڤورت تيگ جوتا تان جاگوڠ  ستاهون دان ممرلوكن 400،000 هيكتر تانه اونتوق منانم جنيس يڠ سسواي. كيت اد ڤروجيق ڤرينتيس. ثايلند بوليه تانم ڤادي تيگ كالي ستاون. اي جوگ تانم جاگوڠ.
Menteri Pertanian Datuk Seri Sabri Chik berkata di Dewan Rakyat bahawa Malaysia import tiga juta tan jagung setahun dan memerlukan 400,000 hektar tanah untuk menanam jenis yang sesuai. Kita ada projek perintis. Thailand boleh menanam padi tiga kali setahun. Ia juga menanam jagung.

Labels:

ڤيندا اكتا ايميگريسين Pinda Akta Imigresen

"چابرن دان انچامن دهادڤي جابتن ايميگريسين مليسيا بربيزا درڤد داهولو..." كست داتوء سري اهمد زاحيد. "اين ممرلوكن ڤينداءن كڤد اكتا ايميگريسين سنديري."
اوسها منجاديكن جابتن ايت بركسن ميمڠ ڤنتيڠ. ايميج هاروس دڤرباءيكي. لڠكه ممڤرچڤتكن كرجا دبهاگيان ڤسڤورت اداله ساتو ڤرمولاءن.
Cabaran dan ancaman dihadapi Jabatan Imigresen (Malaysis) berbeza daripada dahulu..." kata Datuk Seri Admad Zahid. " اIni memerlukan pindaan kepada Akta Imigresen sendiri."

Usaha menjadikan jabatan itu berkesan memang penting. Imej harus diperbaiki. Langkah mempercepatkan kerja di bahagian pasport adalah satu permulaan.

Labels:

Saturday, October 22, 2016

جومله ڤلابورن اسيڠ دمليسيا Jumlah pelaburan asing di Malaysia

ايكونومي دنيا كورڠ باءيك. داتوء سري ناجيب كات كراجاءن تله ملولوسكن لبيه RM28 بيليون سڤرتي شريكت Osram RM5 بيليون.رعيت هندق تاهو كاءداءن ڤروجيق-ڤروجيق اسيڠ سماچم ڤمبيناءن كيلڠ، چوكاي، عالم دان گون تناگ ترماسوق ڤكرجا اسيڠ.
Ekonomi dunia kurang baik. Datuk Seri Najib kata Kerajaan telah meluluskan jumlah pelaburan asing RM28 bilion bagi separuh pertama tahun 2016, seperti Syarikat Osram hampir RM5 bilion. Rakyat hendak tahu keadaan projek-projek asing yang sebenar, semacam pembinaan kilang, cukai, alam dan guna tenaga termasuk pekerja asing.

Labels: , , ,

چوكاي بارڠن دان ڤرخيدمتن RM30 بيليون Cukai Barangan dan Perkhidmatan RM30 bilion

"دڠن كجاتوهن هرگ ميپق، داڠگركن كراجاءن كهيلڠن ڤنداڤتن كيرا-كيرا 30 بيليون ريڠگيت ستاهون،" كات داتوء سري ناجيب دديون رعيت."ساي ملاڤوركن، ملالوءي GST, سباپق همڤير 30 بيليون ريڠگيت تله برجاي دكوتيڤ ستاكت 19 اوكتوبر 2016." كراجاءن مستيله عاديل دان ممنتاو هرگ بارڠن دان ڤرخيدمتن دڠن باءيك.
"Dengan kejatuhan harga minyak, dianggarkan Kerajaan kehilangan pendapatan kira-kira 30 bilion ringgit setahun," kata Datuk Seri Najib di Dewan Rakyat. "Saya melaporkan,  melalui GST, sebanyak hampir 30 bilion ringgit telah berjaya dikutip setakat 19 Oktober, 2016."  Kerajaan mestilah adil dan memantau harga barangan dan perkhidmatan dengan baik.

Labels:

Friday, October 21, 2016

اينسينتيۏ ملاهير كبيه انق Insentif melahir lebih anak

بيلڠن اورڠ اوسيا امس برتمبه دمليسيا. ڤد 2035 اي داڠگركن 4.5 جوتا، 14.5% كڤندودوقن. جڤون، ڤرنچيس دان سيڠاڤورا مڠعالمي ۏينومينا يڠ سام. مريك چوبا ممبري اينسينتيۏ باگي ورگ ملاهيركن لبيه انق تتاڤي تيدق برجاي. جاڠن كيت مڠولڠي چارا يڠ تيدق باگوس.
Bilangan orang usia emas bertambah di Malaysia. Pada 2035 ia dianggarkan 4.5 juta, 14.5% kependudukan. Jepun, Perancis dan Singapura mengalami fenomina yang sama lebih awal. Mereka cuba memberi insentif bagi warga melahirkan lebih anak tetapi tidak berjaya. Jangan kita mengulangi cara yang tidak bagus.

Labels: ,

奖励生育

约20年后,预测大马将有450万乐龄,占人口14。5%。:人民活得比较老。有些国家如法国,日本和新加坡,给予各种多生育的奖励,但是不成功。大马必须避免重复人家失败的政策。

Labels: ,

سباپق RM495 بيليون درڤد باجيت 2017 اونتوق تبتن بنجير. Rm495 bilion untuk tebatan banjir

داتوء سري ناجيب ممبريتاهو ديون رعيت بهوا RM495 بيليون تله دڤراونتوقءن درڤد باجيت 2017 اونتوق ڤروجيق-ڤروجيق تبتن بنجير. كيت برهارڤ كراجاءن داڤت ملقساناكن ڤروجيق-ڤروجيق اين دڠن باءيك. بنجير تروق برلاكو كران ڤروبهن اقليم.
Datuk Seri Najib membetitahu Dewan Rakyat bahawa RM495 bilion telah peruntukan untuk projek-projek tebatan banjir. Kita berharap Kerajaan dapat melaksanakan projek-projek ini dengan baik. Banjir teruk berlaku kerana perubahan iklim.

Labels:

ديون رعيت ڤنوه سدق Dewan Rakyat penuh sesak

اين هاري باجيت 2017. راماي مڠونجوڠ ديون رعيت يڠ ڤنوه سسق. اورڠ راماي هندق مڠتاهوي اڤكه شور درڤد باجيت 2017، RM260.8 بيليون؟

Ini hari bajet 2017. Ramai mengunjung Dewan Rakyat yang penuh sesak. Orang hendak mengetahui apakah syor daripada bajet 2017, RM260.8 bilion?

Labels:

Thursday, October 20, 2016

كاڤل اڠكاس لڤس ايروڤه سوده مندارت دماريخ Kapal angkasa lepas sudah mendarat di bintang Marikh

كاڤل اڠكاس لڤس ايروڤه، چاڤاريلا، سوده مندارت د بينتڠ ماريخ. تتاڤي، ڤوست ڤمنتاو كاڤل ايت تيدق تاهو دمان اي براد. مسءله منجلاجهي اڠكاس لڤس تيمبول.
Kapal angkasa lepas Eropah, Schaparelli, sudah mendarat di bintang Marikh. Tetapi pusat pemantau kapal itu tidak tahu di mana ia berada. Masalah menjelajahi angkasa lepas timbul.

Labels:

Wednesday, October 19, 2016

تانم 6 جوتا ڤوكوك باكاو دمليسيا Tanam 6 juta pokok bakau di Malaysia

منتري داتوء سري وان جونايدي منرڠكن دديون رعيت بهوا اير ڤاسڠ برلاكو دوا كالي سبولن كران كتيك ايت بولن لبيه دكت دڠن بومي. اير ڤاسڠ يڠ تروق مڠهاكيس ڤنتاي. بليو كات سجق 2006 كراجاءن بلنجا RM60 جوتا اونتوق منانم 6 جوتا ڤوكوق باكاو. راماي ماهو تاهو براڤ ڤوكوك باكاو ايت ماسيه هيدوڤ.  دالم 10 تاهون اين، اداكه لبيه 6 جوتا ڤوكوك باكاو دتبڠ؟
Menteri Datuk Seri Wan Junaidi menerangkan di Dewan Rakyat bahawa air pasang berlaku dua kali sebulan kerana ketika itu bulan lebih dekat dengan bumi. Air pasang yang teruk menghakis pantai. Beliau kata sejak 2006 Kerajaan belanja RM50 juta untuk menanam 6 juta pokok bakau. Ramai mahu tahu, berapa pokok bakau itu masih hidup. Dalam 10 tahun ini, adakah lebih 6 juta pokok bakau ditebang?

Labels:

كاڤل اڠكاس لڤس ايروڤه Karpal angkasa lepas Eropah

كاڤل اڠكاس لڤس ايروڤه دان روسيا اكن مندارت دبينتڠ ماريخ يڠ اد اير. اي اكن مڠگيريق موك بينتڠ ايت اونتوق منچاري كهيدوڤن. ماءنسي منجلاجهي اڠكاس لڤس.
Karpal angkasa lepas Eropah dan Rusia akan mendarat di bintang Marikh yang ada air. Ia akan menggerek muka bintang itu untuk mencari kehidupan. Manusia menjelajahi angkasa lepas.

Labels:

Tuesday, October 18, 2016

كسن سوهو بومي Kesan suhu bumi

منتري علام سكيتر دان سومبر اصلي داتوء سري وان جوبايدي مپاتاكن دديون رعيت بهوا سوهو مليسيا ڤورات 28.5 درجه سيلسيوس تيدق براوبه سجق تاهون 1969. ڤروبهن اكليم ممباوا كسن بوروق. بليو  بركات بهوا نگارا اين بلوم مڠيكوت شرت ڤرجنجيان ڤاريس يڠ بركواتكواس ڤد 4 نوۏيمبر 2016؛ متلامت مڠورڠ كلوارن گاس رومه كاچا برمولا ڤد تاهون 2020.
Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli Datuk Seri Wan Junaidi menyatakan di Dewan Rakyat bahawa suhu Malaysia, purata 28.5 darjah Celsius, tidak beurubah sejak tahun 1969. Perubahan iklim membawa kesan buruk. Beliau berkata bahawa negara ini belum mengikut syarat Perjanjian Paris yang berkuatkuasa pada 4 November, 2016; pengurangan keluaran gas rumah kaca bermula pada tahun 2020.

Labels:

Monday, October 17, 2016

چوكاي بارڠ دان ڤرخيدماتن تيدق دبرهنتيكن Cukai barangan dan perkhidmatan tidak diberhentikan

منتري كاءواڠن كدوا داتوء جوهاري كات چوكاي بارڠن دان ڤرخيدماتن دككلكن. هرگ بارڠ دان ڤرخيدمتن مستي دكاول دڠن باءيك. 
Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari kata cukai barangan dan perkhidmatan dikekalkan. Harga barangan dan perkhidmatan mesti dikawal dengan baik.

Labels:

Sunday, October 16, 2016

ايسو لاءوت چينا سلاتن Isu Laut China Selatan

داتوء سري ناجيب جاوب سوءالن مغناءي ايسو لاءوت چينا سلاتن دديون رعيت دڠن منكنكن داسر كاءمنن، كستابيلن، ديالوگ دان ڤرونديڠن. كيت برهارڤ لڠكه تنڤا كونۏرونتاسي اين داڤت مڠكلكن كاءمنن دان كستابيلن درنتاو اين.
Datuk Seri Najib jawab soalan mengenai isu Laut China Selatan di Dewan Rakyat dengan menekankan dasar keamanan, kestabilan, dialog dan perundingan. Kita berharap langkah tanpa konfrontasi ini dapat mengekalkan keamanan dan kestabilan di negara ini.

Labels:

كهمڤليكس معمل airtawar Tasik Chiniاير تاور تاسيك چيني Kompleks makmal

كيت ماهو تاسيك چيني, ريزب UNESCO, دجاگ دڠن باءيك. سمالم, داتوء سري ناجيب ملنچر كومڤليكس معمل اير تاور تاسيك چيني دان ڤوست ڤپليديقن تاسيك چيني(PPTC). اورڠ راماي مپوال تاهڤ ڤڠواتكواساءنڽ. اڤ كات UNESCO?
Kita mahu Tasik Chini, rizab UNESCO, dijaga dengan baik. Semalam, Datuk Seri Najib melancar Kompleks Makmal Air Tawar Tasik Chini dan Pusat Penyelidikan Tadik Chini (PPTC). Orang ramai menyoal tahap penguatkuasaannya. Apa kata UNESCO?

Labels:

Saturday, October 15, 2016

بنتڠ اكتا جاگڬسيهتن اوسيا امس Bentang Akta Jaga Kesihatan Usia Emas

"اكتا بارو ڤرلو دكموك كران مليسيا منجادي سبواه نگارا ترباڠون،" كات تيمبالن كتوا ڤڠاره كصحتن داتوء دوقتور جايءاندرن. سبوت سكالي لاگي ڤمبنتڠن اكتا ساتو ڤركارا، تتاڤي وجودكن سيستم ڤڠواتكواساءن يڠ باءيك ڤركارا يڠ لاءين. كمان راماي جوتاءن اورڠ اوسيا امس؟
"Akta baru perlu dikemuka kerana Malaysia menjadi sebuah negara terbangun،" kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Jayainderan. Sebut sekali lagi pembentangan Akta Jaga Kesihatan Usia Emas satu perkara, wujudkan sistem penguatkuasaan yang baik perkara yang lain. Ke mana ramai jutaan orang usia emas?

Labels:

又提到乐龄卫生监管法令

"大马必须有这个新法令因为它变成发展国家,"卫生部副总监拿督则雅印特兰医生如此说。再提出要在国会提呈乐龄卫生监管法令是一件事,设立有效的执行系统又是一件事。绝大多数上百万的乐龄何去何从?

Labels:

传闻异此

草书,传闻异辞,出自《春秋。隐公元年》"公子益师率"。比喻传言越传越离奇,跟原来的意思不同。我们从各种媒介得知某新闻,必须证实,否则,不可靠。

Labels: , ,

Friday, October 14, 2016

2017 تاهون ايكونومي ديزگيتل. 2017 tahun ekonomi digital

داتوء سري ناجيب ماهو تاهون 2017 منجادي ايكونومي ديگيتل مليسيا. كيت برهارڤ ڤنديديقءن دان كسلامتن اينترنيت داڤت دكاجي دان دڤرباءيكي.
Datuk Seri Najib mahu tahun 2017 menjadi ekonomi digital Malaysia. Kita berharap pendidikan dan keselamatan internet dapat diperbaiki.

Labels:

Thursday, October 13, 2016

بيبسكن انوار Bebaskan Anwar

بيبسكن انوار   Bebaskan Anwar

Labels:

كتوا ڤگاواي ايكسيكوتيۏ ويلس ۏارگو لتق جاواتن Ketua Pegawai Eksekutuf Wells Fargo letak jawatan

سبواه باڠك اميريكا، ويلس ؤارگو، وجود تيگ جوتا اكاءون ڤلسو. 5000 كاكيتاڠن دڤچت. كيني كتوا ڤگاواي ايكسيكوتيۏ، ستومڤۏ، لتق جاوتن كران سكندال ايت.
Sebuah bank Amerika, Wells Fargo, wujud tiga juta akaun palsu. 5000 kakitangan dipecat. Kini, Ketua Pegawai Eksekutif, Stumpf, letak jawatan kerana skandal itu.

Labels:

Wednesday, October 12, 2016

ڤنتاو ڤروجيك كراجاءن كوس RM500 جوتا كاءتس. Pantau projek kerajaan RM500 keatas

"دولو ميمڠ اد دان كيني، كيت ماهو كواتكواساكن دڠن مڠاداكن ڤاسوقن ڤتوگس (باگي ستياڤ ڤروجيك تربابيت)،"كات كتوا ستيااوسها نگارا تن سري علي حمسا. كيت برهارڤ ڤاسون كتوا اوديت نگارا دان سروهنجاي ڤنچگهن راسواه مليسيا بركسن. اڤ ترجادي دڠن ڤمنتاوءن ڤروجيك-ڤروجيك كوس باوه RM500 جوتا؟
"Dulu memang ada dan kini, kita mahu kuatkuasakan dengan mengadakan pasukan petugas (bagi setiap projek terbabit)," kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa. Kita berharap pasukan Ketua Audit Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkesan. Apa terjadi dengan pemantauan projek-projek kos bawah RM500 juta.

Labels:

Tuesday, October 11, 2016

اوسيا امس دمليسيا سماكين برتمبه. Orang usia emas di Malaysia semakin bertambah

بيلڠن اورڠ اوسيا امس سماكين برتمبه درڤد 3 جوتا. مريك ڤرلو ڤلباگاي كمودهن دان بنتوان. كراجاءن مستي مڠكاجي سچارا مپلوروه اونتوق منچاري ڤپلسايءن.
Bilangan orang usia emas semakin bertambah daripada 3 juta orang. Mereka perlu pelbagai kemudahan dan bantuan. Kerajaan mesti mengkaji secara menyeluruh untuk mencari penyelesaian.

Labels:

Monday, October 10, 2016

ميليتان مرسڤ ماسوق باپق تمڤت Militan meresap masuk banyak tempat

ميليتان مڠگون ڤلباگاي چارا اونتوق مرسڤ ماسوق كڤد تمڤت-تمڤت سڤرتي اونيۏرسيتي.بولن لڤس، ڤوليس مناهن 16 اورڠ يڠ دشكي ترليبت دڠن ميليتان داءيش،IS. سموا ڤيهق مستي سنتياس بروسڤادا.
Militan mengguna pelbagai cara untuk meresap masuk ke banyak tempat termasuk universiti. Bulan lepas polis menahan 16 orang yang disyaki terlibat dengan Daesh, IS. Semua pihak mesti sentiasa berwaspada.

Labels:

Sunday, October 09, 2016

توليسن خط كورسيۏ. Tulisan khat kursif

توليسن خط كورسيۏ اداله ڤتيقءن بيدلن درڤد هو هان شو بركاءيتن دڠن ڤڠاساس دينستي هان تيمور 2000 تاهون لڤس. اي برارتي ترلالو طمع لوبا. سگلينتير اورڠ منچوري بربيليون دان مروسقءن نگارا.

Tulisan khat kursif adalah petikan bidalan daripada Hou Han Shu berkaitan dengan pengasas Dinasti Han Timur 2000 tahun lepas. Ia berarti terlalu tamak loba. Segelintir orang mencuri berbilion dan merosakkan negara. 

Labels:

ڤنتاو ڤمبياياءن ڤوليتيك سچارا عاديل اداله ڤنتيڠ Pantau pembiayaan politik secara adil adalah penting

ڤڠروسي مجليس كونسولتاتيۏ ڤمبياياءن ڤوليتيك دايوء لو هندق ڤپومبڠ عمومكن نام، كتياداءن كموك ڤپات واڠ سومبڠن اداله ساله دان ڤڠاوس اداله بيبس. كران اكتا ڤمبياياءن ڤوليتيك اد كنا-مڠنا دڠن اهلي-اهلي ڤوليتيك، مجليس ترسبوت هاروس دڤرليهتكن تيدق برت سبله. داڤتكنله ڤندڠن درڤد مريك. ڤڠاوس ڤرلو بركسن دان بتول-بتول بيبس.
Pengerusi Majlis Konsultatif Pembiayaan Politik Datuk Paul Low hendak penyumbang umumkan nama, ketiadaan kemuka penyata wang sumbangan adalah salah dan pengawas adalah bebas. Kerana Akta Pembiayaan Politik ada kena-mengena dengan ahli-ahli politik, majlis tersebut harus diperlihatkan tidak berat sebelah. Dapatkanlah pandangan daripada mereka. Pengawas perlu berkesan dan betul-betul bebas.

Labels:

Saturday, October 08, 2016

دبندر كريتا باپق دان تمڤت لتقڽ كورڠ Di bandar kereta banyak tempat letaknya kurang

كريتا اداله ترلالو باپق دان تمڤت لتق كريتا ساڠت كورڠ دبندراي. ديون بندراي كوالا لومڤور هندق مڠاتاسي مسءله اين دڠق مڠگالقكن ورگ بندر مڠگون ڤڠاڠكوتن عوام سمبيل منايككن قادر بايرن تمڤت لتق كريتا. ورگ ترڤرنجت. دالم اوسها ڤلقساناءن داسر، اداله ڤرلو عاديل دان مناسبه سرتا ممبسميكن  سگلينتير اورڠ يڠ مڠمبيل كسمڤتن.
Kereta adalah terlalu banyak dan tempat letak kereta sangat kurang di bandaraya. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hendak mengatasi masalah ini dengan menggalakkan warga bandar mengguna pengangkutan awam, sambil menaikkan kadar bayaran tempat letak kereta. Warga terperanjat. Adalah perlu adil dan munasabah serta membasmikan segelintir orang yang mengambil kesempatan.

Labels: ,

得陇望蜀

草书,得陇望蜀,出处南朝。宋。范晔《后汉书》: 比喻贪得无厌。这是跟东汉第一个皇帝刘秀有关。有的人是贪得无厌,偷窃亿万公款,危害国家。

Labels:

ڤرموهونن اونتوق ڤكرجا اسيڠ دمودهكن Permohonan untuk pekerja asing dimudahkan

جابتن ايميگريسين مستيله ممڤرمودهكن ڤرموهونن اوننوق ڤكرجا اسيڠ. براڤ سيكتور ايندوستري مڠهاداڤي مسءله بسر. ڤنداتڠ تنڤا ايزين اداله لبيه روميت. اد اورڠ مڠمبيل كسمڤتن. كتوا ڤڠاره جابتن ترسبوت داتوء سري مستۏا بوليه ممبنتو.
Jabatan Imigresen mestilah mempermudahkan permohonan untuk pekerja asing. Berapa sektor seperti industri menghadapi masalah besar. Pendatang tanpa izin adalah lebih rumit. Ada orang yang mengambil kesempatan. Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafa boleh membantu.

Labels:

Friday, October 07, 2016

乐龄卫生照管系统

"乐龄卫生照管法令将提呈国会,"卫生部长拿督斯里苏巴马廉医生如此说。社会正在改变。当今大马乐龄人数渐渐超过3百万,都需要各种设施和照顾。卫生部必须说明它作出的努力。

Labels:

Wednesday, October 05, 2016

همڤير 3 جوتا اورڠ اوسيا امس دمليسيا Hampir 3 juta orang usia emas di Malaysia

مليسيا اد همڤير 3 جوتا اورڠ اوسيا امس، 60 تاهون دان لبيه. سگلينتير دابايكن انقڽ. يڠ تيڠگل دڤوست جاگاءن كادڠكالا دلاين دڠن بوروق سڤرتي لاڤورن دوا اوسيا امس دانياي دكليبڠ، ملاك. سموا اورڠ هاروس سنتياس ملاين اوسيا امس دڠن باءيك.
Malaysia ada hampir 3 juta orang usia emas, 60 tahun dan lebih. Segelintir diabaikan anaknya. Yang tinggal di pusat jagaan kadangkala dilayan dengan buruk seperti laporan dua usia emas dianiaya di Klebang, Melaka hari ini. Semua orang harus sentiasa melayan usia emas dengan baik.

Labels:

Tuesday, October 04, 2016

ڤمبياياءن ڤوليتيك دمليسيا Pembiayaan politik di Malaysia

ڤمبياياءن ڤوليتيك اد كنا-مڠنا دڠن اهلي ڤوليتيك. سلاءين دري اورڠ-اورڠ سڤرتي ڤاكر اكاديميك، اڤ سهاج بركايتن دڠن كواڠن ڤوليتيك مستي داڤتكن ڤندڠن اهلي ڤوليتيك. اهلي ڤوليتيك مستي ۏاهم اكتا دان ڤراتورن. بادن ڤڠواتكواس هاروس دڤرليهتكن بركسن، عاديل دان سقسام.  
Pembiayaan politik ada kena-mengena dengan ahli politik. Selain daripada pakar akafemik, apa sahaja yang berkaitan dengan kewangan politik, kita mesti dapatkan pandangan ahli politik. Ahli politik mesti memahami akta dan peraturan. Badan penguatkuasa harus diperlihatkan berkesan, adil dan saksama.

Labels:

Monday, October 03, 2016

Paya bakau dan hutan simpanan kekal. ڤاي باكاو دان هوتن سيمڤانن ككل

Kita hendak Jabatan Hutan menjelaskan keadaan sebenar hutan simpanan kekal di Malaysia. Kita juga bimbang mengenai hutan paya bakau yang disebutkan seluas 637164 hektar di negara ini. Apakah maksud clear felling, tebang berpilih, dan cara pelaksanaannya?
كيت هندق جابتن هوتن منجلسكن كاءداءن سبنر هوتن سيمڤانن ككل دمليسيا. كيت جوگ بيمبڠ مڠناءي هوتن ڤاي باكاو يڠ دسبوتكن سلواس 637164 هيكتر دنگارا اين. اڤاكه معصود clear felling، تبڠ برڤيليه، دان چارا ڤلقساناءنڽ؟

 

Labels:

سلامت معال هجرت Selamat Maal Hijrah

سلامت. عال هجرت   Selamat Maal Hijrah

Labels:

Saturday, October 01, 2016

بالق دكلنتن تيدق دڤريكسا Balak di Kelantan tidak diperiksa

"بالق دكلنتن تيدق دڤريكسا سجق مچ 2016،" كات مجليس سيرتيۏيكاسي بالق مليديا. منتري سومبر عسلي دان علام سكيتر ڤرلو منرڠكن اڤ يڠ سبنرڽ برلاكو.
"Balak di Kelantan tidak diperiksa sejak Mac 2016," kata Majlis sertifikasi Balak Malaysia. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar perlu menerangkan apa sebenarnya berlaku.

Labels:

منتري مناؤي 7248 هيكتر هوتن ريزب دموسنه Menteri menafi 7248 hectares hutan rizab dimusnah

منتري علام سكيتر دان سومبير عسلي داتوء سري وان جونايدي مناۏي نريتا 7248 هيكتر هوتن ريزب دكلنتن دموسنه دان مپاتاكن بهوا جابتن هوتن ممنتاو ڤرلمبڠنڽ. سموگ كاءداءن سبنر هوتن ريزب دسلوروه مليسيا داومومكن.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi menafikan berita 7248 hectares hutan risab Kelantan dimusnahkan. Beliau menyatakan Jabatan Hutan memantau perkembangan. Semoga situasi hutan rizab di seluruh negara diumumkan.

Labels: