Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Monday, December 12, 2016

Transformasi Nasional 50. ترانسۏورماسي ناسيونل

Datuk Seri Ahmad Zahid sebut Transformasi Nasional 2050 (TN50): Malaysia diharap tidak perlu lagi mengimport makanan, malah bahan makanan di seluruh negara juga cukup untuk kegunaan tempatan. Pada 2050, dijangka ada kira-kira 50 juta penduduk.

Ini bergantung kepada pelbagai faktor termasuk pentadbiran cekap dan bersih serta tahap kehidupan dan pendidikan rakyat Malaysia. Sementsra itu, mereka hendak tahu bagaimana Kerajaan mengawal pembaziran dan ketirisan mengenai makanan import.

داتوء سري احمد زاحيد سبوت تنتڠ ترانسۏورماسي ناسيونل 2050: مليسيا دهارڤ تيدق ڤرلو لاگي مڠايمڤورت ماكنن، ماله باهن ماكنن دسلوروه نگارا جوگ چوكوڤ اونتوق كگوناءن تمڤتن. ڤد 2050، دجڠك اد كيرا-كيرا 50 جوتا ڤندودوق.

اين برگنتوڠ كڤد ڤلباگاي ۏكتور ترماسوق ڤنتدبيرن چكڤ دان برسيه سرتا تاهڤ كهيدوڤن دان ڤنديديقن رعيت مليسيا. سمنتارا ايت، مريك هندق تاهو باگايمان كراجاءن مڠاول ڤمبازيرن دان كتيريسن مڠناءي ڤڠايمڤورتن ماكنن .

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home