Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Friday, December 09, 2016

Pantun, ombak kecil. ڤنتون، اوبق كچيل

Dalam masyarakat majmuk, masalah kecil agama, bahasa dan kaum boleh menjadi besar dan bahaya. Misalnya, pada tempoh hari Dewan Undangan Negeri Perlis meluluskan enakman bahawa dengan persetujuan seorang bapa atau ibu, seorang kanak-kanak menjadi seorang Islam. Ini mewujudkan bantahan dari bukan Islam.

Laut berombak di China Selatan,
   Ombak besar dan kecil timbulkan;
Laut nampak kaya kehidupan,
   Ombak kecil jangan diabaikan.
دالم مشاركت مجموق، مسءله كچيل اگام، بهاس دان قوم بوليه منجادي بسر دان بهاي. مثلڽ، ڤد تيمڤوه هاري ديون ايوندڠن نگري ڤرليس ملولوسكن اينقمن  بهوا دڠن ڤرستوجوان ساءورڠ باڤ اتاو ايبو، ساءورڠ كانق-كانق منجادي ساءورڠ اسلم. اين موجودكن بنتهن دري بوكن اسلم.

لاءوت براومبق دپينا سلاتن،
اومبق بسر دان كچيل تيمبولكن؛
لاءوت نمڤق كاي كهيدوڤن،
اومبق كچيل جاڠن دبياركن.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home