Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Tuesday, December 06, 2016

بواڠ يڠ كروه Buang yang keroh

مسءله تيمبول دالم كهيدوڤن سڤرتي هوبوڠن يڠ بوروق. جك هندق ممبواڠ دندم، تيندقن ميمڠ سوسه دامبيل اونتوق ممولاكن لمبرن بارو.
ددنيا ڤوليتيك، ڤراساءن ڤمرينته دان ڤمبڠكڠ اداله ڤانس. دهارڤكن مريك مڠمبيل يڠ جرنيه. سكررڠ سلڤس 60 تاهون، كراجاءءن كولومبيا  دان ڤمبڠكڠ برسنجات FARC برهنتي سڠكيتا دان مننداتاڠني ڤرجنجيان اونتوق منچاڤاي كاءمانن.

اوڠ يڠ تگوه،
امبيل يڠ ڤوتيه؛
بوازڠ يڠ كروه،
امبيل يڠ جرنيه.

Masalah timbul dalam kehidupan seperti hubungan yang buruk. Jika hendak membuang dendam, tindakan memang susah diambil untuk memulakan lembaran baru.

Di dunia politik, perasaan di antara pemerintah dan pembangkang adalah panas. Diharapkan mereka mengambil yang jernih. Sekarang, selepas 60 tahun, Kerajaan Columbia dan pembangkang bersenjata, FARC, memberhentikan sengketa untuk mencapai keamanan.

Awang yang teguh,
   Ambil yang putih;
Buang yang keroh,
   Ambil yang jernih.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home