Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Monday, July 07, 2014

Tenis Terbuka Wimbledon, pertandingan akhir lelaki dasyat

Pertandingan Tenis Terbuka Tahunan Wimbledon adalah selama lebih 100 tahun. Ia adalah termasyhur di dunia.
     Federer (32) dari Switzerland telah menjadi juara bahagian lelaki sebanyak tujuh kali. Semalam dia menghadapi pemain Serbia, Djokovic (27), di peringkat akhir lelaki. Persembahan kedua-dua pemain itu dasyat dengan penonjolan kemahiran luar biasa. Djokovic memerlukan 5 set untuk menang dengan tipis.
     Pertandingan akhir wanita adalah kurang menarik. Kvitova (24) dari Czech menewaskan pemain Kanada Bouchard (20) dengan straight set 6-3,6-0.
     Kvitova menjuarai pertandingan wanita perseorangan pada 2011. Kerana pelbagai faktor termasuk tekanan selepas memenangi Grand Slam,  permainannya merosot. Kini, Kvitova mengembali ke tahap biasa, lebih handal dari Bouchard.
     Keluarga Bouchard menyokong dia dengan sepenuhnya. Dia berhijrah dari Kanada ke Miami, Amerika Syarikat, untuk memasuki Sekolah Tenis. Bakatnya dapat dididik. Bouchard perlu meningkatkan kebolehannya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home