Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Sunday, January 06, 2008

Beri perhatian & cari rumusan tentang yuran tambahan sekolah

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menganjurkan supaya Menteri Pelajaran memberi perhatian kepada yuran tambahan untuk kegiatan sekolah, agar perasaan ibubapa dapat dikurangkan.

Dr Tan mengeluarkan kenyataan tentang yuran tambahan sekolah pada on 6.1.2008.

Pada 7 September, 2007, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan YAB Dato' Seri Abdullah membentangkan Bajet 2008 di Dewan Rakyat. Peruntukan bagi sekolah-sekolah rendah dan menengah ialah RM 16.4 bilion. Mulai 1 Januari, 2008, yuran-yuran sekolah diberhentikan, dan 5.7 juta pelajar adalah layak untuk skim pinjaman buku teks.

Para ibubapa mengalu-alukan persekolahan percuma (untuk seseorang, bukan untuk negara yang membayar). Tetapi, perasaannya mengenai yuran tambahan adalah berlainan. Saya memberi peringatan kepada Menteri Pelajaran tentang hal ini di dewan Rakyat, ketika mengambil bahagian di dalam perbahasan peruntukan bagi kementeriannya pada Disember lepas.

Ini menjadi kenyataan tatkala 500,000 pelajar baru mengumpul di sekolah-sekolah minggu lepas. Bagi ibubapa di sekolah-sekolah Cina dan Tamil, emosi darihal yuran tambahan tidak begitu tinggi kerana mereka sudah biasa dengan hal ini.

Pada umumnya, sekolah-sekolah mengenakan yuran untuk kegiatan tambahan termasuk tuisyen seperti kelas komputer.Menteri Pelajaran mestilah memberi jaminan kepada para ibubapa bahawa tidak wujudnya penyelewengan terhadap kutipan yuran tambahan.

Pada 5 Januari, 2008, Hisham berkata,"Tanyalah hati nurani anda (ibubapa)! Wang ini adalah untuk sekolah anak anda, untuk kebaikan mereka. Jika anda mampu, sila memberi sumbangan. Jika tidak, saya tidak memaksa anda. Tetapi, tanya sendiri sama ada layak untuk bantuan."

Satu garis panduan menyebutkan bahawa yuran tambahan tidak seharusnya lebih dari RM 38 untuk sekolah rendah dan tidak lebih dari RM 55 untuk sekolah menengah. Hisham menjelaskan kadar RM 25 atau RM 35 (bagi seorang pelajar).

Saya percaya bahawa Menteri Pelajaran tidak perlu berasa marah darihal yuran tambahan. Beliau akan mendapati bahawa emosi sesetengah ibubapa tidak begitu tinggi. Beliau haruslah mencari rumusan yang berkesan untuk mententeramkan ibubapa yang risau.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home