Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Tuesday, January 01, 2008

Legakan kebimbangan pengguna darihal kenaikan harga gas

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Kerajaan memberitahu rakyat sama ada harga gas asli akan naik pada tahun baru 2008, agar kebimbangannya akan diatasi.

Kenaikan harga tepung gandum, gas untuk industri dan lain-lain sudah menarik perhatian ramai.

Dr Tan mengkhuatiri bahawa khabar angin mengenai kenaikan harga gas akan menjadi kenyataan. Walaupun Kerajaan mengatakan indeks harga pengguna hanya tambah lebih 2 mata, tetapi para pengguna menghadapi ketinggian harga 30% hingga 60% di pasar.

Meskipun Kerajaan tidak membenarkan harga gas bertambah lagi pada 2007, permulaan 2008 menimbulkan kegelisahan. Harga minyak mentah dunia kekal pada lebih AS$90 setong. Bilakah Kerajaan akan mengizinkan harga gas dan petrol lebih tinggi? Pada 1 Januari, 2008, khabar angin melalui mesej pendek SMS tentang kenaikan harga petrol, menyebabkan para pembawa kereta berbaris panjang di stesen-stesen sehingga habis jualan minyak. Ada yang menjangka bahawa harga minyak akan naik selepas pilihanraya umum.

Kini, gas dalam tong 12 kilogram dijual RM 21 dan RM 24 untuk tong 14 kg. Khabarnya, setiap kg akan tambah 24 sen, atau 27 sen atau 60 sen. Jika ditambahkan 27 sen sekilo, maka 14 kg akan naik RM 3.78 iaitu RM 27.78 setong.

Kenaikan harga tepung gandum mengakibatkan lebih tinggi harga roti, kek, mi da sebagaianya. Kesan tambahnya harga gas adalah luas. Misalnya, sebahagian besar bahan bakar Tenaga Nasional Berhad adalah gas; ia sedang menimbangkan cara untuk menaikkan kadar bayaran elektrik. Ini bukan perkara luar biasa. Restoran, penjaja, pedagang, industri, dan penduduk kediaman dan lain-lain menggunakan gas secara langsung atau tidak langsung.

Kementerian Perdagangan Dalam Negara dan Hal Ehwal Pengguna mestilah menggunakan peruntukan RM 430 juta bagi 2008 dengan berkesan, khasnya menguruskan hal pengguna dengan efektif. Perdana Menteri YAB Dato' Seri Abdullah dan Timbalan Perdana Menteri YAB Dato' Seri Najib haruslah memperbincangkan dengan para pembekal gas dan petrol mengenai harganya, dengan tujuan untuk mencegahkan inflasi.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home