Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Thursday, January 03, 2008

Minyak cecah AS$ 100 (RN 331.56) setong:pastikan bekalan cukup

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Kerajaan memastikan bekalan gas, petrol, tepung dan sebagainya yang cukup, ketika wujudnya tekanan ke atas harga minyak, gas dan lain-lain.

Sementara itu, Perdana Menteri YAB Dato' Seri Abdullah dan timbalannya YAB Dato' Seri Najib mestilah berbincang dengan syarikat-syarikat gergasi minyak untuk menentukan harga gas dan petrol. Adalah diharapkan langkah ini akan mengurangkan kekhuatiran orang ramai.

Dr Tan mengulas kenaikan harga minyak mentah dunia yang mencatatkan paras rekod tetinggi AS$ 100 setong semalam. Rakyat bimbang.

Harga minyak melambung naik. Ini menimbulkan kesan yang luas. Walaupun Malaysia mengeluarkan minyak mentah dan kelapa sawit yang boleh meredakan tekanan kenaikan minyak mentah, tetapi terdapat kesannya terhadap industri, pengangkutan, kapal laut, kapal terbang, Tenaga Nasional Berhad (TNB). Sebahagian besar bahan api TNB adalah gas. Maka, adalah tidak hairan jika ianya sedang mempertimbangkan untuk menaikkan kadar bayaran elektrik secara beransur.

Setakat ini, YAB Perdana Menteri mengatakan bahawa beliau belum membuat keputusan untuk mengizinkan kenaikan harga petrol dan gas. Ada yang menjangkakan bahawa harga barang-barang ini akan naik bila-bila masa sahaja.

Dengan suasana sedemikian, mungkin terdapat sesetengah syarikat yang menyimpankan petrol dan gas, mengakibatkan kekurangan bekalannya. Malam tahun baru 2008, mesej pendek SMS telefon bimbit disebarkan dengan luasnya; para pemandu membawa kereta berbaris panjang di stesen-setesen minyak. Oleh itu, kita mendesakkan Kerajaan supaya mengambil langkah yang berkesan untuk memastikan tidak ada kekurangan bekalan petrol. gas, tepung dan lain-lain.

Sesetengah orang meramalkan bahawa harga petrol dan gas tidak akan naik sebelum pilihanraya umum. Selepas pilihanraya, harganya akan melambung tinggi. Kita berharap YAB Perdana Menteri lebih memandang berat tentang kebajikan rakyat, lalu mencegahkan inflasi yang menjejaskan umum.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home