Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Saturday, December 03, 2011

Proses pilihan raya hendaklah ditambahbaik

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya syor-syor awal (interim )untuk menambahbaikkan proses pilihan raya yang dibentangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Parlimen benar-benar dilaksanakan.

Pada 2.12.2011, YB Datuk Dr Maximus Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya membentangkan usul di Dewan Rakyat.

Penyata Jawatankuasa tersebut mengandungi 10 syor termasuk penggunaan dakwat kekal dan cara-cara lebih telus untuk mengundi.

Dr Tan mengambil bahagian di dalam perbahasan tersebut. Di dalam mssa 10 minut dan di tengah gangguan para ahli parlimen BN,Dr Tan berkata:

Cuaca negara memang bermusim,
Suhu dan air turun dan naik;
Jawatankuasa ada syor interim,
Proses pilihan raya ditambahbaik.


Putera puteri kumpul di padang,
Melambai tangan sedia bersembah;
Menteri hendaklah mencadang,
Bilangan kakitangan SPR ditambah.

Selain dari 10 syor, kita perlu satu syor lagi iaitu peruntukan dari Kementerian Kewangan dan kakitangan dari Jabatan Perkhidmatan Awam haruslah ditambahkan agar syor-syor tersebut betul-betul dijalankan.

Kini, hanya warganegara yang umur genap 21 tahun boleh mendaftar menjadi pengundi. Lebih empat juta orang belum mendaftar. Jika kita kira warganegara yang berusia 18 ke atas diberi hak untuk mengundi, maka bilangannya tentu berjuta-juta lagi. Semua pihak terutamanya Suruhanjaya Pilihan Raya mestilah mempertingkatkan usaha untuk mendaftar mereka yang belum mendaftar sebagai pengundi.

Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home