Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Wednesday, November 16, 2011

Dakwat kekal mestilah digunakan di pilihanraya umum

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mengulangi bahawa dakwat kekal mestilah digunakan di pilihanraya umum (PRU) untuk mengatasi penyelewengan.

Pada 16.11.2011, Dr Tan mengulas jawapan lisan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail di hadapan Jawatankuasa Pilihan Parlimen untuk menambahbaikkan PRU hari ini.

PRU haruslah adil dan saksama tanpa penyelewengan termasuk pemilih palsu. Selepas kemerdekaan 54 tahun, Kerajaan Pusat menubuhkan Jawatankuasa Pilihan tersebut. Hari ini, Peguam Negara menerangkan bahawa penggunaan dakwat kekal untuk PRU tidak perlu pindaan Perlembagaan, hanya pindaan Peraturan sahaja.

Kami berharap syor-syor Jawatankuasa tersebut benar-benar membayangkan amalan yang adil, cocok dengan kehendak rakyat. Syor-syor ini patut diterima dan dikuatkuasakan dengan seboleh yang mungkin. Ini akan dapat mengatasi kebimbangan bahawa Jawatankuasa itu hanya untuk publisiti sahaja, bukan untuk menambahbaikkan PRU.

Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home