Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Thursday, November 17, 2011

Pemberian subsidi RM33bil harus tepat pada sasaran

Timbalan Pengerusi Kebangsaan dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mendesak Kerajaan Pusat supaya memastikan semua jenis subsidi benar-benar diberikan kepada sasaran, bukan dinikmati oleh orang-orang lain seperti orang-orang tengah.

Pada 17.11.2011, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Lim Siang Chai menjelaskan di Dewan Rakyat mengenai jumlah subsidi RM33bilion dan cara menyampaikan kepada sasaran, misalnya penanam padi.

Menjawab soalan tambahan Dr Tan, YB Datuk Lim mengatakan jumlah subsidi tahun 2012 adalah RM33 bilion, seumpama kepada petroleum (RM17 bilion), padi dan beras, elektrik dan penangkapan ikan. Pemberian RM100 kepada keluarga yang pendapatan bulanannya di bawah RM3,000 adalah untuk satu kali sahaja.

Memberi subsidi memang senang, tetapi menarik balik paling susah. Membantu orang yang benar-benar susah termasuk yang miskin adalah betul. Yang berupaya haruslah berusaha untuk berdikari. Masalah timbul apabila pihak pengurus tidak cekap dan tidak menepati sasaran.

Misalnya dengan subsidi petroleum, terdapat sindiket yang menyalahgunakan. Ada para pelancong yang mengambil kesempatan disebabkan kelemahan-kelemahan para pengurus subsidi.

Kita mestilah menentukan bahawa pemberian dan penerimaan subsidi berjumlah RM33 bilion tepat pada sasarannya. Cegahkanlah pembaziran dan penyelewengan subsidi.

Editor TMI editor+canned.response@themalaysianinsider.com
4:2

0 Comments:

Post a Comment

<< Home