Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Thursday, November 03, 2011

Perbendaharaan mesti tingkatkan prestasinya

Timbalan Pengerusi Kebangsaan dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Kementerian Kewangan memperbaiki prestasi dan keberkesanaannya termasuk analisis ekonomi.

Menteri kewangan mestilah mengkaji semula semua aspek kegiatan kementeriannya untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang pesat, berbanding dengan agensi yang lain termasuk Bank Negara.

Pada 2.11.2011, Dr Tan mengambil baahagian di dalam perbahasan peruntukan RM34.7 bilion bagi Kementerian Kewangan tahun 2012 di peringkat jawatankuasa Dewan Rakyat.

Menteri Kewangan dan timbalannya menjawab soalan ekonomi di dalam Dewan. Tetapi, pada akhir-akhirnya, perbendaharaan menunjukkan kelemahan di dalam beberapa aspek termasuk analisis ekonomi di dalam dan luar negara.

Sementara itu, Kementerian hendak menjadikan sistem perolehan elektronik bertaraf dunia dengan kerajaan elektronik diperuntukan RM5 juta dan pengurusan teknologi maklumat RM5.5 juta. Mewujudkan IT yang canggih cocok dengan zaman moden adalah betul. Kita hendak mengetahui syarikat yang telah dilantik.

Perbendaharaan mestilah mempertingkatkan analisis ekonomi. Misalnya, krisis zon Euro dengan kebangkrapan ekonomi Yunani mempengaruhi ekonomi dunia termasuk Malaysia. Bantuan dari China telah disebutkan. Jepun campurtangan terhadap Yen dengan ugutan menjual lebih Yen. Apakah kesannya? Kebankrapan MF Global, Amerika Syarikat dengan aset US28.7billion ada implikasinya. Walaupun ia lebih kecil berbanding dengan Lehman Brothers yang muflis, ia menjejaskan ekonomi. Banjir besar di Thailand menimbulkan masalah seperti sektor pembuatan. Pada 2010, Thailand mendapat pelaburan asing US5.8bil dan Indonesia US13.3 bilion, lebih besar dari Malaysia. Apakah akibat banjir di negara itu?

Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home