Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Tuesday, May 18, 2010

Bagaimana rakyat mendapat manfaat dari projek Kerajaan?

Apakah cara-cara memastikan orang awam benar-benar memperolehi manfaat dari projek-projek Kerajaan?

Tahun lalu, Kerajaan Pusat memperuntukkan RM6.7 bilion bagi merangsang ekonomi. Kemudian, pelbagai projek dilaksanakan. Misalnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)mengenalpasti tapak semacam tanah di Jalan Jambu Jerteh, Jinjang Selatan, untuk projek dewan masyarakat. Orang-orang di sekitarnya tidak membantah.

Terdapat projek dewan masyarakat yang serupa di padang Jalan Jinjang Damai, Jinjang Utara. Ada orang yang membantah dengan alasan-alasan seperti masalah pengurusan dewan dan perosak dan pencuri harta awam termasuk komputer dan sebagainya.

Dari pakej rangsangan ekonomi, RM600,000 telah diperuntukkan bagi dewan 30' X 100' termasuk bilik serbaguna dan bilik komputer. Buat sementara itu, kita mengetepikan soalan sama ada projek ini betul-betul berharga RM600,000, para penduduk mestilah melihatnya dari pelbagai segi. Adakah projek ini baik? Adakah ia buruk?

Mulai esok, kami akan mengutip suara para penduduk di sekeliling tapak projek tersebut pada waktu petang setiap hari untuk satu minggu. Keputusan petikan suara ini akan disampaikan kepada DBKL.

Pada 19.5.2010, Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw bersama-sama penduduk berjumpa dengan wakil-wakil DBKL di tapak mengenai cadangan projek tersebut. Hari ini, DBKL hendak mendapat pandangan orang ramai tentang projeknya. Langkah ini adalah betul.

Berapa tahun ini, adanya persepsi ramai terhadap projek-projek kerajaan: pihaknya membuat keputusan , melantik kontrakter dan melaksanakannya tanpa menghirau pandangan para penduduk. Jika hendak mendapat pandangan pelbagai pihak,ini tentu akan mengambil masa. Penyelesaian secara tolak ansur boleh dicapai, tanpa mengambil masa yang terlalu panjang.

Yang pentingnya, kerajaan diperlihatkan tidak terlibat dengan penyelewengan bila merancang dan melaksanakan projek.

Minggu leapas, ada penduduk menampak orang mengukur padang tersebut, diikuti dengan papan iklan yang memaparkan cadangan projek dewan masyarakat. Wujudlah khabar-khabar angin. Misalnya, masjid akan dibina.

Para remaja menggunakan padang itu untuk bola sepak, bola keranjang dan layang-layang. Walaupun, ia bukan bertaraf antarabangsa, mereka boleh memain bola sepak.

Menurut pelan lakar DBKL, ruang untuk bola sepak sedia ada tidak akan terjejas. Yang ditambah di tepinya ialah sebuah dewan.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home