Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Friday, May 21, 2010

Suasana segar mestilah diwujudkan di IPTA

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mengulangi pendapatnya bahawa suasana di institut pengajian tinggi awam (IPTA) mestilah siselubungi dengan kesegaran termasuk kebebasan bercakap asalkan siswa siswi mempunyai bukti.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohd Khaled Nordin patutlah mengkaji sebab-musabab Sudut Pidato IPTA sunyi sepi sejak dilancarkan Januari lalu.

Kebebasan berucap bukan untuk merosakkan univerisiti atau menjejaskan masyarakat. Ia bagi siswa siswi mengemukakan pendapat yang berasas. Ini merupakan latihan yang bermakna.

Dr Tan mengulas berita mengenai keengganan para pelajar berucap di Sudut Pidato di IPTA kerana bimbang berhadapan dengan tindakan.

Terdapat 20 buah IPTA di negara ini. Bagi IPTA yang mempunyai Sudut Pidato, kita berharap para pelajar boleh menampil ke hadapan untuk meluahkan pandangan yang mempunyai bukti, bukan khabar angin. Ini boleh menggalakkan mereka mengejar pengetahuan dan kajian serta meluaskandan pemandangannya.

Pihak Hal Ehwal Pelajar IPTA haruslah menganggap pidato siswa dan siswi sebagai latihan akademik, bukan menggolong mereka sebagai puak kiri atau kanan, konservatif atau progresif.

Menteri Pengajian Tinggi mempunyai tanggungjawab untuk menggalakkan siswa siswi menggunakan Sudut Pidato. Pihak IPTA dan Majlis Perwakilan Pelajar juga harus memainkan peranan.

Orang Malaysia termasuk para pelajar perlu memahami sensitiviti agama dan ras. Di dalam ucapannya, kita terpaksa berhati-hati, sentiasa mengelakkan sensitiviti ini.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home