Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru !

Timbalan Pengerusi DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mengucapkan

Selamat Tahun Baru !

Tahun 2009 adalah terjejas dengan kemerosotan ekonomi dunia. Rakyat Malaysia mengalami keadaan yang kurang baik.

Mudah-mudahan 2010 akan membuka tirai yang cerah dengan ekonomi dunia semakin pulih. Rakyat semua kaum boleh menikmati suasana yang lebih selesa.

Politik Malaysia berubah. Ramai rakyat terdedah kepada dunia moden dengan teknologi maklumat. Apa yang berlaku di dalam dan luar negara diketahui oleh ramai dengan cepat. Fikiran orang ramai adalah cocok dengan perkembangan semasa.

Bulan lepas ketika belah bahagian dipanggil di Dewan Rakyat untuk meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet) dengan jumlah RM191.5 bilion, Barisan Nasional (BN) mempunyai 63 undi dan Pakatan Rakyat (PR) 63 undi, Yang di-Pertua membuang undi untuk BN. Ini adalah detik sejarah.

Kita hendak menyaksikan pendidikan ditambahbaikkan dari tadika ke institut pengajian tinggi dengan peruntukan bagi 2010 RM57.5 bilion, iaitu kira-kira 27% dari jumlah bajetnya. Jika peruntukan ini boleh digunakan dengan berkesan, maka pendidikan 2010 akan berkembang dengan teratur.

Semoga rakyat Malaysia hidup di alam keamanan dan keharmonian.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home