Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Wednesday, August 19, 2009

Pastikan Konstabel Sukarelawan Polis bermesra dengan rakyat

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong menyerusupaya Konstabel Sukarelawan Polis (PVR) sentiasa bermesra denganrakyat dan memahami peranannya untuk membantu menangkap penjenayah.

Ini adalah penting kerana adakalanya orang ramai mengadu bahawa pasukan sukarelawan seperti Ikatan Rakyat Malaysia (RELA) menyeleweng dan menyinggungkan rakyat. Misalnya pada tempoh hari Rela menangkap pendatang sama ada dengan izin atau tanpa izin, lalu menghantar orang-orang tanahannya ke kem di Melaka. Cara-cara yang munasabah perlu diikuti, termasuk membezakan pendatang dengan dan tanpa izin.

Pada 19.8.2009, Dr Tan mengulas tentang bermulanya PVR bertugas di 11 tempat panas di Kuala Lumpur semalam.

Adalah dilaporkan bahawa 43 orang daripada kumpulan pertama PVR terdiri daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) yang memulakan tugas di 11 lokasi panas di ibu negara.

Usaha membanteraskan jenayah adalah di buat oleh pihak polis dengan kerjasama rakyat, termasuk pertubuhan sukarelawan. JPAM, Rela dan Rukun Tetangga (RT) merupakan badan-badan yang boleh memberi sumbangan yang bermakna.

Latihan yang berkesan mestilah diadakan untuk menentukan semua ahli JPAM, Rela dan RT mengerti tugas-tugas dan keadaannya. Mereka tidak mempunyai kuasa polis. Apabila memeriksa orang-orang yang mencurigakan, mereka perlu mengikut peraturan yang tertentu. Soal menyalahkan kuasa tidak boleh timbul kerana jika tanggapan rakyat terhadap mereka adalah buruk, maka mereka akan menghadapi kesusahan.

Kadang-kadang terdapat aduan mengenai Rela dan RT. Bilangan RT sudah kurang dengan banyak. Khabarnya, Kerajaan Persekutuan hendak memulihkan RT. Sekali-sekali, segelintir orang menyalahgunakan nama RT untuk mendirikan bangunan di kawasan hijau; bangunan ini dipakai untuk tujuan yang lain.

Kawalan yang ketat haruslah selalu diadakan untuk memastikan PVR tidak menyimpang dari tujuan yang sebenarnya.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home