Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Friday, August 21, 2009

Pastikan semua pejabat kerajaan adalah bermesra dengan rakyat

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw meminta Timbalan Perdana Menteri mengkaji secara menyeluruh cara-cara rakyat dilayani di semua pejabat kerajaan sebagai salah satu langkah untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Dr Tan mengambil perhatian terhadap hasrat Timbalan Perdana Menteri yang telah membuat banyak komen tentang prestasi dan pilihanraya kecil Permatang Pasir.

Pada 20 Ogos, 2009, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu pendekatan turun padang di kalangan pemimpin kerajaan dan wakil rakyat dilakukan dengan cara yang lebih berkesan dalam menyelesaikan masalah rakyat.

Timbalan Perdana Menteri berkata bahawa mereka yang terlibat perlu lebih kreatif termasuk melakukan banyak lawatan mengejut atau tinjauan tidak formal untuk mengetahui masalah sebenar di peringkat akar umbi.

Jika Tan Sri Muhyiddin mempercayai bahawa pendekatan tersebut adalah selaras dengan Gagasan 1Malaysia, maka beliau perlu memastika pemimpin-pemimpin tidak mengeluarkan kenyataan perkauman dan sensitiviti agama.

'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' telah disarankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain dari mengelakkan sensitiviti kaum dan agama, beliau mestilah mempertimbangkan syor untuk mengkaji secara menyeluruh cara-cara rakyat dilayani di semua jabatan kerajaan. Terdapat lebih 1.2 juta kakitangan awam. Ada yang baik dan ada yang kurang. Apabila orang ramai memergi ke jabatan kerajaan, layanan ke atas mereka adalah penting.

Sekiranya permintaan sesetengah orang adalah tidak munasabah, kakitangan kerjaan harus mempunyai kaedah untuk menanganinya. Sesekali ladenan yang kurang baik dilakukan oleh segelintir kakitangan ke atas rakyat termasuk bekas kakitangan kanan awam.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home