Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Tuesday, November 17, 2015

سيريا جادي كيلغ ڤغگانسن تربسر. Kilang jadi kilang pengganasan terbesar

سمالم كيت توغگو اوچڤن ڤريسيدن ڤرنچيس ۏرانسوا الوند ڤد كيرا-كيرا جم 10 ملم (ماسا مليسيا). سجق 1848, الوند منچاتت سجاره دسيسي برسام ڤرليمن ڤرنچيس. بليو مغولغي بهاوا سرغن ڠري ڤاريس اداله تيندقءن ڤرغ. ڤرنچيس دالم كاءداءن ڤرغ. ڤمبونوهن براماي-راماي ايت دڤوتوس دان درنچغكن دسيريا, داوروسكن دبيلجيام دغن برسكوغكول دڤرنچيس. سيريا مروڤاكن سبواه كيلغ تربسر اونتور ڤغگانسن. ڤغگانسن تيدق اكن مموسنهكن ڤرنچيد. ڤرنچيس اكن مموسنهكن ڤغگانسن.
Semalam kita tunggu ucapan President Perancis, Francois Hollande, pada kira-kira jam 10 malm (masa Malaysia). Sejak 1848. Hollande mencatat sejarah di sesi bersama Parlimen Perancis. Beliau mengulangi bahawa serangan ngeri Paris adalah tindakan perang. Perancis dalam keadaan perang. Pembunuhan beramai-ramai itu diputus dan dirancangkan di Syria, diuruskan di Belgium dengan bersekongkol di Perancis. Syria merupakan sebuah kilang terbesar untuk pengganasan. Pengganasan  tidak akan memusnahkan Perancis. Perancis akan musnahkan pengganasan.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home