Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Tuesday, January 29, 2013

Suruhanjaya Diraja (RCI) & Imigresen




Suruhanjaya Diraja & imigresen

Suruhanjaya Diraja menyiasat imigresen di Sabah membongkarkan penyelewengan. Peguam Negara mengatakan bahawa Kerajaan akan mengambil tindakan yang sesuai. Rakyat Malaysia hendak mengetahui jenis tindakan yang akan diambil. Sementara itu, ada seruan untuk menubuhkan RCI bagi mengkaji keadaan imigresen di Sarawak dan Semenanjung.



Perubahan adalah kritis

PM YAB Najib menegaskan kepada belia bahawa perubahan adalah kritis dan tidak boleh dielak. Marilah kita melihat semua sektor termasuk perkhidmatan awam, ekonomi dan pendidikan serta fikir secara serius bagaimana perubahan boleh dilakukan. Terdapat 1.46 juta kakitangan kerajaan di Malaysia.

Sunday, January 27, 2013

Memperbaiki keberkesanan penyelenggaraan pangsapuri

Ahli parlimen Kepong menyeru supaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mempertingkatkan keberkesanan penyelenggaraan pangsapuri-pangsapuri, terutamanya Badan Pengurusan Bersama (JMC).

Beberapa tahun ini, bilangan bangunan tinggi termasuk pangsapuri telah menambah. Maka, Kerajaan terpaksa menggubal undang-undang untuk memantau pengurusan bangunan-bangunan ini. Misalnya, setiap pangsapuri dikehendakki menubuhkan JMC: ada penghuni yang membayar sumbangan setiap bulan. Ada yang tidak. Sebab itu, JMC tidak mempunyai wang untuk mengendalikan bangunan.

Blok-blok A, B dan C, Taman Fadason, Jinjang Utara, menghadapi pelbagai masalah, kebocoran tingkat 18, bekalan air dan elektrik, kekurangan tempat letak kereta,jenayah dan kesihatan. Tidak lama lagi, bekalan air dan elektrik akan dipotong semula.

Kami telah memberitahu DBKL mengenai permasalahan tersebut. Kami akan menyusul.

Pada bulan Disember yang lepas,Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang untuk meminda Akta Kerajaan Tempatan, terutamanya untuk memperbaiki JMC. Kami akan memantau setakat mana pindaan tersebut dapat dikuatkuasakan. Adakah DBKL mempunyai keyakinan terhadanya semacam Menteri Perumahan?

Saturday, January 26, 2013

Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC)

Kami telah menyeru supaya diadakan IPCMC di Malaysia. Kini, terdapat kes yang didakwa sebagai pembunuhan seorang pengawal keselamatan, C. Sugumaran, oleh polis pada 23 Mac, 2013. Maka, isu IPCMC timbul semula. Kementerian Dalam Negeri harus memastikan kes ini diselidiki dengan teliti. Salah satu langkah untuk menentukan polis diperlihatkan sebagai adil ialah penubuhan IPCMC.

Selamat Hari Thaipusam.

Selamat Hari Thaipusam.

Friday, January 25, 2013

Lihat semua sektor

BN bercakap mengenai kemenangan dengan majoriti dua per tiga di pilihanraya umum akan datang. Akan tetapi, para pengundi menafsir prestasi Kerajaan di semua sektor termasuk ekonomi dan pendidikan. Selepas analisa, kebanyakan orang memahami tahap kredibiliti Kerajaan meskipun ada dakyah tentang transformasi dan monopoli media tradisionalnya. Semoga rakyat Malaysia membuat keputusan selepas mendapat maklumat yang boleh dipercayai.

Saturday, January 19, 2013

DBKL mestilah memperbaiki keberkesanan pelaksanaan projek

Belajawan 2013 untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur adalah RM2.188 bilion, termasuk RM700 juta untuk pembangunan. Tetapi, kadangkala projek menimbulkan masalah seperti kelewatan, penundaan dan keterbengkalaian. Misalnya, lebih tiga tahun yang lalu, jambatan yang menghubung Taman Emas dan Metro Prima Kepong runtuh. Kami memperbincangkan dengan Jabatan Kerja Awam, DBKL, mengenai jambatan baru. Selepas kelewatan dan lain-lain kekangan, projek jambatan ini hanya mula dilaksanakan pada 16.4.2012 dan disiapkan pada Disember, 2012 dengan kos lebih RM1 juta. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan mengumumkan di parlimen bahawa kosnya RM3 juta. DBKL haruslah menjelaskan tentang perbelanjaan yang sebenarnya.

TNB mestilah memperbaiki perkhidmatannya

Menurut laporan media, keuntungan bersih TNB mungkin RM4.2 bilion. Dalam tempoh 8 tahun ini, ia mengalami kerugian RM168.51 juta kerana kecurian kabel & pada 2010 dan 2011, ia menghadapi perbezaan modal mengimport bahan penggantian tenaga sejumlah RM3.69 bilion. Kononnya, Petronas akan mengganti rugi RM1 bilion. Diharapkan TNB akan menjelaskan angka-angka yang sebenarnya.

Selain daripada keuntungan, TNB mestilah mempertingkatkan perkhidmatannya, termasuk sikap terhadap para pengguna, penafsiran bil yang adil & penanganan masalah pencurian elektrik dengan munasabah.

Friday, January 18, 2013

Peguam Negara & saman AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik)

Penguam Negara menegaskan bahawa mahkamah telah membekukan prosiding terhadap saman AES, tetapi saman itu tidak dibatalkan. Beliau mestilah menjelaskan kepada para pemilik kereta yang menerima saman itu bagaimana mereka hendak mengendalikan hal ini, cocok dengan keadilan kehakiman.

Pendatang didaftar sebagai pengundi Malaysia

Dalam beberapa tahun ini, isu pendatang didaftar sebagai pengundi seringkali dibangkitkan. Kini, Suruhanjaya Diraja mengenai pendatang tanpa izin di Sabah menunjukkan sesetengah pendatang menerima kad pengenalan (KP) biru dalam 10 tahun berada di Sabah pada tahun-tahun lapan puluhan. Mantan Pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah Datuk Abdul Raub Sani mengakui mengeluarkan KP kepada pendatang Islam. Adalah perlu mengadakan Suruhanjaya Diraja di Sarawak dan Semenanjung untuk mengetahui sejauh mana amalan ini dilakukan di seluruh negara.

Thursday, January 17, 2013

SPRM mestilah bebas

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mestilah bebas, seperti menjadi suruhanjaya perkhidmatan. Ia memerlukan lebih ramai kakitangan dan lebih banyak peruntukan kewangan serta pemindaan undang-undang yang berkenaan.

SPRM haruslah menonjolkan imej yang baik untuk memperbaiki persepsi awam. Ia patut menampilkan usaha untuk menangani kes-kes rasuah terutamanya kes-kes yang besar.

Sunday, January 13, 2013

Media dan perasaan & aspirasi rakyat

PM YAB Datuk Seri Najib Abdul Razak menyeru supaya media memain peranan sebagai pengantara yang memaparkan perasaan dan aspirasi rakyat. Kita boleh lihat dengan jelas bahawa sesetengah media tradisional tidak sentiasa melaporkan perasaan dan aspirasi rakyat seperti perhimpunan raksasa di Stadium Merdeka semalam. Miskipun kritikan yang tidak adil akan kerapkali didengar, sebuah kerajaan yang bersih, berkesan, demokratik dan beramanah berikhtiar untuk menggalakkan laporan media yang membayangkan keadaan yang sebenarnya.

Himpunan raksasa adalah bererti

Walaupun sesetengah media tradisional kurang berminat untuk melaporkan perhimpunnan raksasa di Stadium Merdeka semalam, perhimpunan itu adalah bermakna. Ia menunjukkan orang Malaysia mahu sebuah kerajaan bentuk baru yang berupaya menguruskan secara serius isu-isu besar seperti rasuah, ketirisan, birokrasi, kekurangan ketelusan, hutang negara & belanjawan nasional tidak seimbang. Pakatan Rakyat mampu mengambil alih tampuk kerajaan persekutuan daripada Barisan Nasional.

Friday, January 11, 2013

Bekalan Air Di Lembah Klang

Kerajaan Selangor bersedia mengambil alih perkhidmatan bekalan air di Lembah Klang. Isu pam-pam digunakan dengan berlebihan dan paip melencong (by-pass) menimbulkan syak-wasangka rakyat. Mereka hendak mengetahui hakikatnya. Sementara itu, pihak yang berkenaan mestilah memastikan bekalan air yang cukup di Lembah Klang.

Himpunan mestilah aman

Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, esok akan dihadiri oleh rakyat yang berjuang secara aman. Diharapkan polis akan mengawal pihak yang sengaja hendak mencetuskan perak-perandaan. Pihak PR akan mengelakkan dari kegiatan yang bukan aman.

Sunday, January 06, 2013

Standard pendidikan nasional

PM YAB Najib bebual mengenai pengetahuan & standard pendidikan sebagai teras. Miskipun orang ramai hendak menengok peningkatan standard pelajaran, mereka meragui bagaimana beliau dapat mencapai matlamatnya. Apakah langkah untuk menambahbaikkan kualiti perguruan. Mereka tidak mahu kegagalan Projek Pembelajaran & Pengajaran Sains & Matematik melalui Inggeris (PPSMI) diulangi. Kerajaan mebelanjakan lebih RM6 bilion untuk projek ini.

Semoga orang ramai lihat semua bidang

DPM YAB Muhyiddin memuji BN untuk kemakmuran dan keamanan. Semoga para pengundi melihat pelbagai bidang, termasuk, rasuah, ekonomi, pendidikan, sumber manusia, minyak & gas. Mereka hendak mengetahui betapa seriusness birokrasi, ketirisan & hasil dari wang telah dibelanjakan, serta pengurusan belanjawan & hutang negara.

Saturday, January 05, 2013

Lebih bersedia menghadapi bencana

PM YAB Najib menegaskan bahawa banjir luar biasa adalah kena-mengena dengan kepanasan dunia & musim tengkujuh. Terdapat pelbagai malapetaka semula jadi di dunia dengan kerugiannya setidaknya USD487.2 bil. Kita harus mengurangkan faktor-faktor buatan manusia seperti saliran yang kurang. Kita mestilah lebih bersedia untuk menghadapi bencana dan mengurangkan penderitaan rakyat.

Perlu maklumat lebih mengenai KLIA2

PM YAB Najib menyatakan lapangan terbang kos rendah, KLIA2, akan dirasmikan pada 28 Jun, 2013  & kosnya meningkat ke RM3.8 bil. Dahulunya, ia dijadualkan untuk disiapkan lebih awal & kos lebih rendah. Beliau mestilah memberi sebab-sebab  kelewatan & perbelanjaan meningkat.