Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Saturday, July 13, 2013

Kaji bilangan pekerja asing yang menjadi pekerja

Ahli Parlimen Kepong, DAP, Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Kerajaan
mengkaji dengan sedalam-dalamnya bilangan pekerja asing yang menjadi
peniaga.

Kajian ini mestilah juga dibuat di bidang-bidang lain seperti
perladangan dan pengilangan serta dampaknya di Malaysia.

Dalam 20 tahun ini, pelbagai sektor bergantung kepada pekerja asing
dengan izin dan tanpa izin (PADI dan PATI). Walaupun Kerajaan
mengatakan pengupahan pekerja asing adalah amalan sementara sahaja,
tetapi kecenderungan ini merupakan sementara untuk selama-lamanya.
Perkara pokok ini berlaku juga di lain negara.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail menegaskan semasa sesi
soal-jawab di Parlimen bahawa setakat ini bilangan PADI adalah 1.5
juta orang dan bilangan PATI 1.3 juta orang. Ini bukan angka yang
sebenar untuk PATI. Kita tidak tahu keadaan yang sebenarnya. Satu
telahan ialah 4 juta PATI dalam negara dan 1.3 juta hanya di Sabah dan
Sarawak.

Isu pekerja asing adalah rumit. Kita berharap program-program kerajaan
untuk mengurangkan pekerja asing di pelbagai sektor dapat dijayakan.
Sementara itu, orang ramai terus bimbang.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home