Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Wednesday, July 31, 2013

Jangan menyalahgunakan undang-undang

Kerajaan pernah menyalahgunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO). Ia menahan orang tanpa bicara. Orang tahanan tidak boleh menghadap Kerajaan ke mahkamah.
     Sekarang, Kerajaan telah memansuhkan ISA dan EO. Ketika rakyat menghadapi  pelbagai jenayah, termasuk pembunuhan bekas pengasas Am Bank semalam, polis mempercayai bahawa para penjahat yang pernah ditahan bawah EO mengembali ke jenayah berat setelah dilepaskan. Pelbagai sindiket timbul.
     "Kita hendak membangkitkan undang-undang yang sedia ada di sesi parlimen akan datang dengan peruntukan yang boleh menambah kemampuan polis untuk bertindak (terhadap penjenayah)," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib. Kita tidak tahu kuasa tambahan yang akan diberi kepada polis.
     Walaupun Datuk Seri Najib menegaskan bahawa Kerajaan adalah komited kepada pemeliharaan hak asasi manusia, kita menekankan bahawa kuasa tambahan polis tidak boleh disalahgunakan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home