Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Monday, April 06, 2009

Perdana Menteri baru mesti tunjuk keutuhannya

Perdana Menteri baru Datuk Seri Najib Tun Razak mestilah mengesahkan bahawa beliau benar-benar mempunyai keutuhan atau integriti.

Hanya bergantung kepada media dan blog sendiri untuk memaparkan begitu sempurna keperibadian dan jasanya tidak akan mencapai hasratnya.

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw membuat komen terhadap kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam satu interbiu TV3 pada 3 April, 2009. Beliau berkata, " Saya hanya berharap bahawa orang awam mengambil sikap terbuka dan positif ketika menilaikan kepimpinan saya, dan memberi peluang bagi saya menunjukkan kepimpinannya..."

Minggu lepas, Najib telah berikrar menjadi Perdana Menteri yang ke-6 untuk negara ini. Bulan lalu, saya memberitahu beliau di dalam Dewan Rakyat bahawa seorang Perdana Menteri haruslah menjadi negarawan yang mewakili semua lapisan masyarakat termasuk setiap parti politik. Tetapi, pada Februari yang lalu, beliau mewujudkan dwi Menteri Besar dan dwi kerjaaan. Perbuatan ini bukan bersifat negarawan.

Perdana Menteri baru patut menunjukkan beliau adalah terbuka dan positif. Beliau telah dikatakan terlibat dengan pelbagai skandal. Misalnya, di dalam pembelian kapal selam dari Perancis, beliau telah disebutkan sebagai terbabit dengan rasuah RM 500 juta. Beliau mestilah membuktikan bahawa beliau sebenarnya tidak berdosa. Sebuah kapal selam sudah diserahkan kepada Malaysia dan sebuah lagi masih ditunggu.

Najib sudah menekankan bahawa integriti adalah terpenting sekali. Adalah tepat baginya untuk membikin serupa dengan yang telah dicakapkan.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home