Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Friday, April 17, 2009

Kaji semula langkah menangani jenayah

Timbalan Pengerusi DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giiaw menyeru supaya polis mengkaji semula keberkesanan langkah-langkah menangani jenayah termasuk ragut dan samun di seluruh negara terliput Kuala Lumpur.

Kerjasama di antara rakyat dengan polis adalah penting. Adakah Rakankop berkesan? Langkah-langkah seperti rondaan perlu diperbaiki.

Pada 17.4.2009, Dr Tan membuat komen terhadap kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah semalam.

Menurut Datuk Ku, jenayah ragut antara Januari hingga 14 April 2009 mencatatkan 1,206 kes berbanding dengan 606 kes pada tempoh yang sama tahun lepas, iaitu pertambahan 600 kes atau 99% Dalam tempoh yang serupa, kes samun tanpa senjata meningkat dari 1,249 kes hingga 2,254 kes , iaitu 80.5%.

Polis mengerah 400 anggota untuk operasi di bandaraya ini bagi mencegah jenayah, misalnya sekatan motosikal dan pemeriksaan rumah. Semoga operasi ini berjaya.

Sebenarnya, kita perlu memperbaiki bilangan dan keberkesanan anggota polis. Gaji anggota mestilah cocok dengan tugasnya. Kita haruslah menambahkan bilangan anggota dari 90,000 hingga 150,000 seperti yang dirancangkan. Kualiti dan komposisi kaum dalam pasukannya mestilah dipertingkatkan.

Pada tempoh hari, terdapat kes-kes ragut dan samun di Jinjang dan Kepong terliput Kepong Baru. Rondaan polis ditambahkan. Tetapi, para penduduk Kepong Baru melihat bahawa bilangan rondaan sudah kurang sekarang. Selepas satu bulan operasi tersebut akan dinerhentikan. Adakah kes-kes janayah akan kembali ke paras tinggi?

Kita wajib mengkaji semula langkah-langkah yang diambil polis untuk mencegah jenayah, seumpama kerjasama di antara rakyat dengan polis. Kita akan terus memberi perhatian kepada usaha mencegah jenayah.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home