Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Tuesday, April 29, 2008

Dewan Rakyat perlu menyesuaikan dengan suasana baru.

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mengharapkan semua pihak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan baru di Dewan Rakyat, agar isu-isu yang pokok dapat dibincangkan.

Pada 30.4.2008, Dr Tan mengambil bahagian di dalam sesi soal-jawab Dewan Rakyat yang disiarkan secara langsung kali pertama untuk setengah jam. Apa yang berlakunya ialah pertikaian di antara ahli-ahli dengan Yang di-Pertua mengenai peraturan mesyuarat.

YB Bukit Gelugur bermula dengan peraturan mesyuarat tentang angkat sumpah ahli-ahli pada 28.4.2008. Semasa mengangkat sumpah ada sesetengah ahli tidak angkat tangan kanan dengan ketara. Yang di-Pertua menolak bantahan itu, lalu mengatakan beliau telah membuat keputusan untuk menerima sumpah semua 222 ahli.

Setelah YAB Perdana Menteri menjawab langkah-langkah untuk menambah baik kualiti kehidupan, seperti menubuhkan Jawatankuasa Kabinet bagi mengawalkan inflasi, Badan Pencegah Rasuah dijadikan Suruhanjaya dan sebagainya, Yang di-Pertua tidak membenarkan soalan tambahan langsung. Ini menimbulkan riuh rendah. Sesi soal jawab mestilah ada soalan tambahan. YAB PM meminta sekurang-kurangnya satu soalan diizinkan. Barulah Dewan mengembali tenang.

Usik-mengusik di antara ahli berlaku. YB Pasir Mas membangkitkan bahawa YB Bukit Gelugur tidak meminta izin untuk tidak membangun (beliau duduk dalam kerusi beroda kerana sakit). Perkara seumpama ini perlu dielakkan.

Dalam kira-kira satu jam setengah sesi soal-jawab, hanya tiga soalan dibangkitkan. Bermulalah perbahasan menjunjung kasih ucapan titah diraja yang diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong pada 29.4.2008.

Yang di-Pertua mestilah membuat keputusan yang tegas dan bijak mengikut Peraturan Mesyuarat. Semua pihak harus meyesuaikan diri dengan suasana baru Dewan ini.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home