Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Thursday, April 24, 2008

Pemusnahan pokok-pokok di Taman Intan Baiduri Kepong

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru semua pihak supaya mengambil perhatian terhadap penghapusan pokok-pokok di persimpangan Jalan Taman Intan Baiduri dan Jalan Kepong-Selayang pada akhir-akhir ini.

Pada 20.4.2008, Dr Tan melawat tempat kejadian, menyaksikan jentolak merambah pokok-pokok yang usirnya mungkin 100 tahun. Ketika itu, tidak ada papan iklan yang menjelaskan apakah kerja yang sedang dibuat oleh pihak yang tertentu.

Pada tempoph hari, Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) hendak mengadakan Taman Warisan atau Taman Sains Rimba di sekitar pintu masuk ke institut itu. Taman ini adalah berdampingan dengan tempat pokok-pokok ditebang. Tetapi, kegiatan kemusnahan hutan tersebut bukanlah kerja FRIM.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Operasi FRIM, pada satu ketika, kawasan berkenaan adalah di dalam hutan simpan yang merupakan kawasan FRIM, tetapi telah diberikan kepada syarikat luar ketika persempadanan semula.

Kerajaan Selangor haruslah menyiasat perkara ini, agar ia dapat membuat kenyataan yang berasas. Bagaimanakah hutan simpan boleh diserahkan kepada syarikat itu? Apakah langkah-langkah yang akan diambil?

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home