Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Saturday, March 01, 2008

Ceramahs: Dr Tan Seng Giaw

Di Bahagian Pilihanraya Kepong, Dr Tan Seng Giaw, DAP, menentang Lau Hoi Keong, Gerakan (BN).

Sejak 24.2.2008, hari penamaan calon, Dr Tan Seng Giaw telah mengadakan empat ceramah besar dan beberapa ceramah kecil. Ceramah-ceramah yang akan dilangsungkan adalah seperti berikut:

3.2.2008 Padang, Jalan Prima 2, Metro Prima, Batu 7 Jalan Kepong.

5.3.2008 Padang, Jalan Bengkudu, Kepong Baru.

6.3.2008 Padang Besar, Jinjang Utara.

Dr Tan telah membangkitkan isu-isu politik, ekonomi, kebudayaan, agama, pendidikan dan sebagainya. Misalnya, keperluan mengadakan pembangkang yang kuat, perang terhadap inflasi, toleransi agama, pembasmian segala bentuk pelampau dan usaha untuk meletakkan universiti-universiti Malaysia di taraf dunia. Kini, universiti-universiti kita adalah tidak termasuk di dalam 200 universiti yang terbaik di dunia.

Dr Tan Seng Giaw

1 Comments:

At 9:33 PM, Blogger pasbangi3 said...

Jentera PAS Bangi 3 merasa amat kecewa dengan kenyataan YB Lim Kit Siang berhubung perlantikan YAB Menteri Besar Perak.

DAP sepatutnya menggunakan saluran dan kaedah lain bagi menjamin kesetiaan pemimpin dan ahli. Bukan dengan cara memboikot acara angkat sumpah.

Orang Melayu amat sensetif berhubung isu dengan Sultan dan Raja-Raja melayu. DAP boleh mempunyai pendirian berbeza dengan PAS dalam apa juga urusan dan kerja, tapi perlu hormat dan menyanjung tinggi kuasa Sultan.

Sebagai tanda hormat, DAP perlu hadir pada majlis angkat sumpah kerana yang memilih MB adalah Sultan bukan PAS atau UMNO. Sekali lagi, PAS Bangi 3 menyeru semua pemimpin, ahli dan penyokong DAP belajar memmhami urusan kerja dan istiadat rasmi kerajaan.

Jika DAP sendiri sudah tidak dapat memahami apa yang patut dan apa yang tidak patut dibuat dalam masyarakat melayu, maka DAP hanya layak hidup di kelompok bukan melayu sahaja selepas ini.

 

Post a Comment

<< Home