Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Tuesday, March 18, 2008

Timbang tubuh Suruhanjaya Diraja Kehakiman

Timbang tubuh Suruhanjaya Diraja Kehakiman

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Menteri baru di Pejabat Perdana Menteri Datuk Mohd Zaid Ibrahim, yang bertanggungjawab tentang hal ehwal undang-undang, mempertimbangkan dengan serius penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat semua aspek Kehakiman.

Dr Tan menampakkan YAB Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merombak dan mengemaskinikan Kabinet. Bilangan ahli telah dikurangkan dari 90 kepada 68 dan jawatan setiausaha parlimen telah dibatalkan.

Pilihanraya umum 8 Mac, 2008 melihatkan majoriti Barisan Nasional telah dikurangkan dari 2/3 di Parlimen: BN 140 anggota dan Pembangkang 82. Pembangkang telah mengambil lebih 40 tahun untuk mencapai matlamat ini. Trend ini adalah sihat. Pengemaskinian Kabinet juga adalah ke arah yang betul.

Datuk Mohd Zaid Ibrahim mengepalai firma peguam yang terbesar di negara, terutamanya bidang korporat. Kita berharap beliau dapat memberi nafas baru kepada Kehakiman, seperti menyebarkan nama baiknya di dalam dan luar negara. Mudah-mudahan perkara-perkara seumpama cerita siasatan pita video Lingam yang mencatatkan seorang peguam menulis keputusan perbicaraan bagi hakim tidak akan berulang.

Suruhanjaya Diraja pita video Lingam mempunyai hak-hak batasan; kita sedang menunggu laporannya. Sementara itu, kita pandang kelemahan-kelemahan di Kehakiman ketika siasatan dijalankan di mahkamah tinggi.

Zaid Ibrahim pernah meluahkan pendapat mengenai Kehakiman di Parlimen sesi yang lalu. Kita mempercayai bahawa beliau perlu mengetahui hal kehakiman dari semua sudut. Beliau mestilah mempertimbangkan dengan benar-benar pembentukan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat Kehakiman.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home