Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Friday, September 23, 2016

Kenderaan berat di Malaysia

Tiga hari ini, dua murid mati dan seorang cedera parah dilanggar kenderaan di hadapan sekolah mereka di Perak, Terengganu dan Melaka. Jabatan Keselamatan Jalan Raya mengemukakan syor melarang kenderaan berat melalui kawasan sekolah waktu sekolah paling sibuk. Ada pelbagai peraturan seperti melarang kenderaan berat memasuki pusat bandar dan kelajuan di lebuhraya. Yang terpentingnya penguatkuasaan yang berkesan dan kerjasama semua pihak.

تيگ هاري اين، دوا موريد ماتي دان ساءورڠ چدرا ڤاره دلڠگر كندراءن دهادڤن سكوله مريك دڤيرق، تريڠگانو دان ملاك. جابتن كسلامتن جالن راي مڠموكاكن شور ملارڠ كندراءن برت ملالوءي كاواسن سكوله وكتو سكوله ڤاليڠ سيبوك. اد ڤلباگاي ڤراتورن سڤرتي ملارڠ كندراءن برت مماسوقي ڤوست بندر دان كلاجوان دلبوهراي. يڠ ترڤنتيڠڽ ڤڠواتكوساءن دان كرجاسام سموا ڤيهق.

ت

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home