Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Thursday, June 12, 2014

Pengasingan sampah

Pengasingan sisa pepejal (sampah) kepada pelbagai jenis adalah penting. Ini memudahkan pengendaliannya. Tapak pelupusan sampah sanitari boleh menerimanya dengan lebih senang. Insinerator hanya boleh berfungsi dengan berjaya jika sampah diasingkan.
     Adalah susah untuk melihat amalan pengasingan sampah di Malaysia. Misalnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur belum menyediakan kemudahan untuk mengasingkan sampah. Di negara-negara maju seperti Jepun, Sweden dan Australia, amalan ini diperlihatkan. Berapa tahun diperlukan untuk mencapai tahap ini? 20 tahun?
      Kerajaan hendak negara ini mencapai tahap negara maju pada tahun 2020. Bilakah pengurusan sampah boleh meningkat ke peringkat dunia?
    

0 Comments:

Post a Comment

<< Home