Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Monday, January 20, 2014

Visi pendidikan dan kursus latihan

Malaysia memerlukan sistem pendidikan yang baik. Setiap Menteri Pendidikan cuba meninggalkan satu pelan bermula dengan Penyata Razak pada 1956 dan kini Pelan Muhyiddin 2013. Visinya ialah mencapai tahap dunia dalam 15 tahun, iaitu pada 2028.
     Hari ini, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin menyampaikan visi di Forum Pendidikan Dunia, London. Visi dan aspirasi yang terkandung dalam Pelan Pendidikan adalah hebat. Sementara itu, Menteri Pendidikan 11 Dato' Seri Idris hendak melatih 9000 guru untuk memperbaiki bahasa Inggerisnya. Adakah kursus-kursus ini benar-benar berkesan?
     Sebelum 2011,Kerajaan membelanjakan RM8 bilion untuk melaksanakan projek Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematiks dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Guru-guru menyertai banyak kursus. Tetapi, PPSMI tidak berjaya.
     Adakah kursus-kursus pendidikan di Malaysia berbeza dengan kursus-kursus di Armenia, Australia, Canada, Korea Selatan, Singapura dan Amerika Syarikat? Kita berkehendakkan kursus-kursus yang berkesan, cocok dengan visi pendidikan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home