Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Thursday, June 06, 2013

Pindaan undang-undang siber

Dunia Internet atau siber berkembang. Pelbagai peristiwa boleh berlaku. Ada yang baik. Ada yang buruk. Yang baik dipelihara dan yang buruk dielakkan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia YB Shabery menegaskan kajian undang-undang adalah holistik, bukan berteraskan politik. Kita berharap langkah Kerajaan adalah untuk kebaikan.

Sebahagian besar pengguna Internet memang bertanggungjawab. Hanya golongan yang kecil yang menyalahgunakan kemudahan siber seperti penggodam, penghasut dan pembohong. Undang-undang dan penguatkuasaan yang berkesan adalah untuk mengatasi golongan kecil ini.

Penyalahguna siber mempelbagaikan kegiatannya. Langkah yang efektif sentiasa diperlukan untuk menghadapi cabaran ini. Semoga langkah dan undangnya tidak disalahgunakan terhadap aktiviti yang sihat.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home