Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Wednesday, May 15, 2013

Langkah berkesan mencegah tebing sungai runtuh

Terdapat dua blok 17 tingkat kondominium, Mutiara Magna, di tepi Sungai Keroh. Bertentangan dengannya ada seblok 17 tingkat unit-unit rumah kos rendah. Setakat ini, ada sekurang-kurangnya 7,000 penghuni.


Pada akhir ini, Jabatan Pengairan dan Saliran melaksanakan projek Kehidupan Sungai. Tiba-tiba, tebing sungai runtuh.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Pengairan dan Saliran mestilah sentiasa berwaspada, dan mengambil langkah-langkah berkesan untuk mencegah kejadian tebing runtuh. Kuala Lumpur mempunyai jumlah 120 Km sungai utama dan 330 Km parit besar.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home