Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Tuesday, September 25, 2012

Filem The Innocence of Islam menghina

Amerika Syarikat mengizinkan filem The Innocence of Islam. Ini menyebabkan bantahan seluruh dunia dengan pengorbanan nyawa. Kebebasan bersuara tidak sepatutnya mewujudkan provokasi yang mengakibatkan reaksi yang ganas.

Hari ini dari Jam 4.30 petang hingga 5.30 petang, Dewan Rakyat membahaskan usul di bawah Peraturan 18(1) untuk mengutuk filem tersebut. Kita menyokong usul ini.

Kita tidak menyokong kenyataan atau kegiatan yang menghina sebarang agama. Kita mestilah mencegahkannya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home