Triti Perdagangan Senjata Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu, PBB.
PBB telah gagal mendapat persetujuan anggotanya mengenai Triti Perdagangan Senjata. Industri senjata adalah lebih USD60 bilion setahun. Adalah sukar untuk mengawal perdagangan senjata.
PBB telah gagal mendapat persetujuan anggotanya mengenai Triti Perdagangan Senjata. Industri senjata adalah lebih USD60 bilion setahun. Adalah sukar untuk mengawal perdagangan senjata.
SPR mengakui pengabaian yang lepas menyebabkan kecurangan dalam daftar pemilih seperti para pemohon tidak memberi alamat yang lengkap. Ia mestilah bekerja dengan lebih kuat untuk mengenalpastikan kelemahan-kelemahan dan memperbetulkannya. Semua prosedur pilihanraya haruslah adil dan munasabah.
Upacara pembukaan Petandingan Olimpik adalah terhangat. Ramai menonton keistimewaannya. Setiap atlet Malaysia yang mememperolehi pingat emas akan mendapat RM1 juta dan pencen RM5,000 sebulan. Semoga mereka bertungkus-lumus mengejar kejayaannya.
Olimpik 2012, Kepulauan Ajaib, mempunyai peryertaan 204 negara dengan 11,000 orang atlet termasuk 30 dari Malaysia. Kita akan menyaksikan peristiwa sukan yang paling besar di bumi malam ini. Kita berharap atlet Malaysia akan berikhtiar dengan sedaya upaya.
Pada akhir ini, banjir di Beijing menyebabkan 77 kematian & kerugian yang dasyat. Datuk Bandar bandaraya itu telah meletak jawatannya. Kita menunggu laporan kajian Kerajaan China mengenai punca banjir. Kita mengharap Malaysia berikhtiar dengan sedaya upaya mencegah banjir di negara ini secara berkesan.
YB Dr Wee mengatakan bahawa Sekolah Persendirian Cina Kuantan telah diluluskan. Kita hendak mengetahui secara terperinci syarat-syarat akan dikenakan.
Norway telah melangsungkan upacara memperingati 77 mangsa yang dibunuh oleh seorang fanatik. Orang Malaysia perlu berjaga-jaga selalu terhadap segala bentuk ekstremisme. Kita tidak mahu tragedi Norway berlaku di negara ini.
Tiger Woods, pemenang kejohanan golf major 14 kali sedang memulih dari kekangan. Selepas menjuarai tiga petandingan tahun ini, beliau sedang menunjukkan taringnya di Pusingan Kedua Kejohanan Terbuka British. Adakah beliau akan memenangi Major yang ke-15?
Menteri YB Hisham menyebut bahawa tindakan akan diambil jika penyusupan pengganas mengancam keselamatan. Selepas dakwaan Cawangan Khas mengenai penyerapan pengganas dalam PR, YB Hisham tidak mengeluarkan bukti. Apakah tindakan selanjutnya?
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Tan Sri Mahmood Adam berkata dari 2009 hingga 2011, 1.1 juta pemohon telah dihantar untuk bekerja bagi Kerajaan Persekutuan;orang China dan India adalah hanya 2% masing-masing. Kerajaan mestilah adil. Rakyat dari pelbagai bidang haruslah berusaha dengan lebih.
Menteri YB Hisham tidak boleh mengesahkan dakwaan seorang pegawai Cawangan Khas mengani PR disusup masuk pengganas. PR menentang terrorisme. Beliau mestilah menyiasat pegawai berkenaan, lalu mengambil tindakan yang sewajarnya.
TPM YAB Muhyiddin telah melancarkan audit bahasa di enam sektor pada mulanya, seperti perkhidmatan awam, perdagangan dan perbankan. Beliau mestilah menjelas dengan teliti audit bahasa yang dimaksudkan dan bagaimana beliau dapat mempopularkan BM. Beliau haruslah memberitahu sama ada projek ini berdasarkan kepada konsep Orang Malaysia Diutamakan.
Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia telah dilaporkan sebagai berkata bahawa perbuatan memutar belit adalah berguna untuk menyerang bangkangan kepada BN. Kami tidak tahu sama ada semua orang di bidang media setuju dengan pendapat ini. Sebaliknya, kami telah diberitahu bahawa para pemberita mempunyai kod etika dan nilai. Semoga laporan media adalah berdasarkan kepada hakikat.
副首相兼教育部长要提高国语的应用,在六个领域强制语言审计,诸如政府部门,银行,商场和教育界。在多种语言的世界,提高国语的程度和使它普遍化,是复杂 的。我们屡次在国会询问教育部长,有关全马学校国语教师的程度。他还未说明如何有效地提升国语教师的素质。除了语文审计,他必须全面调查大马国语教师的程 度。
YAB Muhyiddin hendak mempertingkatkan penggunaan Bahasa Malaysia (BM) dengan mengadakan audit bahasa pada peringkat awal di enam sektor seperti jabatan awam, perbankan, perdagangan dan pendidikan. Dalam dunia berbilang bahasa, usaha menaikkan standard dan populariti BM adalah rumit. Kami seringkali menyoal Menteri Pelajaran mengani standard guru-guru BM di sekolah-sekolah. Beliau belum lagi memberitahu bagaimana memperbaiki kualiti guru-guru dengan berkesan. Selain daripada audit bahasa, beliau seharusnya mengkaji standard guru BM dalam negara.
Menteri Dalam Negeri YB Datuk Sri Hisham mengatakan bahawa pihak polis akan menggunakan langkah-langkah untuk mencegah jenayah di jalan ke atas jenis jenayah yang lain. Orang ramai berkehendakkan langkah-langkah yang benar-benar berkesan terhadap jenayah.
Mangsa jenayah, waris & kawannya mempercayai bahawa kadar jenayah telah menigkat. Laporan media mencatat mantan Ketua Polis Tan Sri Musa sebagai mengesyaki pihak berkuasa tidak menyebut hakikat mengenainya. Ketua Polis Tan Sri Ismail mengatakan kadar jenayah tidak boleh dikaitkan para tahanan Ordinan Darurat dibebaskan. Maka pihak polis mestilah mengemukakan apa yang benar tentang jenayah di Malaysia.
Malaysia memaju ke depan. Ia memerlu perbelanjaan yang banyak untuk bidang kesihatan. Tetapi, wujudnya kelemahan- kelemahan dalam perkhidmatan ini seperti salah pengurusan sektor penyelidikan, asuhan bakat dan pembelian alat kelengkapan. Publisiti yang baik tidak akan menutupi kecacatan-kecacatannya.
Hari ini, PM YAB Najib menasihat generasi muda supaya berfikir secara kritikal dan dapat membezakan dalam media sosial apa yang palsu dan apa yang tulen. Sebenarnya, Internet dan lain-lain jenis media memuatkan benda-benda yang baik dan buruk. Kita mempercayai bahawa rakyat boleh mempertimbangkan kenyataan-kenyataan PR dan BN di pelbagai media, dengan menggunakan fikiran yang matang untuk mencari kebenaran.
Pada tempoh hari, bekalan minyak masak di pasaran dikatakan adanya kekurangan, terutamanya minyak bungkusan lima kilo. Setiap tahun, Kerajaan Pusat memberi subsidi minyak masak kira-kira RM1.6 bilion. Ia mestilah mengkaji keadaan kilang minyak masak dan pasaran, lalu mengambil tindakan yang adil dan berkesan, agar bekalannya adalah cukup, khasnya ketika musim perayaan.
Terdapat 83,000 pelajar Tingkatan VI dan 26,000 pelajar Pra-Universiti di Malaysia. Ini memang menimbulkan perasaan yang anih, terutamanya mengenai standard kedua-dua golongan ini. Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin mestilah memberitahu bagaimana beliau dapat menggabungkan sistem pra-universiti ini dengan adil kepada semua pihak.
Kerajaan membelanjakan wang rakyat termasuk subsidi & bantuan. Hari ini, PM YAB Najib mengatakan parti-parti pembangkang mengajar orang ramai 3 perkara: hutang tak perlu dibayar, budi tak perlu dikenang & janji tak perlu ditepati. Rakyat boleh tengok cara BN menguruskan perkara-perkara pokok seperti hutang Kerajaan Persekutuan RM456.1 bilion, aset pelaburan KWSP RM469.22 bilion, skandal Pelabuhan Klang, PKFZ RM12.5 bilion, dan skandal pusat lembu, NFC, RM250 juta. Orang ramai boleh melihat prestasi Kerajaan PR di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang & Selangor.
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Tan Sri Mahmood Adam telah dipetik sebagai mengatakan bahawa beliau tidak tahu sebab orang Cina tidak mahu menjadi kakitangan kerajaan. Di China, Taiwan, Hong Kong dan Singapura, soal ini tidak timbul. Tan Sri boleh mencari jawapannya. Di bawah sistem yang adil dan saksama, terdapat orang Cina yang hendak menjadi pekerja awam, polis dan tentera.
Menurut Menteri Kewangan YB Datuk Seri Husni, harga petrol RON 97 dikurangkan 10 sen kepada RM2.80 seliter. Ini adalah kerana harga minyak dunia telah turun sedikit. Adakah ini bermakna harga jenis petrol lain dan diesel akan diturunkan juga?