Pengurusan pangsapuri dengan para penghuni
Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menekankan bahawa Kerajaan mestilah memantau keadaan pengurusan pangsapuri awam dan swasta untuk memastikan para penghuni tidak hidup dalam suasana yang teruk.
Dr Tan akan membangkitkan perkara ini ketika berdialog dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur petang ini. Misalnya, pangsapuri kos rendah di Metro Prima Batu 7 Kepong sedang menghadapi kesusahan. Adalah dikatakan 40% tidak membayar bil air. Tetapi, bila pihak yang berkenaan memotong air, 60% yang bayar juga menghadapi masalah air. Pelbagai masalah seperti sampah, lif, sambungan unit dan pengkhianatan timbul.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) haruslah mengambil tindakan jika didapati pengurusannya tidak berkesan.
Bandaraya-bandaraya di seluruh Malaysia melihat permasalahan pengsapuri yang sama, terutamanya di Kuala Lumpur. Menurut DBKL, pada 2004 terdapat 129,000 setinggan di 220 kawasan. Kerajaan telah membuat beberapa pengumuman untuk menghapuskan kawasan setinggan termasuk pada 2005. Matlamatnya belum tercapai. Sesetengah setinggan ditempatkan di rumah panjang untuk sementara sahaja, yang menjadi selama-lamanya. Kerajaan membina pangsapuri. Sejak 2001, Program Perumahan Rakyat (PPR) dibina dengan subsidi. Kadar sewanya RM124 seunit. Permintaannya tinggi.
Pihak swasta berkecimpung di dalam pembangunan kawasan-kawasan setinggan. Salah satu syaratnya ialah mendirikan pangsapuri untuk setinggan. Syarikat swasta enggan mengadakan pangsapuri kos rendah kerana seunit dijualkan hanya RM30,000-40,000. Ada yang mewujudkan pangsapuri seumpama di Metro Prima tersebut. Tetapi, pengurusannya kurang memuaskan. Sesetengah penghuni tidak bekerjasama.
Walaupun pengurusan PPR boleh dipertingkatkan lagi, ia adalah lebih baik dari sesetengah pangsapuri swasta. Meskipun disebutkan swasta, DBKL terlibat juga.
Dr Tan Seng Giaw
0 Comments:
Post a Comment
<< Home