Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Thursday, September 07, 2006

Amalkan etika dan integriti

Sambungan ucapan Timabalan Pengerusi DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw ketika mengambil bahagian di dalam perbahasan Undang-undang Perbekalan (Bajet) 2007 di Dewan Rakyat pada 7.9.2006.

Dari Pulau Tambun ke Pekan,
Menggunakan tenaga nelayan;
Tekun dan sabar asas kejayaan,
Rajin dan usaha kesenangan.

Bolehkah Kerajaan merangsangkan rakyat semua kaum tekun dan rajin untuk menjayakan Misi Nasional? Misi ini adalah berlandaskan kepada peningkatan nilai ekonomi, keupayaan pengetahuan dan kualiti hidup, menangani ketidakseimbangan sosioekonomi dan mengukuhkan keupayaan institusi.

Amalkan etika dan integriti

Kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) disemua kementerian, jabatan,dan agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri di dalam dua tahun ini. Pelan Integriti Nasional (PIN) digubal dan Institut Integriti Malaysia (IIM) ditubuhkan.

YAB megatakan bahawa pelancaran PIN dan penubuhan Institut ini akan menjadi pendorong terbesar ke arah pencapaian matlamat gerakan pemantapan integriti. Kesemua ini akan membolehkan Malaysia secara teratur melangkah ke hadapan untuk mencapai cita-cita menjadi sebuah masyarakat maju menurut acuan sendiri, serta membinanya menjadi lebih cemerlang, gemilang, dan terbilang.

PIN mensasarkan Tekad 2008 untuk mengurangkan gejala rasuah, meningkatkan kecekapan, tadbir urus korporat dan etika perniagaan, kualiti hidup dan memantapkan institusi keluarga. Adalah diharapkan ahli-ahli parlimen mendahului semua sektor untuk menghayati dan meangamalkan TEKAD 2008.

Ahli-ahli parlimen haruslah membantu PIN mewujudkan mekanisme menyeluruh untuk melibatkan sektor-sektor seumpama sektor swasta, parti politik, pertubuhan bukan kerajaan, agama, media, wanita, belia dan pelajar dalam gerakan pemantapan integriti secara bersepadu.

Dalam dua tahun ini IIM telah menganjurkan hampir 800 program di seluruh negara. Saya berharap program-program ini diadakan juga di sekolah-sekolah dan institusi-institusi perguruan. Menurut IIM, ia sedang menubuh cawanga-cawangan di peringkat negeri, menerbitkan bahan bacaan ilmiah dalam pelbagai bahasa, melibatkan agensi dunia seperti United Nations Development Programme (U.N.D.P.) dan membangunkan satu Indeks Integriti Nasional yang dimulakan di negeri Perak. Langkah-langkah ini adalah preventif. Jeremy Pope dari UNDP sedang menolong IIM menggubalkan Malaysian Integrity Source Book.

Profesor Datuk DR Syed Hussein Alatas, seorang tokoh intelektual, tidak mengambil berat indeks itu. Beliau berkata:

“Pemimpin kalau bersungguh-sungguh hendak berjihad menentang rasuah mesti bersedia untuk mati syahid politik. Kalau tidak bersedia, bagaimana hendak berjihad membanteras rasuah?”

Laporan IIM perlu dikemukakan di parlimen untuk perbahasan setiap tahun.

Langkah punitif ialah Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang menyiasat lalu membawa kes-kes rasuah ke mahkamah. Isu keberkesanan BPR mewujudkan kontroversi. BPR haruslah bebas. Kita sentiasa mencadangkan supaya dijadikan BPR hanya bertanggungjawab kepada parlimen, bukan kepada Jabatan Perdana Menteri seperti sekarang.

1 Comments:

At 5:44 PM, Blogger MYBIDON said...

rasuah dan yuran perkhidmatan amat rapat...bagai mana nak beza n rakyat nak sedar

 

Post a Comment

<< Home