Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Thursday, March 23, 2006

Atasi kelemahan projek-projek kerajaan seperti MRR2

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mendesak Kerajaan supaya mengambil iktibar kelemahan-kelemahan Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK8)seperti cerita panjang keretakan Jejambat Kepong (Middle Ring Road 2, MRR2).

Bentangkanlah laporan lengkap MRR2 di Parlimen di mana pada 31 Mac, 2006, Kerajaan akan membentangkan RMK9.

Komen Dr Tan mengenai pemasangan waktu malam rangka keluli bagi 31 tiang melintang MRR2 mulai hari ini, 24 Mac, 2006 selama tiga malam. Dr Tan akan berada di jejambat itu pada jam 10 malam ini.

Pada 22 Mac, 2006, sekali lagi Dr Tan membangkitkan cerita panjang MRR2 di Dewan Rakyat.
Pada Januari, 2005, konsultan British menyeru supaya Jabatan Kerja Raya (JKR) mengadakan kerja kalis air di jejambat itu dengan segera. Tetapi, JKR barulah berbuat demikian selepas 14 bulan seruan tersebut. Keretakan bertambah buruk. Peletupan dan kerutuhan boleh berlaku.

Pada 2 Februari, 2006, Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu terpaksa membawa isu ini ke YAB Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengumumkan keesokan hari kerja bermula untuk memperbaiki keretakan tiang-tiang jejambat berkenaan. Kos anggaran konsultan British ialah RM18 juta. Dua menggu kemudian, JKR melobi untuk menggunakan kosultan Jerman dengan jumlah perbelanjaan RM40 juta.

Ikhtisar ucapan Dr Tan mengenai MRR2 adalah seperti berikut:

"Penekanan ke atas pendidikan di RMK8 adalah betul. Tetapi, kelemahan-kelemahannya juga ketara seperti pembaziran, kekurangan tender dan pemantauan tidak bertaraf dunia.

Misalnya keretakan 31 tiang MRR2 di Kepong membongkarkan masalah di Unit Perancang Ekonomi, Kementerian Kewangan dan konflik di JKR. Kegagalan rekabentuk (design fault) dan perlantikan sekurang-kurangnya lapan konsultan asing membingungkan. Menteri Kerja Raya hendak konsultan British dengan belanja RM18 juta untuk memperbaiki keretakan. Sebaliknya JKR mahu konsultan Jerman dengan perbelanjaan RM40 juta. Menteri menang pusingan pertama melalui YAB PM dan JKR menang pusingan kedua menerusi Kabinet. Yang kalahnya rakyat. Yang hilang jutaan ringgitnya orang awam.

Kerajaan haruslah membentangkan laporan kisah panjang MRR2 di Dewan ini dengan seberapa segera. "

0 Comments:

Post a Comment

<< Home