Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Friday, April 19, 2013

Pentadbiran & perkhidmatan DBKL perlu diperbaikki

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin mengatakan bahawa Barisan Nasional membela warga kota Kuala Lumpur. Sebaliknya, Pakatan Rakyat menekankan bahawa pentadbiran & perkhidmatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur perlu diperbaikki termasuk Datuk Bandar dipilih oleh rakyat.

Tuesday, April 16, 2013

Ketirisan dan transformasi

Perdana Menteri Datuk Seri Najib menubuhkan Pasukan Transformasi BN bagi menterjemah perkhidmatan bakti kepada rakyat. Warga Malaysia adalah prihatin kepada projek-projek termasuk program ekonomi bernilai RM444 bilion. Pasukan tersebut haruslah menerangkan jumlah perbelanjaan, prestasi dan ketirisan projek-projek itu.

Sunday, April 14, 2013

Tengok kesihatan seseorang

Kebolehan seseorang bergantung kepada kesihatan,  bukan umur sahaja.
Deng Xiaoping menjadi pemimpin tertinggi China pada umur 74. Beliau menerajui 4 modenisasi dan meninggal pada usir 91. Lim Kit Siang bertanding di kawasan parlimen Gelang Patah pada umur hanya 73.

Friday, April 12, 2013

Transformasi dalaman kerajaan atau perubahan kerajaan sama sekali

Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengulangi bahawa transformasi dalaman Kerajaan adalah cukup baik, tidak perlu perubahan Kerajaan sama sekali. Semoga pada 5 Mei, 13 juta pengundi Malaysia akan membuat pilihan untuk jenis perubahan Kerajaan yang dikehendaki.

Wang, maruah dan penghormatan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib menyebutkan bahawa maruah dan penghormatan tidak boleh dibeli. Prinsip atau nilai ini adalah sejagat termasuk untuk helah memancing undi.

Monday, April 08, 2013

Rekod BN terhadap rasuah

Perdana Menteri Datuk Najib telah disebutkan sebagai mengatakan bahawa jika dipilih semula beliau akan mencegah rasuah. Dalam empat tahun ini, rakyat mempunyai peluang untuk menafsirkan tindakannya terhadap rasuah.

Sunday, April 07, 2013

Keadilan & kebaktian?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib berpesta pora menegaskan prinsip keadilan & kebaktian manifesto BN selama lebih satu jam, diikuti dengan ulasan dan ulang tayang peristiwa itu. Sebaliknya,  PR ditawar 10 minit untuk mengemukakan manifestonya. Prinsip tersebut hilang sama sekali.

Perkhidmatan berbakti

Datuk Seri Najib menjelaskan prinsip berbakti dalam manifesto BN. Tiga minggu yang lepas PR sudah mengemukakan  manifestonya. Orang Malaysia boleh menengok kedua-dua manifesto tersebut untuk mengetahui sama ada PR lebih mampu memberi perkhidmatan berbakti atau  sebaliknya.

Saturday, April 06, 2013

Bandingkan dasar PR dan dasar BN

Malam ini, Perdana Menteri menyifatkan manifesto sebagai aku janji. 3 minggu lalu, PR mengemukakan manifestonya dengan dasar di pelbagai bidang. Rakyat membanding dasar PR dan dasar BN sebelum membuat keputusan.

Friday, April 05, 2013

Bantu warga Malaysia di luar negara mengundi

Terdapat lebih 700, 000 warga Malaysia di seberang laut. Kini,  hanya 6, 298 orang mendaftarkan sebagai pengundi pos. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mestilah membantu mereka membuang undi, sambil menunjukkan bahawa ia tidak memihak sebarang parti politik.

Thursday, April 04, 2013

SPR mestilah memperbaiki lamannya yang rosak

Media melaporkan bahawa laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah rosak. Ini menjejaskan warga Malaysia di seberang laut mendaftarkan sebagai pengundi. SPR mestilah memperbaiki laman webnya dengan secepat mungkin,  agar mereka dapat membuang undi di pilihanraya akan datang.

Wednesday, April 03, 2013

Sistem dwi parti, misalnya PR mengganti BN.

Sistem dwi parti, misalnya PR mengganti BN

Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengatakan angin perubahan di Malaysia boleh mewujudkan politik polarisasi. Kita mempercayai bahawa politik negara ini sedang menuju ke arah sistem dwi parti yang sihat. Memandangkan rakyat berasa Kerajaan BN telah melakukan benda yang tidak baik di beberapa bidang termasuk rasuah, rakyat boleh memilih PR. Dengan sokongan para pengundi, PR boleh menjadi Kerajaan Persekutuan. Jika mereka mendapati PR melanggar hasratnya di masa depan, mereka boleh mendukung BN.

Tuesday, April 02, 2013

Suruhanjaya Pilihanraya mestilah diperlihatkan adil


Suruhanjaya Pilihanraya mestilah diperlihatkan adil

Kita berharap Suruhanjaya Pilihanraya diperlihatkan adil untuk mengadakan Pilihanraya Umum yang ke-13 setelah Perdana Menteri membubarkan parlimen hari ini. Kita menanti-nanti semua yang terlibat akan menjalankan kempen secara aman dengan mematuhi prinsip kedaulatan undang-undang .