Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Monday, June 21, 2010

Menggunakan peruntukan RMKe10 RM230 bilion dengan baik?

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mendesak supaya Kerajaan Pusat menggunakan peruntukan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe10) sejumlah RM230 bilion dengan berkesan, berprestasi tinggi.

Kita mestilah mengelakkan penyelewengan dan pembaziran.

Dr Tan mengambil bahagian di dalam perbahasan RMKe10 (2011-2015) pada 21.6.2010. Ramai ahli parlimen belum menyertai perbahasan ini. Sebab itu, Yang di-Pertua menghadkan setiap ahli berucap dalam masa 10 min.

Buku RMKe10 mempunyai kulit yang hijau muda dan mengandungi bahasa yang cantik seperti aspirasi Program Transformasi Kerajaan dan Model Baru Ekonomi yang berteraskan pendapatan tinggi,keterangkuman dan kemampuan. Ia adalah dipenuhi dengan kata-kata dasar, tetapi tidak ada butiran projek-projek. Khabarnya, projek-projek yang sebenar akan diketahui pada September 2010. Kami berharap Kerajaan membikin seperti bercakap.

Umumkan butiran projek-projek

Pada tempoh hari, Menteri Kerja Raya Dato' Shaziman Abu Mansor menyebutkan bahawa di bawah RMKe9, JKR merancangkan 3,737 projek dan 1,673 projek telah terbengkalai. Ia akan dipulih dalam tempoh RMKe10. Kami berharap pihak berkuasa boleh memberitahu bahawa di bawah RMKe9 bilangan projek yang telah disiapkan dan bilangan yang terbengkalai, jumlah peruntukan asal dan perbelanjaan yang muktamad.

Kami akan menyusuli perkembangan projek-projek RMKe10 serta di bawahnya wang pembangunan RM230 bilion.

Kejayaan sesuatu projek adalah berdasarkan kepada pelbagai faktor seumpama jenis tender, kebolehan kontraktor,bahan binaan, skop teknikal, penyelewengan dan iklim.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home