Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Sunday, April 11, 2010

Laporan program bekerja dari rumah

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Kerajaan Pusat mengumumkan laporan Program Bekerja Dari Rumah secara percubaan yang melibatkan 39 kakitangan Kementerian Kerja Raya.

Sesetengah negara dan korporasi antarabangsa sudah mengamalkan program tersebgut. Mereka mempunyai cara yang tertentu. Apakah cara atau model yang sesuai untuk alam sekitar Malaysia?

Pada 12.4.2010, Dr Tan menanya soalan tambahan mengenai program itu. YB Dungun Matulidi Jusoh membangkitkan soalan asal. Menteri Kerja Raya YB Tampin, Shaziman Abu Mansor, menjawab. Idea ini digalakkan oleh Perdana Menteri YAB Najib.

Shaziman berkata bahawa program ini bermula dari 1.1.2010 hingga 31.3.2010. Dengan kawalan ketat, produktiviti telah dinaikkan dari 30% kepada 85%. Nampaknya dua atau tiga orang berasa bosan dan satu isteri tidak mahu suami bekerja dari rumah.

Adalah baik jika menteri tersebut boleh mengumumkan laporan program ini dengan secepat mungkin. Terdapat lebih 1.2 juta kakitangan kerajaan di Malaysia. Bilakah program ini dapat dilaksanakan cocok dengan suasana negara ini?

Satu kelebihan dari program ini ialah penjimatan sewaan ruang kerja. Jika seorang pekerja memerlukan ruang kerja seluas 5 meter per segi dengan RM40 wang sewa setiap meter per segi, maka seseorang membelanjakan RM200 sebulan. Jumlah untuk 39 orang adalah RM 7,800.

Kakitangan yang beerja dari rumah boleh dipantau melalui pelbagai cara. Semoga cara yang sesuai bagi negara ini dilaksanakan.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home