Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Thursday, April 15, 2010

Lantik pegawai kanan untuk menyiasat kes penderaan kanak-kanak.

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mengulangi bahawa pegawai inspektor keatas dilantik untuk menyiasat kes-kes penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi.

Pada 15.4.2010, Dr Tan mengulas tentang satu kes lagi kematian kanak-kanak perempuan yang disyaki didera bapa tiri.

Di Malaysia, kita akan terus melihat kes-kes penderaan kanak-kanak dan pembuangn bayi. Semua rakyat mestilah perihatin.

Pada 15.4.2010, Dr Tan merujuk kepada laporan media mengenai seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati disyaki didera bapa tirinya. Bonda dan bapa tirinya telah ditahan polis mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Lee Swee Hui, dari Pangsapuri Bayu, Taman Bukit Serdang di sini, dipercayai didera lelaki berusia 27 tahun itu.

Lee atau panggilan manjanya, Jasmine, dibawa ke Poliklinik Komuniti Seri Kembangan di sini pada jam 7.45 pagi semalam oleh bapa tirinya.

Laporan media mencatatkan bahawa pada 25 Februari lalu, Syafia Humairah Sahari, juga tiga tahun, meninggal dunia dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya di Taman Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali.

Seminggu selepas itu, K Haresvarren, 18 bulan, meninggal dunia juga akibat didera dipercayai oleh suami pengasuhnya di Kayu Ara, Damansara dekat sini.

Jika penderaan kanak-kanak di ketahui orang yang tidak bersedia untuk mengambil tindakan, maka mangsa akan terus menderita. Kalau dinampak oleh orang yang sanggup mengamil tindakan, maka mangsa akan diselamatkan.

Sekiranya, penderaan tidak menyebabkan kematian dan tidak disedari oleh orang yang sungguh prihatin, maka mangsa akan terus menangis entah berapa lama. Apakah bilangan kes yang tidak diketahui?

Kerajaan haruslah melantik pegawai kanan, inspektor ke atas, untuk menyiasat kes-kes penderaan. Pengarah Jabatan Kebajikan Msyarakat Seri Kembangan wajib mengambil bahagian di dalam siasatan ke atas kematian tersebut bersama-sama dengan Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak.

Pendera yang disyaki patut dihadap ke mahkamah. Jika didapati bersalah, ia perlu dijatuhkan hukuman yang berat. Kemudian, nama pendera dimasukkan ke dalam Senarai Pendera Kanak-kanak. Mereka haruslah dilarangkan dari kegiatan yang mendekati kanak-kanak, termasuk anak-beranak sendiri.

Semua rakyat Malaysia mestilah prihatin kepada penjenayahan penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home