Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Wednesday, April 07, 2010

Kes penderaan kanak-kanak disiasatkan oleh orang berpengalaman

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mengesyorkan supaya setiap kes penderaan kanak-kanak mestilah disiasatkan oleh orang-orang berpengalaman seperti Inspektor Detektif atau Chief Inspector Polis.

Ketua-ketua perkhidmatan sosial seumpama Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat wajib terlibat dengan siasatan setiap kes secara langsung.

7.4.2010, Dr Tan menyahut jawapan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Senator Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil mengenai soalan pembuangan dan penderaan bayi yang dibentangkan oleh YB Dato' Haji Ismail Haji Abd Muttalib , YB Maran.

Menurut menteri, angka penderaan dari 2005-2010 ialah 10,758 kes. Pada sesi ini, jawapan yang sama telah diulangi tiga kali. Misalnya, usaha untuk menghindar ibu-ibu muda dari membuang bayi adalah termasuk perkhidmatan kaunseling, bengkel interaktif, jawatankuasa kebajikan kanak-kanak daerah, kursus keibubapaan, dan pusat remaja kafe@teen.

Semua pihak haruslah bekerjasama secara terus-menerus. Adalah susah bagi mendapat bukti dan saksi penderaan dan pembuangan kanak-kanak. Setakat ini, tiada orang yang disyaki membuang bayi dibawa ke mahkamah.

Kami sudah menyentuh mengenai penubuhan Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak di semua peringkat. Kami mengesyorkan Senarai Pesalah Mendera Kanak-Kanak. Nampaknya YB Shahrizat belum menjawab tentang senarai seumpama ini. Berdasarkan kepada senarai ini, para pesalah dilarangkan dari mendekati kanak-kanak termasuk anak-beranak sendiri.

Masalah penderaan dan pembuangan bayi akan terus berlaku. Hanya orang-orang yang berpengalaman patut terlibat dengan pemyiasatan kes-kes ini. Contohnya, Inspektor Detektif ke atas menceburkan dalam siasatan kes-kes. Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat mestilah terbabit dengan kes-kes ini secara langsung.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home