Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Tuesday, June 15, 2010

Adalah peri penting untuk meningkatkan kualiti guru

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Dr Tan Seng Giaw mengulangi bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu mengambil berat, terus berusaha meningkatkan kuali guru di seluruh negara. Ia boleh membandingkan kualiti guru kita dengan kualiti guru di negara-negara seperti Singapura di pelbagai segi, cocok dengan matlamat mencapai tahap negara maju pada 2020.

Pada 16.6.2010, Dr Tan mengulas jawapan KPM terhadap soalan kualiti dan prestasi guru negara ini semalam.

Dalam jawapannya, KPM memang berpuas hati dengan kualiti guru-guru yang dikeluarkan.Ia tidak berkompromi dari segi ini. Guru-guru yang telah berkhidmat sentiasa dari semasa ke semasa diberi kursus dan bimbimgan melalui kursus dam perkhidmatan sama ada secara jangka pendek dan jangka panjang.Guru Permulaan dari Institusi Pendidikan Guru (IPG)dipantau oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam tempoh 6 bulan pertama dengan bimbingan guru-guru terlatih, Guru Besar dan Pengetua.

Kita mempunyai guru-guru yang berdedikasi. Kita berharap bilangan guru baik ini akan bertambah. Tetapi, kerana beberapa faktor termasuk menjadi guru merupakan pilihan yang terakhir, kualiti guru yang kurang elok membimbangkan.

Sungutan-rungutan didengari mengenai guru-guru yang kurang cekap. KPM patut mengesahkan sama ada ini benar dan seterusnya mengambil langkah untuk memperbaikinya.

Kita berharap KPM cakap serupa bikin. Tahun ini, peruntukan bagi sekolah-ekolah rendah adalah RM10 billion dan sekolah-sekolah menengah RM8.8 bilion. Peruntukan ini mestilah digunakan dengan tepat, tanpa pembaziran.

KPM mengatakan bahawa ia menitikberatkan kualiti guru. Ia membanggakan diri. Jika begitu hebat, mengapa tidak mahu membandingkan dengan negara-negara seumpama Singapura. Ada guru-guru yang meninggal Malaysia untuk berkhidmat di Singapura. Di dalam tgempoh 20 tahun ini, berapa guru telah meletakkan jawatan untuk menjadi guru di sektor swasta dan negara lain?

Kami akan terus membangkitkan darihal kualiti, gaji, kemudahan dan suasana kerja guru. Pengekalan standard ikhtisas atau profesion perguruan ada peri mustahaknya.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home